─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
"And he never stop. Not Once."
HANYA dengan 6 patah perkataan, seorang Aidan Haiyan mampu menggoyahkan tembok jiwa yang aku bila selama 9 tahun. Susah payah aku move on selama ni, tiba-tiba dia datang balik dan meruntuhkan segala tembok kekuatan jiwa aku.
Sejujurnya, 9 tahun tidak cukup untuk menutup pintu hatiku kepadanya. Melupakan apa yang dia lakukan untuk aku apatah lagi. Mulut mudah untuk kata move on, tapi hati ini tidak berhenti merinduinya.
Kata orang, kita tak boleh lepaskan orang itu kerana masih ada secebis harapan yang menghuni hati.
Kelakarkan? Aku yang tinggalkan dia, tapi aku yang tak boleh move on.
Haa.. Tak mudah untuk hati ini melupakan segala apa yang telah dia lakukan untuk aku. Rasa bersalah yang menghuni diri ini membuatkan aku tidak mudah untuk menguburkan dia dalam memoriku. Hati ini enggan menjadikan dia sebagai satu kenangan, hati ini mahu untuk terus bersamanya.
Tapi kalau tengok dia yang dulu dan yang sekarang, seperti tiada bezanya selain perangainya yang berubah.
Kenyataan yang masih sama.
Dia matahari, aku pula bulan.
Dia yang sering bersinar dan popular sebagai pelakon baru. Aku pula bekerja disebalik tabir, tak ubah seperti bayang-bayang. Satu sisiku terkenal megah sebagai Bulan Purnama, satu sisi lagi hanya seorang Luna Aleesa yang tidak dikenali oleh sesiapa.
"You should've told him, so he could try to hold on you harder. He spent his life hating the fact that he loved you too much back then."
Aidan, you have no idea how hard I tried to express my feelings to you. I tried my best all the time to express them to you. It wasn't easy.
Tiba-tiba pipiku terasa hangat. Cepat-cepat air mata yang mengalir secara tiba-tiba itu, aku seka. Aku memeluk lututku sambil memikirkan ayatnya itu. Ayat yang cukup untuk meremukkan hati aku.
Lama aku termenung dalam gelap sambil memikirkan ayat itu. Aku dah agak. Hati aku akan goyah jika bertemu dengannya.
9 tahun aku elak dia. 9 tahun aku hidup tanpa dia.
Aku ingat aku dah berjaya buang dia dari sebahagian memori aku, tapi aku salah. Dia masih hidup dalam memori aku. Dia yang tersenyum sambil memandangku dalam memori aku.
Getaran pada telefon berjaya mengalihkan tumpuan aku. Dahiku berkerut saat nombor tidak dikenali menghubungiku.
Siapa pula ni?
Aku cepat-cepat menjawab panggilan itu. Risau juga kalau ada emergency.
"Ini Cik Luna Aleesa ke?" sapa suara di talian sebaik saja panggilan itu bersambung.
Makin berkerut pula dahi aku. Nombor yang aku tak kenal ini tahu nama aku.
"Ya, saya. Ini siapa ya?" takut-takut, aku menyoal.
Yalah, risau juga kalau tiba-tiba nombor tak kenal telefon. Tahu nama betul pula tu. Kalau panggil pakai nama pena aku, mungkin panggilan dari mana-mana production.
"Saya dari pihak hospital. Puan Juliana..."
Nama itu. Aku sudah tak dengar apa yang dibelakang nama itu kerana nama itu cukup untuk membuatkan jantung aku seakan-akan berhenti berdegup. Air mata yang tadinya sudah kering kini kembali jatuh ke pipi.
Sudah lama aku tak dengar nama itu. Tanpa khabar berita. Tiba-tiba hari ini pihak hospital cari aku pula?
"Cik Luna Aleesa? Cik dengar tak ni?" sayup-sayup suara itu memanggil nama aku.
YOU ARE READING
eclipse ☾
Romance─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ─── Bulan dan matahari memang tidak akan bersatu. Mereka mengejar langit yang berbeza, namun saat keduanya bertemu, maka terciptalah satu fenomena yang cukup mengagumkan bernama gerhana. Tapi sayang, fenomena itu tidak kekal...