Bab 33

329 21 3
                                    

Aku mengemas almari pakaian ku. Entah kenapa perasaan ingin melihat kembali pakaian lama yang tersimpan. Mungkin disebabkan tak ada kerja yang boleh aku lakukan jadi aku agak kebosanan.

Aku capai satu beg kertas yang tersimpan kemas di dalam almari yang sudah lama tidak berusik. Aku sendiri sudah lupa apa yang ada di dalamnya. Aku capai beg kertas tersebut lalu aku bawa ke katil. Aku duduk di birai katil sambil mengeluarkan kotak yang ada di dalam beg itu.

"Sayang buat apa tu?" Muncul Haikarl di muka pintu bilik.

Dia baru balik dari pejabatnya. Dia melangkah menghampiri aku sambil menanggalkan tali lehernya.

"Bie baru balik?" Soalku. Dia tersenyum lalu mengangguk.

"Sayang buat apa hari ni?" Haikarl duduk di sebelahku.

"Hari ni kemas baju-baju lama. Ada yang I dah bagi dekat Auni. Minta dia bagi dekat orang."

"Kenapa rajin sangat kemas-kemas baju?"

"Entahlah... rasa macam nak mengemas. Terus je buat. Sekali ternampak beg kertas ni. Tak ingat apa ada dalam ni. Terus keluarkan." Beria aku bercerita pada Haikarl.

"Ada apa dalam beg kertas tu?"

"Tak tau la bie. I baru nak buka. Nampak macam hadiah dari someone kan?" Kata ku.

"Betul la tu. Dulukan you selalu terima hadiah dari peminat misteri." Kata Haikarl.

"Betul juga. Tapi lepas kahwin dengan bie terus tak dapat kan. Agaknya dia tahu kot." Kata ku.

Berkerut dahiku. Baru aku teringat memang selepas kami berkahwin tak ada lagi hadiah dari peminat misteri aku terima.

"Mestilah dia tau sayang. Peminat sayang tu mesti stalk apa yang sayang buat." Jawab Haikarl tenang.

"Bie... you macam tak kisah je I ada peminat."

"I okay je sayang. Asalkan lepas kita kahwin dia dah tak kacau sayang I lagi."

Haikarl meluruskan kaki sambil bersandar dikepala katil. Butang baju kemejanya di buka satu persatu. Aku hanya menjadi pemerhati.

"Letih ke?" Dia mengangguk.

"Nak I urut ke?" Soalku lagi. Dia menggeleng.

"...sombongnya..." Omelku

"Bukan sombong la sayang. I tak nak sayang letih. Badan I ni keras nanti lenguh semua jemari halus dan lembut sayang tu." Jawabnya lalu tersengih.

Pandai sahaja dia mencari alasan untuk mengelak aku dari terasa hati.

"Sayang buka la hadiah tu. Mesti dalam dia telekung." Jawab Haikarl. Aku mengerutkan dahi.

"Macam mana Hubby boleh tahu?"

"Alahai, kan sayang dah buka dekat office sebelum ni. Ingat tak I yang paksa sayang buka depan I. Sayang memang jadi pelupa kan sekarang ni." Kata Haikarl.

Aku cuba mengiingatkan kembali situasi ketika itu.

"Owh... Ye lah. baru I ingat. Masa tu bie paksa-paksa I buka kan. Kenapa ye?" Aku mula mengesyaki sesuatu.

Melihat muka Haikarl yang tersenyum-senyum dari tadi buat aku mula penasaran. Pasti dia ada sembunyikan sesuatu dari aku.

"Bie... Baik bagitau. Bie ada rahsiakan sesuatu kan." Haikarl tersengih-sengih.

"Nak bagitau apa sayang. Tak ada apa pun. Semuanya dah selesai. Cik Manis ku sayang pun dah jadi hak milik Karl." Jawabnya.

"Betulkan semua hadiah peminat misteri tu bie yang hantar?" Terhambur ketawa Haikarl.

Karl Untuk ManisWhere stories live. Discover now