FLASHBACK 02 𖤐
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
AKU tekup muka. Menahan cahaya matahari daripada terus memancar ke muka aku. Sekarang ialah program denggi yang di anjurkan oleh pelajar universiti mana entah. Sepanjang hari ni aku survive dengan penuh gigih sebab aku sekumpulan dengan Aidan.
Dahlah dia ni ketua kumpulan aku untuk hari ni. Semua game dia lead. Aku pula tengah mengelak dengan dia, tiba-tiba jadi ketua kumpulan aku pulak. Bukan apa, aku takut kalau aku ada buat satu kesilapan yang membuatkan semua orang tahu yang aku sukakan dia. Aku ni cepat gelabah kalau dekat dengan dia.
Ya, alasan aku masih sama. Memanglah tak pelik untuk sesiapa sukakan Aidan.
Yalah, diakan sporty, bijak, handsome dan suara sedap lagi. Sebab itulah ramai junior kami sukakan dia tapi memikirkan aku kena bahan dengan budak kelas aku dengan kelas dia, malu weh.
Aku tak boleh nak hadap. Cuba bayangkan diorang sibuk panggil nama Aidan masa aku lalu depan kelas diorang. Tak pun, kawan-kawan aku sibuk panggil nama Aidan waktu Aidan lalu depan aku lepas tu tunjuk-tunjuk aku.
No, no. Bapak memalukan! Uish, imagine je pun dah buat aku malu.
Cukuplah yang tahu sekarang pun mengusik aku dalam diam. Itu pun kadang-kadang macam obvious tak kena tempat.
Secara tiba-tiba, panas bahang matahari tidak lagi di rasakan pada belakang tapak tangan aku. Dari celah-celah jari, aku intai langit. Pelik sebab tiba-tiba mendung, takkanlah hujan panas kut?
Langit yang aku intai, belakang tubuh Aidan yang singgah di mata. Secara automatik, tangan aku turun dari muka. Cuba process apa yang sedang berlaku.
Aidan yang rancak berbual dengan Haikal, aku pandang dengan penuh tanda tanya. Sejak bila masa pula mamat ni duduk depan aku? Dan, apa sebabnya?
"Kenapa kau ajak duduk sini? Panaslah." dan-dan, telinga aku menangkap Haikal merungut.
Aku terus kembali menekup muka aku. Buat-buat macam tak perasan keberadaan mereka berdua di depan aku tapi, aku masih pasang telinga. Nak dengar apa yang Aidan balas.
"Vitamin."
Ya, itulah apa yang keluar dari mulut Aidan. Sepatah.
"Kepala otak kau! Kalau aku kena strok haba nanti, siap kau." Haikal membebel lagi.
Aidan pula hanya ketawa. Kemudian, mereka berdua membuka topik tentang pelajaran. Mereka bertukar pendapat pasal apa entah. Yang pasti berkaitan biologi.
Tch, what a boring conversation.
"Kenapa kau diam sangat hari ni, Luna?" soalan bersama satu sikulan perlahan datang daripada Arin, dia juga berada dalam kumpulan aku. Kuat betul jodoh kami.
"Panas." balas aku sepatah. Telinga Arin, aku dekati.
"Dan malu." sambungku dalam bisikan. Arin terus mengerling ke arah Aidan didepan aku, kemudian dia mengangguk faham.
"Guys," suara termengah-mengah itu menyapa kami.
Secara automatik, kepala aku, Arin, Haikal dan juga Aidan terus memandang wajah Iskandar dan Bella yang kepenatan. Itulah, siapa suruh volunteer nak pergi cari next check point, kan dah penat.
Aku memang taklah nak berlari waktu tengah hari macam ni. Dahlah tak bawa air langsung.
"Ada dua check point dekat padang. Jomlah." Bella yang baru saja stabilkan pernafasannya terus memberitahu.
![](https://img.wattpad.com/cover/306764143-288-k623469.jpg)
YOU ARE READING
eclipse ☾
Romance─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ─── Bulan dan matahari memang tidak akan bersatu. Mereka mengejar langit yang berbeza, namun saat keduanya bertemu, maka terciptalah satu fenomena yang cukup mengagumkan bernama gerhana. Tapi sayang, fenomena itu tidak kekal...