Bab 17

318 26 4
                                    

Berakhirnya percutian kami maka bermulalah hari-hari kami yang sangat sibuk. Setelah macam-macam yang berlaku sejak akhir-akhir ini, aku kembali fokus dengan perniagaanku. Sejak sampai semalam aku sudah memberitahu Haikarl yang aku mahu ke office pagi ini untuk menguruskan beberapa hal.

"Morning Puan Manisah." Sapa Hana saat aku masuk ke pintu utama.

"Morning Hana. Everything okay ke sepanjang saya tak ada?" Soalku.

"Semuanya okay puan. Cuma atas meja puan ada beberapa dokumen untuk ditandatangan. Ada beberapa dokumen perlu segera ye puan. Saya dah asingkan ikut keperluan. Nanti puan boleh check dulu."

"Thank you so much Hana. Nanti Hana minta Auni masuk jumpa saya ye."

"Baik puan." Hana mengangguk.

Aku masuk ke bilik ku. Di atas meja kelihatan banyak dokumen seperti yang diperkatakan Hana. Walaupun syarikat ini tidak lah semegah syarikat besar, hanya sebuah perusahaan sederhana yang cuba bersaing untuk terus kekal dalam industri ini. Namun cabaran nya agak hebat juga. Memandangkan permasalah ekonomi yang kian meruncing. Jadi perlu ada strategi untuk menangani setiap permasalahan.

Sedang leka membelek dokumen satu persatu terdengar bunyi ketukan pintu. Pastinya Auni. Aku memanggil dia masuk.

"Assalamualaikum puan." Kata Auni saat muncul di hadapanku.

"Waalaikumsalam. Duduk Auni."

Dia melangkah perlahan ke arah tempat duduk di hadapanku. Aku mahu berkenalan lebih rapat dengan gadis manis ini. Entah kenapa hati aku begitu kuat mahu membantunya. Aku merasakan dia seorang gadis baik yang perlukan perlindungan.

"Macam mana seminggu kerja dekat sini? Seronok?" Soalku.

"Alhamdulillah semuanya baik-baik puan. Saya baru belajar sikit-sikit tentang production seperti yang puan minta." Jawabnya.

"Baguslah. Perlahan-lahan awak belajar ye. Saya nak awak tahu selok-belok keseluruhan syarikat ni. Nanti lagi mudah untuk awak."

"Baik puan. InsyaAllah saya cuba yang terbaik."

"Actually umur Auni berapa tahun?"

"Saya baru 21 tahun puan."

"Tak sambung belajar?"

"Sempat belajar sampai STPM. Lepas tu dah tak ada yang nak tanggung lagi. Saya terus bekerja. Cadangnya nak simpan duit untuk sambung degree pula. Tapi lain pula yang jadi." Dia menunduk.

Nampak kesal dengan apa yang telah terjadi.

"It's okay Auni. Jangan patah semangat ye. Mungkin bukan sekarang tapi rezeki awak akan datang. Saya yakin awak boleh lakukan. Pasti impian awak akan tercapai suatu hari nanti."

"InsyaAllah puan. Saya terhutang budi banyak sangat dengan puan dan tuan. Tak kan dapat saya balas segala jasa puan dan tuan."

"Jangan cakap macam tu Auni. Saya dan suami saya ikhlas nak bantu. Kami tak harapkan balasan pun. Cukuplah Auni doakan kami berdua ye." Aku tersenyum melihat gadis di depanku ini.

Wajahnya cantik, kulitnya bersih walaupun tanpa make up. Dia nampak bersemangat dan bijak. Aku harap dia mampu melalui kehidupannya dengan baik. Dan harapan aku agar pertolongan aku ini dapat menyelamatkan dia dari kejahatan manusia yang bersikap binatang di luar sana.

Aku yakin sangat dengan wajah dan bentuk tubuh yang Auni ada memang bakal menjadi lubuk duit mereka. Tak sanggup aku membayangkan bagaimana pengakhirannya.

"Terima kasih sekali lagi puan. Saya akan sentiasa selitkan nama puan dan tuan dalam doa saya." Kata Auni lalu tersenyum.

"Alhamdulillah. Awak buat kerja awak dulu ye. Kalau ada masalah apa-apa awak inform dengan saya."

Karl Untuk ManisWhere stories live. Discover now