trece ♡࿐

52 16 7
                                    

FLASHBACK 08𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

"You're already perfect, Luna."

TANPA sekali pun ayat itu meninggalkan benak fikiran aku. Suaranya, wajahnya dibawah cahaya bulan semalam, semuanya seakan-akan satu kaset yang rosak, asyik berulang-ulang.

Sehinggakan kini, matahari terpacak atas kepala, tengah berpeluh-peluh mendaki bukit pun masih lagi teringat akan kejadian semalam.

Aku tak sempat nak berkata apa-apa lepas dia kata macam tu. Ranger hutan dah datang selamatkan kami. Kemudian, kami tak sempat nak bercakap lagi. Langsung tak sempat nak mengatakan apa-apa sejak itu.

Tapi, aku sedikit sebal dengan sikapnya hari ini. Dia hanya berlagak biasa. Macam dia tak confess pada aku semalam. Dahlah tak tegur aku langsung hari ni. Semalam tu dia betul-betul confess ke tak?

"Wahh!!" sorakan yang hampir serentak itu terus mengalihkan pandangan aku ke depan semula.

Dari kejauhan, aku dapat lihat air terjun yang deras. Rasa tenang tiba-tiba menyusup ke pelusuk jiwa saat telinga aku menangkap bunyi kicauan burung dan bunyi air terjun.

Bunyi air terjun yang tinggi itu sungguh kuat namun airnya tidaklah begitu deras. Sangat tenang di bahagian bawahnya. Batu-batuan pula hanya berada di bahagian tepi, di tengah-tengahnya kosong, menampakkan kawasan tengah sungai itu yang agak dalam.

"Kita dah sampai. Kamu semua tengok-tengoklah di sini dulu. Buat masa sekarang, jangan mandi lagi, ya? Pagi tadi ada kepala air di sini dan air masih tak begitu tenang lagi. Tunggu sikit lagi, kamu bolehlah mandi." si abang ranger hutan panjang lebar berpesan.

Maka kami hanya semua mengangguk. Ada beberapa mengeluh, mungkin dah tak sabar mahu terjun masuk ke dalam air sungai.

"Luna, jom kita ambil gambar!" belum sempat aku bersetuju, tubuh aku sudah di heret oleh Arin.

Kemain berlambak gambar yang kami berempat ambil. Macam-macam gaya. Namun, aku tak fokus. Mata aku menangkap figura Aidan yang sedang berbual rancak bersama Iskandar, Arash, Haikal dan Nazmi.

Mereka nampak sungguh bersemangat bercerita entah apa. Sekali sekala, Aidan nampak tergelak sakan dengan tingkah laku kawan-kawannya. Sekali sekala, dia yang membuka mulut dan yang lain tergelak. Aku nampak Haikal tayang muka tak puas hati. Mungkin Aidan membahan Haikal.

"Oi cik kak! Cuba pandang kamera. Tak kemana pun Aidan kau tu." tegur Zahra yang entah bila sampai di sebelah aku.

"Mana ada tengok Aidan." aku cuba menegakkan benang yang sudah basah. Sudah terang lagi bersuluh yang aku sibuk tengok dia, lagi aku mahu menidakkan tingkah laku sendiri.

Zahra , Ayla, Arin, Dahlia dan juga Bella sudah menjeling ke arah aku. Masing-masing menyorokkan senyuman.

"Tak sekarang ni, kita selfie banyak-banyak dulu. Nanti kau sambunglah tengok Aidan kau tu." Bella terus menarik aku rapat ke arah mereka.

Maka, kami berenam sudah macam sardin, terhimpit-himpit demi memuatkan ke enam-enam orang kami ke dalam skrin telefon. Aku hanya melayan mereka, lagi-lagi Dahlia yang mencadangkan macam-macam gaya itu.

Selepas bergambar, mereka berlima sibuk berkumpul di depan telefon. Memeriksa dan memilih gambar. Aku sudah redha dengan gambar aku. Lagipun bukannya boleh tengok sangat kalau lima lagi kepala sibuk mengerumuni telefon itu.

"Wah! Ada ikanlah!" satu jeritan takjub yang entah datang dari siapa itu membuatkan kami berenam menoleh.

Dengan sungguh excited dan busybody, kami terus melangkah ke tebing sungai. Tebing sungai ini agak tinggi tapi cukup untuk aktiviti terjunan jikalau ada yang berminat mahu mengambil feeling sebagai seorang perenang profesional.

eclipse ☾Where stories live. Discover now