veinticuatro ♡࿐

47 11 9
                                    

FLASHBACK 19𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

TENTANG kita, obviously, would be a wonderful memories.

Ayat itu berulang tayang dalam pemikiran aku untuk entah ke berapa kali. Sejak dia hantar aku balik, sampai sekarang, jam 3 pagi. Langsung tak berhenti. Puas aku cuba melelapkan mataku, tak juga berhasil dek ucapannya itu.

Aku rasa katil aku dah boleh berlubang dengan aksi aku yang berbolak-balik, berguling-guling hanya untuk cuba tidur. Rasa penat menjengah diri, kini sudah terbang entah ke mana.

Hanya kerana kata-kata itu.

Dan, aku kini merenung Microsoft Words yang memaparkan skrin putih. Sudah hampir 10 minit aku tercongok depan laptop second hand aku beli dari Nazmi ini. Nasib baik penjualnya Nazmi, barang second hand tapi masih baru. Harga pula sudah pastinya lebih murah berbanding mana-mana kedai yang jual barang terpakai.

Biasalah, harga member. Itu pun kerana Nazmi yang sibuk mahu aku bayar murah, katanya untuk membantu aku yang lebih memerlukan.

Apa-apa pun, hanya kerana kata-kata seorang Aidan Haiyan aku sudah membuka dokumen baru. Biasanya aku akan baca balik nota dan tulis sambungan untuk novel aku, namun hanya kerana seorang lelaki bernama Aidan Haiyan, semuanya tersadai.

Disini, aku masih berkira-kira untuk menulis kisah kami berdua. Patut ke aku tulis?

Tentang kita, obviously, would be a wonderful memories.

Untuk kesekian kalinya, kata-kata itu berkumandang lagi di sudut memori. Aku terus membuang pandangan ke luar tingkap, merenung langit gelap. Tiada sebarang bintang pun menghiasi langit itu. Maka, tiada buruj yang terbentuk.

Biasanya, aku suka renung langit sambil cari idea. Malam ni, langit kosong. Macam pemikiran aku sekarang.

"Datang dalam kegelapan malam, cantik pula tu. There's a reason malam ni tak ada bulan, sebab bulan aku datang kepada aku."

Entah dari sudut mana, ayat yang pernah Aidan ungkapkan kepada aku kembali menjengah ingatan. Aku tersengih sendiri.

Ironi sungguh. Kata-kata itu datang dari lelaki yang aku anggap seperti matahari yang memancar indah dan berdiri teguh di siang hari, lelaki yang aku tak mungkin dapat gapai.

Matahari. Bulan. Memori kami.

Aku tersenyum manis. Aku sudah putuskan. Aku akan tulis kisah kami. Aku namakannya sebagai constellation.

Ya, buruj. Kerana ini tentang 'wonderful memories' kami yang dia katakan itu.

Aku mula menaip. Permulaan kisah highshool romance ini akan dimulakan dengan kata-kata yang tiba-tiba menjengah otak aku. Aku dah cakap, waktu tengah malam ni memang banyak idea datang.

Nasib baik esok cuti. Kalau tak memang aku jadi zombielah, tak cukup tidur nak kena layan customer.

Every memory I created with you was like a star. Each of them, brightly shining through my dark sky, made a beautiful form of precious memories.

It was beautiful enough to make my day better every time I think about it, but as it is beautiful and precious, I want to appreciate it more.

Thanks to you, I was able to create a stunning constellation called 'our memories'.

This story is dedicated to you, the sun of my life.

Aku tersengih-sengih sambil membaca bait-bait kata itu. Tak, novel ini tidak akan ditulis dalam Bahasa Inggeris, permulaanya saja. Aku lebih selesa meluahkan perasaan dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu. Entah, aku pun tak tahu kenapa tapi lebih selesa dan tidak cringe apa bila aku kembali baca.

eclipse ☾Where stories live. Discover now