Bab 1

978 46 3
                                    

Aku melangkah masuk ke pintu utama pejabat. Aku disambut dengan senyuman manis Hana. Hana merupakan penyambut tetamu di syarikat ini.

"Morning Cik Manisah." sapa Hana.

Aku membalas senyuman manis anak gadis ini. Hampir setahun dia bekerja di syarikat kami. Nampak dia begitu serasi bekerjasama. Antara staff terawal bersama kami.

"Morning Hana. Dah breakfast ke?" dialog biasa yang lazim aku tuturkan setiap pagi.

"Dah Cik Manisah. Awal-awal tadi dah makan. Ni ada bungkusan untuk cik." Hana hulurkan beg kertas berwarna hitam ke arah ku.

"Siapa hantar?" jawabku dengan dahi berkerut.

Namun tangan tetap mengambil beg kertas yang dihulurkan oleh Hana.

"Macam biasa la Cik Nisa. Peminat misteri la agaknya." jawab Hana lalu tersengih.

Sememangnya kerja mengambil bungkusan hadiah untuk aku setiap hari adalah tugasan Hana. Dia juga tahu aku tidak senang dengan semua pemberian dari peminat misteri ini.

"Thanks Hana, saya masuk dulu." aku halakan langkahku ke arah bilik pejabatku.

Aku masuk lalu menghempaskan punggung ke kerusi. Aku bersandar. Mata menatap bungkusan yang ada di atas meja. Tanganku meraba ke dalam beg tangan untuk mengeluarkan telefon. Aku belek telefon di tangan.

'ermm... siapa pulak yang hantar hadiah kali ni' aku menggumam sendiri.

Bukan tidak sudi tetapi aku rasakan semua ini seperti satu pembaziran. Aku tidak perlukan penghargaan berbentuk material seperti ini.

"Morning Cik Manisku sayang..." Kedengaran suara seorang lelaki di muka pintu. Terjengul muka dan sebahagian badannya di situ.

"Stop calling me sayang please! You nak apa?" Aku menjeling ke arahnya. Haikarl memang selalu membuat aku rasa sebal.

"Halah... halah... panggil sayang pun nak marah. Kedekut sangat you ni." jawab Haikarl selamba. Seperti tiada perasaan.

"Sayang tu tak ada makna dalam hidup I Karl. Tak ada maksud apa-apa." Aku berkerut sambil mata masih leka memerhati telefon di tangan.

"Iyelah tu tak ada makna. Yang you menggeletis bersayang sayang kat media SOSIAL you tu boleh pulak kan." Sengaja Haikarl tekankan perkataan media sosial.

Aku tahu dia sentiasa memantau segala posting aku di media sosial. Bukan setakat posting, sehingga kan semua komen dan balasan juga dia teliti. Setiap kali aku ungkapkan ketidakselesaan aku bila dia bertindak begitu dia akan memberi pelbagai alasan. Untuk kebaikan company katanya. Semuanya perlu dipantau.

"Itu lain Karl. You pun faham kenapa I buat macam tu kan. Semuanya sebab marketing je kan. You nak apa pagi-pagi dah ganggu I ni." Aku sandarkan badan ke kerusi. Cuba menyelesakan dudukku.

"Ermm... I saja nak jengah you. Tengok pagi-pagi dah berkerut. Kenapa?" Soal Haikarl.

"Tak ada apa lah. I cuma check DM dan PM ada ke orang bagitau nak hantar gift." jelasku.

"Owh... Kenapa ada peminat misteri hantar gift ke?" soal Haikarl ingin tahu. Aku mengangguk lemah.

"Macam biasalah." Aku kerling ke arah bungkusan di atas meja.

"Woww... Apa ni? Kenapa you tak buka?" Haikarl tunjuk riak teruja.

"Ermm... malas la. Tak tau dari siapa. Biar je kat situ."

"Eh tak boleh macam tu. You buka la." paksa Haikarl.

"Malas la Karl. Biar je la kat situ."

"Buka please. I teringin pula nak tengok." Aku jadi serabut bila Haikarl mula buat perangai memaksa. Aku capai bungkusan di atas meja lalu aku buka pembalut kertas yang membaluti hadiah itu.

Karl Untuk ManisWhere stories live. Discover now