FLASHBACK 15𖤐
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
SEJAK hari tu, aku tak berhenti memikirkan tentang kenyataan kehidupan aku dan Aidan. Aku dan dia, seperti gabungan yang paling mustahil dalam dunia ini. Bagaikan bulan dan matahari bersatu.
Kami berdua mungkin hanya mampu mencipta gerhana kerana itulah realiti untuk bulan dan matahari. Sangat mustahil untuk kami berdua kekal bersama untuk jangka waktu yang lama.
Adakah itu pengakhiran kami? Hanya sekadar gerhana?
Meskipun indah namun hanya seketika?
"Cak!" sergahan tiba-tiba si Ayla membuatkan aku tersentak, hampir saja mulut aku mengeluarkan kata-kata kesat.
Namun, aku sedar dia sedang bermain-main dengan seorang budak, atau lebih tepat, seorang bayi. Budak tu sibuk tengok ke arah kami, jadi si Ayla yang dah memang lama ada baby fever ni pun sibuk bermain dengannya.
Mengekeklah budak botak tu ketawa setiap kali Ayla 'cak cak' kepadanya.
Entah kenapa hari ni kafe sunyi semacam saja. Orang pun tak ada sangat. Suasana sungguh lengang, hanya kedengaran bunyi muzik jazz melalui corong pembesar suara. Sekali sekala bunyi tawa comel bayi tadi memenuhi ruang depan kafe.
Itu yang Ayla ada masa nak bermain dengan budak tu, dan aku ada masa untuk berfikir panjang. Kalau tidak, memang tak cukup tanah kami berjalan menghantar pesanan.
"Pergilah ambil budak tu, dari tadi dia gapai kau. Boleh bagi mak dia makan dengan tenang." Dahlia yang berada di kaunter, selamba menyuruh.
Ayla sempat menjeling sebelum terus melangkah ke arah bayi itu. Ibu bayi itu pula seperti faham akan tindakan anaknya yang dari tadi mendepakan tangan ke arah Ayla, menghulurkan bayi itu ke arah Ayla.
"Aqeef sukalah tu dekat kakak. Gatal betul." bapa bayi itu mengusik anaknya yang sibuk mengekek saat Ayla menyambutnya.
Aku tersengih sama. Namun, aku masih berdiri statik di tempatku. Aku dan budak, memang tak sesuai berada di tempat yang sama. Aku tak pandai layan budak.
Buat budak menangis, itu satu kepakaran aku. Namun, untuk buat budak itu seronok bergelak tawa macam Ayla buat, aku serah diri dulu. Tak pandai!
Sedang bayi yang bernama Aqeef itu meletakkan pipinya kebahu Ayla, aku sempat melambai sekali dua. Cukup untuk tidak menayang wajah tak ada mood aku kepada budak itu. Kang menangis nanti, payah pula nak pujuk.
Ayla pula sibuk berbual dengan customer yakni mak ayah Aqeef, langsung tak sedar yang air liur budak itu hampir meleleh ke bahunya. Aku baru saja mahu mendekati, tiba-tiba saja satu kelibat selaju kilat muncul disebelah Ayla bersama beberapa keping tisu.
Iskandar, yang turut sama bekerja dikafe milik keluarga Arash ini, kononnya dia kata saja nak cari duit lebih, terlebih dahulu mengelap air liur Aqeef.
"Meleleh air liur budak ni tengok kau, Ayla." komen Iskandar yang masih sibuk mengelap air liur Aqeef. Kemudian, dia mencubit pipi tembam Aqeef.
Komen Iskandar tadi berjaya membuatkan ibu bapa Aqeef tertawa kecil. Kemudian, mereka berbual lagi. Sambil-sambil berbual, Iskandar sempat juga mengagah si kecil itu. Makin mengekek Aqeef ketawa.
Sukalah tu ada orang layan dia macam tu. Bukan seorang, malah dua orang pula tu.
Tak lama kemudian, Aqeef mahukan Iskandar pula. Maka, Ayla menghulurkan Aqeef kepadanya. Kali ini, yang mengagah Aqeef ialah Ayla. Iskandar pula hanya memerhati sambil tersenyum manis.
![](https://img.wattpad.com/cover/306764143-288-k623469.jpg)
YOU ARE READING
eclipse ☾
Romance─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ─── Bulan dan matahari memang tidak akan bersatu. Mereka mengejar langit yang berbeza, namun saat keduanya bertemu, maka terciptalah satu fenomena yang cukup mengagumkan bernama gerhana. Tapi sayang, fenomena itu tidak kekal...