doce ♡࿐

56 17 5
                                    

FLASHBACK 07𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

GELAP GELITA. Aku tak nampak apa-apa dalam kegelapan malam di tengah-tengah hutan ni. Lampu suluh pula aku hala ke atas pokok, mencari petunjuk yang sudah di pesan oleh si ranger hutan.

Katanya aktiviti The Walking Owl ini ialah satu aktiviti yang memerlukan kami berjalan dari dalam hutan seorang diri, mencari jalan ke tapak perkhemahan. Dengan petunjuk a.k.a tali berwarna merah yang sudah di ikat sebagai penanda jalan agar kami tak sesat.

Tapi kepala otak aku ni tak habis-habis mengingatkan perkara petang tadi. Kami sempat pergi hiking, katanya untuk kenal-kenal tempat untuk aktiviti ni.

Tapi, aku tak sempat kenal jalan, sibuk mengelak pacat yang berada di atas helaian daun yang jatuh di tanah. Nasib haik ada Aidan, waktu dia jalan depan aku, sempat juga aku tengok dia tolong alihkan daun berpacat itu agar kami yang di belakang boleh berjalan tanpa masalah.

Namun, bukan seorang Luna Aleesa kalau bernasib baik agaknya. Dalam ramai-ramai orang, pacat itu memilih untuk menyelinap masuk ke dalam kasut aku. Padahnya, aku terbaling kasut aku dekat Haikal sebab geli tengok pacat dekat stokin sendiri.

Maka, sekarang aku hanya berdiri di tengah-tengah hutan sambil menyuluh ke arah tali merah. Sekejap-sekejap, aku suluh di tanah pula. Rasa tak aman selagi aku tak keluar dari hutan ni.

Apa yang cikgu fikir sewaktu dia buat aktiviti macam ni? Cuba buat aktiviti yang seronok sikit. Main flying fox ke apa ke. Ini sibuk suruh cari jalan balik pula. Dahlah gelap.

Secara tiba-tiba aku dengar satu bunyi dari celah semak samun. Jantung aku mula berubah rentak, tidak lagi berdegup secara normal. Otak aku pula sudah pun mengeluarkan segala kebarangkalian yang tidak menyeronokkan.

Aku mula menyuluh secara rambang, laju sekali tangan ini menyuluh ke atas pokok, mencari tali merah. Namun, aku berhenti lalu menyuluh ke tanah.

Otak aku tak boleh positif. Boleh pula aku terfikir kalau-kalau apa sesuatu di atas pokok itu.

Jantung aku makin berdebar. Aku panik.

Macam mana ni?

"Huargh!" satu sergahan yang tiba-tiba itu membuatkan aku panik teruk.

"Arghh!!" aku menjerit secara automatik lalu melarikan diri. Aku tak peduli kemana kaki aku mahu bawa aku pergi, yang pasti jauh daripada benda tu.

Segala macam surah aku baca sambil berlari tanpa menoleh ke belakang. Tak nak memandang ke arah 'sesuatu' itu.

Prakk!

Buk!

Aku tak tahu dari mana datangnya akar pokok yang boleh tahan besar itu sehingga menyebabkan aku terjelopok atas tanah. Punggung aku terasa senak dek hempasan kuat itu.

"Aduhh." keluhku. Sempat juga tangan ini laju saja menyuluh ke tanah. Masih risau akan kemunculan pacat yang mungkin berada di situ, kemudian aku suluh ke depan.

Kosong. Gelap. Tak ada apa-apa.

Aku menghela nafas lega. Risau kalau-kalau 'benda' itu ikut aku. Walaupun segenap jiwa aku mengatakan itu suara Izham. Dia sekumpulan dengan aku dan dari petang tadi lagi dia sibuk mengacau aku.

eclipse ☾Where stories live. Discover now