Bab 10

319 23 5
                                    

Setiap hujung minggu aku akan menjemput Maira dan Sophia di rumah bekas ibu mertua ku. Hari ni pagi lagi aku sudah memandu ke rumahnya. Bebanan rindu pada anak-anak sangatlah menyeksakan. Sekitar pukul 9 pagi aku sudah sampai di rumah mak Ikhmal. Aku lihat kereta Ikhmal tidak ada. Mungkin dia hanya meninggalkan anak-anaknya di sini dan dia pulang ke rumahnya. Aku memakirkan kereta di halaman rumah lalu keluar dari kereta.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam. Keadaan agak sunyi sepi. Aku belek jam di tangan.

'Takkan tak bangun lagi kot.' soalkan sendiri.

"Waalaikumussalam." Kedengaran suara orang menjawab salam. Suara yang tidak asing lagi itu suara ibu mertuaku.

"Maira dengan Sophia ada mak?" Soalku.

"Dia tak bagitahu kamu ke." Soal bekas ibu mertuaku ini.

"Bagitahu apa?" Soalku.

"Siapa tu mak?" Terdengar suara seorang lagi wanita yang aku sangat kenali.

Sejak dulu dia memang tidak pernah senang dengan kehadiranku. Aku dibuatnya seperti musuh. Aku tak pasti asal-usul sebabnya dia jadi begitu. Tapi kehadirannya betul-betul membuat onar dalam hidupku selama ini. Aku dan Ikhmal juga sering bergaduh disebabkan dia.

"Manisah." Jawab ibunya. Tak lama kemudian dia muncul di muka pintu. Ini

"Kenapa kau datang sini? Ikhmal tak bagitau ke dia bawa anak-anak kau berjalan. Dia nak kenalkan mak baru dekat budak-budak tu." Tinggi nada suaranya.

"Owh...tak ada pulak dia bagitahu." Jawabku.

"Dengar cerita kau pun nak kahwin dah kan? Baguslah move on.  Senang hati aku. Tak ada la kau menggoda jantan lagi dah." Sindir kak Jay.

"Apa maksud kak Jay ni?" Aku dah mula rasa hilang sabar.

Makin lama dibiarkan makin melampau nampaknya sikap suka memburuk-burukkan aku.

"Kau tak payah nak pura-pura tak tau Nisa. Tak payahlah nak berlagak innocent. Kau memang suka goda jantan kan? Sebab tu si Ikhmal dah tak tahan."

Kak jay meninggikan suaranya lagi. Sempat aku toleh keliling. Risau kalau-kalau ada yang menjadikan aku pusat tontonan mereka.

"Kak Jay jangan nak tabur fitnah kat Nisa. Semua orang tau Nisa berpisah dengan Ikhmal sebab dia panas baran. Dia kaki pukul." Aku yang puas menahan sabar mula hilang pertimbangan.

Aku cuba pertahankan diri aku. Sampai bila aku nak jadi perempuan yang lemah. Aku perlu angkat maruah aku sendiri.

"Amboi sedap engkau mengata adik aku ye. Eh Nisa, laki aku sendiri bagitau kau pernah goda dia sebelum ni. Kau menggedik dengan dia. Kau ingat aku tak tau."

"Kak Jay jangan percaya sangat laki kak Jay tu. Kak Jay tau tak selama ni dia buat gangguan seksual dekat Nisa tak cukup mesej Nisa, dekat facebook Nisa pun dia hantar mesej lucah. Selama ni Nisa diamkan je untuk jaga hubungan." Aku hamburkan kemarahan.

Aku dah mula hilang kesabaran. Kesabaran aku ada tahapnya. Kalau sampai menghina aku memang aku tak mampu nak bersabar lagi.

Kak Jay yang semakin marah melangkah menghampiri aku, dengan mukanya yang bengis dia mahu mencapai tudung di kepala aku. Memang kepala aku dia jadikan sasaran. Ibu mertuaku yang menjadi pemerhati sudah menjerit cuba meleraikan pergaduhan.

"Nisa!!!" Terdengar nama aku dipanggil kuat." Pergaduhan kami terhenti.

Aku menoleh ke belakang. Aku nampak Ikhmal bersama dengan anak-anakku. Turut ada seorang perempuan yang agak seksi pakaiannya. Mungkin bakal isteri Ikhmal agaknya. Entahlah... Aku tak pernah kisah.

Karl Untuk ManisWhere stories live. Discover now