Bab 6

266 26 4
                                    

Selepas 4 hari Maira dan Sophia bercuti bersama daddynya, hari ini mereka akan pulang ke pangkuan aku semula. Dari tadi aku menunggu kepulangan mereka.

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Aku menjenguk keluar rumah.
Aku melihat jam di pergelangan tangan. Melangkah duduk ke arah ruang tamu lalu duduk di sofa. Suis televisyen aku tekan. Memilih channel yang aku rasakan sesuai untuk di tonton bagi menghilangkan rasa bosan.

'Mana la anak-anak aku ni. Patutnya time macam ni dah sampai dah.' aku mendengus.

Bersemangat aku balik awal dan memasak untuk Maira dan Sophia. Namun sehingga sekarang kelibat mereka pun belum muncul.

Sejak tadi dia cuba membuat panggilan di telefon kedua anaknya tetapi tidak aktif. Panggilanya hanya masuk ke 'peti suara'.

Aku melangkah ke meja makan. Aku senduk sedikit ke dalam pinggan. Baik aku menjamah sedikit makanan. Perut sejak tadi memang sudah terlalu lapar. Aku duduk lalu mengambil lauk asam pedas ikan merah dan sesudu sayur kangkung goreng belacan. Aku mula menyuap. Dalam kepala masih memikirkan tentang anak-anak yang tak kunjung tiba. Mahu menghubungi Ikhmal memang dia akan cuba elakkan.

Terdengar bunyi telefon di atas meja di ruang tamu. Laju aku melangkah mengambil telefon. Mula lah rasa berdebar debar. Panggilan dari Ikhmal.

"Hello..."

"Nisa, anak-anak tidur rumah abang malam ni. Esok abang hantar." Kata Ikhmal.

"Kenapa pulak? Nisa dah siap masak untuk diorang dah ni. Kenapa Nisa call anak-anak tak dapat?" Soal aku bertalu-talu. Aku dah mula rasa geram.

"Diorang dah penat. Flight delay tadi. Phone pun dah habis bateri. Esok la abang hantar." Aku terdiam.

Kenapa dia tak beritahu aku dari tadi je.

"Nisa... " Suara Ikhmal mengejutkan aku.

"Haa... ye apa lagi?"

"Ermmm.... Tak apalah. Esok je aku bagitahu." Terus sahaja dia memutuskan panggilan.

Aku tahu ada sesuatu yang dia nak beritahu. Kalau dia mahu kami bersama semula aku memang tak akan bersetuju. Kata-katanya kelmarin memang merobek hati. Di tambah lagi dengan pertemuan dengan Kak Jay. Bertambah rasa sakit hati ku. Tak kira apa pun akan jadi aku akan memilih jalan sendiri kali ini.

Aku kembali ke meja makan. Pinggan aku bawa ke sinki. Sudah termati seleraku. Aku simpan semua lauk-pauk yang telah di masak. Aku kemaskan meja makan lalu naik ke tingkat atas. Baik aku berehat. Namun minda masih memikirkan kemungkinan apa yang nak disampaikan oleh Ikhmal esok. Hati rasa tak sedap. Entah kenapa. Seperti ada benda tak baik yang akan berlaku.

Keesokkannya selepas solat subuh aku membelek telefon. Ada pesanan whatsapp dari Maira.

"Pagi ni kami balik rumah ye mummy." ~Maira.

Aku tersenyum. Tak sabar nak bertemu anak-anakku. Mereka sahajalah kekuatan yang aku ada. Andai mereka tak ada dalam hidup aku berkemungkinan aku tidak kuat seperti sekarang. Mungkin akan memilih jalan yang salah.

Aku lihat jam di atas meja sisi. Waktu menunjukkan pukul 7.00 pagi. Aku turun ke tingkat bawah lalu menuju ke dapur. Mahu melihat apa yang boleh dibuat untuk sarapan.

Aku ambil nasi lebihan semalam yang hanya luak sedikit. Aku sediakan rencah untuk menggoreng nasi. Selesai menggoreng nasi aku panaskan lauk semalam untuk di makan bersama nasi goreng. Siap semua terhidang aku membancuh air kopi.

"Assalamualaikum" terdengar bunyi salam di luar rumah. Aku pasti itu suara Maira.

"Waalaikumsalam. Anak mummy dah sampai." Aku melangkah ke pintu utama. Rindu sangat pada kedua anak ini.

Karl Untuk ManisWhere stories live. Discover now