quince ♡࿐

65 15 19
                                    

FLASHBACK 10𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

SUASANA hiruk pikuk, orang ramai mengasak sesama sendiri hampir membuatkan aku sesak nafas. Nazmi punya idealah ni! Ajak pergi funfair bagai. Mamat tu pantang ada event yang dekat, laju saja heret kami ikut sama. Tak seronok pergi seorang diri katanya.

Tambah-tambah lagi, dia memaksa kami untuk beli hoodie di depan pintu masuk tadi, di suruhnya beli hoodie yang sepesen saja, lebih cantik katanya. Nasib baik hari ni cuaca agak mendung dan tidak panas. Semoga tak hujanlah. Kalau hujan, aku boleh agak Nazmi akan memujuk kami untuk terus pusing-pusing dalam funfair ni dan sanggup belanja baju hujan.

Disebabkan Nazmi mencadang untuk pakai yang lebih kurang sama, jadi kami ambil hoodie yang ada gambar Mickey Mouse bagi lelaki dan Minnie Mouse bagi perempuan. Kemudian, kami osom untuk tentukan warna hoodie masing-masing. Tak cukup dengan itu, Nazmi juga suruh memilih hairband.

Berterima kasih kepada mereka yang saja nak kenenkan aku dengan Aidan, kami berdua mengenakan hairband berupa tanduk zirafah dan hoodie berwarna kelabu. Manakala mereka, berenam pula mengenakan telinga haiwan. Saja nak suruh aku dengan Aidan menonjol! Sudahlah kami berdua paling tinggi dalam geng!

Dan tak lupa dengan Dahlia dan Nazmi bertekak sebab warna hoodie mereka sama, warna hitam dan tak lupa dengan hairband berbentuk telinga kucing. Iskandar pula dipadankan dengan Ayla berhoodie berwarna khaki dan hairband berbentuk telinga harimau. Dan pasangan terakhir, yang mana membuatkan Arin menahan rasa gembira kerana dipadankan dengan Arash, berhoodie berwarna sky blue dan hairband berbentuk telinga arnab.

Sekali pandang kami ni bukan macam friendship, tetapi lebih kepada 4 pasangan remaja yang sedang berdating!

Oleh kerana Dahlia tak suka akan idea dia dan Nazmi sedang dating, dia terus mencadangkan game. Dimana kami berlapan perlu mengumpul point yang banyak, team yang kalah perlu belanja makan.

Lari bajet aku layan mereka ni. Hoodie lagi, hairband lagi, tiket masuk funfair lagi, lepas tu buat taruhan macam ni pula. Pening!

Sedang aku merungut dalam hati, tak semena-mena bahu aku di rempuh oleh orang yang lalu lalang. Hampir saja aku tersungkur mencium lantai, namun ada tangan yang menarik penutup kepala aku sehingga tekak aku sedikit tercekik dengan perbuatan itu. Kemudian, aku di tarik ke arahnya.

Aku merentap hood dengan kasar sebelum terus memandang ke arah orang tersebut. Wajah aku jelas di muramkan, mata pula aku tajamkan. Arash tayang muka selamba.

"Nak aku mati awal ke apa, ha?" terus aku menyoalnya. Dia mencebik, bahunya di angkat.

"Lebih baik kau tercekik daripada kau tersungkur tengah jalan ni. Buat malu saja. Cuba berdiri elok-elok." tak pasal-pasal, aku dimarahinya.

"Kut ya pun tak perlulah tarik kasar sangat. Ni bukan setakat tercekik, anak tekak pun boleh keluar." bebel aku kepadanya sambil menggosok sedikit tekak yang berlapik dengan tudung.

Arash diam seketika. Aku kembali memandang ke depan, seronok melihat Dahlia yang hampir naik gila dengan Nazmi yang tak pandai main game. Iskandar dan Ayla pula hanya ketawakan mereka berdua.

"Sini, berdiri dekat dengan aku. Nanti orang langgar kau lagi." Arash kembali menarik penutup kepala aku tanpa memperdulikan tekak aku yang dicekiknya sekali lagi.

eclipse ☾Where stories live. Discover now