Bab 34

482 22 4
                                    

Waktu yang di nanti tiba juga. Hari ini aku akan menjalani pembedahan untuk melahirkan. Semalam aku sudah mendaftar masuk ke wad untuk persediaan. Ubat untuk menguatkan peparu baby juga sudah diberikan.

Pagi lagi aku sudah diminta bersiap sedia. Haikarl sentiasa ada menemaniku di sisi. Seperti biasa menitipkan kata-kata semangat agar aku kekal positif. Aku tahu dia sangat risaukan aku. Semuanya disimpan kemas kerana dia tidak mahu aku lemah semangat.

"Bie, I minta maaf kalau ada salah silap selama I jadi isteri you. Halalkan makan minum I. Terima kasih atas segala pengorbanan bie selama ini. I bahagia sangat. I tak pernah rasa kurang walaupun sedikit." Aku menggenggam tangannya. Aku tersenyum manis pada Haikarl.

"Kenapa perlu cakap macam ni?" Katanya. Riak tidak puas hati terpamer di wajah.

"Betul lah. Setiap kali nak bersalin isteri kena cakap macam ni pada suami. Dulu I tak dapat buat masa melahirkan Maira dan Sophia. Sebab I bersalin sorang-sorang tak ada yang teman." Kataku.

"Sayang... You tak ada salah apa-apa pun. You isteri yang baik yang selalu menyenangkan hati I. I doakan semua yang-baik untuk you."

"Terima kasih hubby." Kata ku.

"Encik, puan kita dah boleh bergerak ke dewan bedah ye." Datang seorang staff nurse memaklumkan kepada kami. Aku tersenyum lalu mengangguk.

Masuk sahaja ke dalam dewan bedah aku telah diberi suntikan anestetik spinal. Anestetik spinal melibatkan suntikan anestetik setempat ke kawasan yang dipanggil ruang subaraknoid, berhampiran saraf tunjang.

Semasa proses pembedahan ini aku masih lagi sedarkan diri. Haikarl juga turut serta menemaniku sepanjang proses kelahiran. Aku tidak pasti semuanya mengambil masa berapa lama. Tetapi aku terdengar bunyi suara tangisan bayi yang agak nyaring. Antara sedar dengan tidak aku dapat rasakan dahiku dikucup Haikarl. Aku dapat merasakan bahagian abdomenku terasa ringan selepas anakku dikeluarkan.

Selepas itu aku mula terasa sakit kepala menyerang. Keadaan menjadi kelam kabut. Sehingga dunia aku mula terasa gelap gelita. Semuanya bertukar sunyi sepi.

Aku buka mata perlahan-lahan. Memerhatikan sekeliling. Cuba memastikan di mana aku berada sekarang ini. Aku seperti berada di sebuah taman yang cukup indah. Di penuhi dengan bunga-bungaan pelbagai warna yang tumbuh subur dan mekar.

Aku bangun dari perbaringan. Melangkah melalui denai yang di kiri kanan dipenuhi pokok renek dan pokok-pokok bunga yang cukup indah. Suasana sungguh damai dan nyaman.

'Dekat mana aku agaknya?' aku bertanya sendiri. Cuba mencari-cari jika ada sesiapa di sini yang boleh aku tanyakan.

Aku ternampak kelibat seorang anak kecil. Aku mengekori langkahnya. Sehingga sampai di satu kawasan yang terdapat beberapa orang di situ. Semuanya berpakaian putih bersih. Aku menghampiri salah seorang dari mereka.

"Cik, boleh saya tau kita dekat mana ni ye?" Soalku. Dia lantas tersenyum.

"Sebuah taman tempat menunggu untuk kita ke syurga." Jawabnya sambil tersenyum.

Aku kerutkan kening. Cuba untuk memahami apa yang ingin disampaikan.

"Apa maksud cik?" Soalku lagi.

"Terpulang pada kamu untuk memahaminya bagaimana. Tempat ini cantikkan?" Soalnya pula. Aku mengangguk.

"Cantik... terasa damai dan tenang." Jawabku.

Memang itulah yang aku rasakan. Terasa damai dan begitu tenang sekali.

"Baguslah jika begitu. Nikmatilah ketenangan kamu. Kadang-kadang kita sudah terlalu lelah untuk meneruskan hidup kita seperti biasa. Ada baiknya kita tinggal di sini sementara menunggu giliran kita ke syurga." Lalu dia bangun dari bangku itu meninggalkan aku sendirian.

Karl Untuk ManisWhere stories live. Discover now