Bab 21

327 22 3
                                    

Sudah sebulan berlalu sejak aku mengambil Maira dan Sophia tinggal bersama denganku. Sejak hari pertama sehingga ke hari ini aku langsung tidak mendengar khabar berita dari Ikhmal. Dia langsung tidak menghubungi anak-anak apatah lagi mahu mengambil anak-anak pada hujung minggu.

Secara jujurnya aku sangat selesa dan gembira dengan keadaan ini. Tidak perlu lagi aku berebut dengannya. Namun jauh di sudut hati tetap tertanya-tanya apa yang berlaku sehingga Ikhmal senyap tanpa berita.

"Mummy, awalnya balik hari ni." Tegur Maira yang baru pulang dari sekolah.

Dia balik agak lewat disebabkan kelas tambahan yang diadakan oleh ustazahnya untuk persediaan menghadapi peperiksaan UPKK tahun ini.

"Mummy rasa tak sedap badan. Itu yang balik awal. Maira duduk sini kejap." Aku menggamit Maira duduk di sebelahku.

"Kenapa mummy?" Soal Maira.

"Daddy ada call atau mesej Maira?" Maira mengeleng.

"Tak ada mummy. Daddy senyap terus."jawab Maira.

"Kenapa daddy senyap agaknya ye. Mummy rasa pelik pula." Kata ku.

"Itulah... Maira pun tak tahu. Tak pernah pula daddy macam ni kan." Aku hanya mengangguk.

"Mummy... Maira naik atas dulu ye. Nak mandi." Aku tersenyum lalu mengangguk.

Aku melangkah naik ke tingkat atas. Mahu membersihkan diri dan menunaikan solat asar. Dalam fikiran terasa sedikit lega bila Ikhmal juga tidak menghubungi anaknya. Mungkin dia sedang menikmati hari bahagia bersama isteri baru. Senang hati aku bila dia sudah move on dan tidak menyakitkan aku lagi.

Aku capai tuala lalu masuk ke bilik air. Siap sahaja mandi aku keluar hanya berkemban menggunakan tuala putih separas paha. Badan sudah mula terasa lebih segar. Sambil menyanyi riang aku memilih pakaian yang ada di dalam almari.

Sebaik menutup pintu almari terasa ada tangan kekar mengepung tubuhku. Baru sahaja aku hendak memusingkan badan terasa sebuah kucupan di bahu kiri. Aku tersenyum. Bau harum yang masuk ke rongga hidung ini amat aku kenali malahan sangat aku dambakan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Saat kucupan mula meliar ke serata celahan leher dan pipi degupan jantungku mula berdegup laju. Sebelah tangannya juga mula memeluk erat pinggang ku.

"Bie... I nak pakai baju dulu. I belum solat asar." Kata ku antara dengar dengan tidak.

"Kenapa sayang buat show macam ni tadi." Bisiknya.

"Mana I tau bie dah balik."

Haikarl memusingkan tubuhku lalu aku tersandar ke dinding almari. Pandanganku fokus pada dada bidangnya yang masih berbalut kemeja kerja. Haruman maskulin dari tubuh Haikarl membuat aku terbuai-buai. Sejak beberapa hari ini aku seperti kecanduan haruman tubuh Haikarl.

Haikarl mengangkat daguku supaya kami bertentangan mata. Perlahan dia memagut lembut bibirku. Kami hanyut dalam rasa bahagia yang membara.

"Okay done. Sayang pergi solat dulu ye." Bisik ya di telinga ku.

"Bie... " aku memanggilnya sebelum pelukan terlerai.

"Ye sayang... Tak cukup ke? Nak extra?" Dia tersengih. Aku cubit perutnya.

"Nak peluk!" Jawabku.

Dia tersenyum lebar lalu menarik ku ke dalam pelukan. Aku membenamkan wajahku ke dada bidangnya. Merasai nikmat haruman tubuh suamiku yang sudah membuatkan aku ketagihan.

"Kenapa manja sangat ni sayang?" Bisik Haikarl di telinga ku.

"Ermm... Suka hidu bau badan hubby. Rasa tenang. Rasa bersemangat." Jawab ku. Aku meleraikan pelukan. Aku tersenyum lebar memandangnya. Dia mencubit puncak hidungku.

Karl Untuk ManisWhere stories live. Discover now