veintitrés ♡࿐

49 11 8
                                    

FLASHBACK 18𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

HUJAN yang membasahi bumi hanya menjadi renungan kami. Masing-masing hanya memandang ke arah jalan yang lengang dengan air hujan yang nampak cantik di bawah lampu jalan. Sempat juga aku rakam tadi, cukup untuk post di story aplikasi Instagram, kononnya mahu ambik vibe tengah 'healing'.

Tapi itulah, hujannya masih lagi lebat. Bunyi hujan menjadi alunan peneman kami. Masing-masing hanya mampu merenung saja. Yalah, kami semua datang jalan kaki memandangkan rumah yang dekat. Lagipun biasanya kami balik ramai-ramai, tak adalah takut sangat walaupun malam-malam.

Arin memicit-micit tumitnya, dia masih duduk di atas kerusi. Sepanjang shift dia sibuk merungut cakap kaki dia sakit. Yalah, hari ni dia pakai kasut tumit tinggi, tapi tak adalah tinggi mana. Wajahnya kemain lagi berkerut, bibirnya di kemam. Tumitnya nampak sungguh merah dan belakang tumitnya sedikit melecet.

Hari ni sungguh memenatkan. Boleh pula ada 40 pesanan dalam bilik VVIP tadi, maka kami berulang alik banyak kali untuk menghantar makanan itu. Aku yang tak pakai heels pun rasa macam nak tercabut kaki. Inikan Arin.

"Itulah kau, aku nak bagi pinjamkan kasut tak nak. Beria juga nak pakai heels hari ni." Dahlia yang sedang membalas mesej entah siapa menegur. Dari tadi Cik Dahlia kita sibuk menghadap telefonnya, itu tak lain tak bukan, mesti ada gosip panas.

"Saiz kau dengan saiz aku mana sama. Susah betullah kalau saiz kaki semua lain-lain." Arin mencebik. Aku sempat dengar dia merungut seorang diri. Lebih kepada memaki anjing yang tiba-tiba masuk pagar rumah dia dan bawa lari kasut dia pagi tadi.

Bukan dia tak ada kasut lain, tapi itu kasut kesukaannya dan dia dah jarang beli kasut sejak beli kasut itu, yang masih elok pun cuma tinggal heels yang dia pakai hari ini. Sekali, kasut kesukaannya kena kebas dengan anjing di awal pagi. Mana tak mengamuk budak ni.

Heels yang dia pakai itu pun, Dahlia yang paksa dia beli hari tu. Masa tu ada promosi, dan cik Dahlia kita pantang ada promosi terus nak dikautnya. Tapi itulah, dia kata mak dia pesan jangan beli banyak sangat heels sebab kat rumah dah berlambak heels dia. Itu yang dia paksa Arin beli tu. Kalau tak, mesti berkaki ayamlah Arin hari ni.

"Kaki kau lagi besar dari kaki aku," komen aku perlahan. Beza saiz kaki kami tak adalah jauh mana tapi, kalau Arin pakai kasut aku, pasti akan melecet juga kakinya.

"Nah. Pakai kasut aku." Arash yang kebetulan duduk disitu, mencabut kasutnya lalu di hulurkan kepada Arin. Dia siap duduk mencangkung lagi. Macamlah tak ada kerusi di situ, sajalah tu nak buat-buat macam dia tu gentleman.

Itukan Tengku Arash. Mestilah nak ada vibe prince charming depan Arin. Nak termuntah aku dengan aksi kononnya drama si Arash ni.

Aku sempat memandang ke arah Ayla yang sudah buat muka menyampah. Kami berdua akhirnya menahan senyuman selepas mata kami bertembung.

"No thanks. Dah nak balik dah pun, nanti kena hujan pula kasut kau. Sudahlah kasut warna putih, nampak macam baru pula tu. Nanti kalau kotor, kau marah aku juga," panjang lebar Arin menolak, lebih kepada membebel kepada Arash.

Arash pula hanya mengangguk, dia buat-buat macam tak malu dengan tolakan itu. Sedangkan air mukannya agak berubah namun dia berlagak macam biasa, walhal telinganya sedikit kemerahan. Tahan malulah tu.

"Kau jangan cakap aku tak gentle sebab tak offer kasut aku, eh. Aku dah offer, kau yang tolak. Bukan nak bersyukur orang dah offer," terbang habis segala macho Tengku Arash setelah bibirnya memilih untuk merungut tentang tolakan Arin itu.

eclipse ☾Where stories live. Discover now