Bab 9

283 23 8
                                    

Sudah seminggu aku mengurung diri di dalam rumah. Aku duduk termenung mengenang nasib diriku. Penat termenung aku menangis. Penat menangis aku kembali mengelamun. Hidup aku umpama tiada hala tuju. Sejak ketiadaan Maira dan Sophia aku sendiri tidak tahu kenapa aku perlu teruskan kehidupan.

Teringat kembali hari di mana aku menghantar Maira dan Sophia di rumah mak mertuaku. Ikhmal juga ada di situ.

"Sampai dah perempuan bajet cantik ni."

Aku terdengar suara Kak Jay dari ruang tamu. Dia sedang seronok menonton televisyen.

Aku melangkah menghampiri mak mertuaku. Aku hulurkan tangan bersalaman namun dia hanya membiarkan sambil memandang ke arah Ikhmal. Aku tahu mak memang takutkan Ikhmal dari dulu. Aku tarik semula huluran tanganku.

"Mummy jaga diri baik-baik ye." Pesan Maira dengan linangan air mata.

Aku usap kepala Maira. Dia terkejut bila dia pulang dari sekolah dan aku terus maklumkan yang dia dan Sophia perlu tinggal dengan daddynya.

"Jangan risaukan mummy. Selalu call dan mesej mummy ye. Nanti mummy rindu." Pesan ku.

Air mata yang mengalir aku lap cepat. Tak mahu nampak lemah di depan semua orang yang suka melihat kejatuhanku ini.

"Dah la tu Maira. Tak payah nak drama sangat. Mummy kau tu dah ada jantan lain yang boleh jaga. Jangan dirisaukan." Terdengar Kak Jay menyampuk dengan senyuman sinis.

"Maira, Sophia bawa beg masuk bilik." Ikhmal memberi arahan pada kedua anaknya.

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik. Aku memandang sepi langkah anak-anakku. Jantung hatiku. Buah hati ku. Sumber kekuatanku.

"Ada apa-apa lagi ke?" Soal Ikhmal

Sambil memandang aku dengan wajah sinis. Aku menggeleng. Lalu aku kuatkan langkah keluar dari rumah ini. Aku masuk ke dalam kereta. Aku memulakan perjalanan. Sambil air mata tak berhenti mengalir di pipi. Dengan sedu-sedan yang tak mampu di kawal.

Hancur hati aku tak dapat digambarkan. Bunyi telefon mengejutkan khayalanku pada kejadian seminggu lepas. Aku bangun lalu menuju ke meja solek. Aku capai telefon. Nama Haikarl terpamer di skrin. Sudah berhari-hari aku abaikan mesej dan panggilanya. Bukan panggilan dan mesej Haikarl sahaja malahan mesej dan panggilan staff juga kawan-kawan lain juga aku abaikan.

Aku menatap skrin untuk menjawab panggilan Haikarl.

"Manis, you okay ke?" Soalan pertama Haikarl.

Nampak sangat dia sangat risaukan keadaan aku. Aku terdiam.

"Manis... Please cakap something. Jangan macam ni." Pujuk Haikarl.

"I dah tak ada apa-apa lagi dalam dunia ni Karl. I tak tau macam mana I nak teruskan hidup I. Hidup I tak ada makna lagi." Luahku.

Aku duduk di birai katil sambil mata mencerlung ke balkoni bilik.

"Jangan putus harapan Manis, You nak biarkan diorang terus ketawakan you ke? Nak biarkan diorang terus terusan sakitkan hati you."

"Apa yang I boleh buat lagi Karl? I dah tak ada apa-apa lagi dah dalam hidup ni. Baik I mati je." Aku meraung sekuatnya. Gambaran wajah Maira dan Sophia tergambar di ruangan mata.

"Manis, ingat Allah. Jangan putus harap macam ni. You ingat kan Allah menguji mengikut kesanggupan hambanya. You tak boleh bersangka buruk dengan takdir yang dah tertulis."

"I bukan bersangka buruk tapi I dah terlalu penat Karl, I dah tak larat. I lemah." Aku menangis teresak esak.

"Manis, izinkan I menjadi insan yang sentiasa ada dengan you tak kira dalam keadaan apa pun? Please."

Karl Untuk ManisWhere stories live. Discover now