𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟐𝟏

727 43 1
                                    

SLURP! Raiden menikmati mi segera perisa kari sambil menonton cerita kesukaannya. Ketika dia sedang makan, tiba-tiba belakang badannya ditepuk kuat oleh Rifqah. Dia tersedak dan dia meneguk air kosong sejuk.

"Kau tak nampak ke aku tengah makan mi segera ni?" kata Raiden. Rifqah tayang muka bosan.

"Makan mi segera tak ajak aku! Apa punya suami ni lain kali nak ajak makan cakaplah kat aku," balas Rifqah yang duduk di sebelah Raiden.

"Kau tidur nyenyak tadi tak nak aku kejut. Nanti tak pasal-pasal aku dapat free kick dari kau," balas Raiden selamba. Rifqah tertawa kecil. Dia pantas menarik mangkuk yang berisi mi segera itu dari Raiden.

"Cinta, tu aku punya. Pergilah masak sendiri," kata Raiden dan Rifqah memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
Alahai nak merajuk pula bini aku ni.

"Jangan merajuk dengan aku, Rifqah. Okey ambillah mi segara aku. Aku pun dah makan banyak ni aku buat dua bungkus nasib ada lagi kalau tak memang licin aku makan," kata Raiden dan Rifqah tersengih.

"Kat dapur tu memang kau buat stok mi segera ke?" tanya Rifqah.

"Memang aku buat stok tapi jangan selalu sangat makan tak elok untuk kesihatan," kata Raiden.

"Tak elok untuk kesihatan tapi kau pergi beli banyak buat apa? Tahulah kaya cuba simpan duit tu," jawab Rifqah.

"Kau ni kan cinta ada nanti aku cubit hidung kau tu. Cubit sampai merah," balas Raiden. Kaki si suami terus dipijak oleh Rifqah. Kaki Raiden terus terkena meja.

"Aduh kau dari dulu suka pijak kasut atau kaki aku!" balas Raiden. Terus terhambur ketawa Rifqah. Padan muka!

Sebaik sahaja Rifqah menghabiskan mi segera, dia pantas berlari ke dapur untuk membasuh mangkuk yang digunakan.

"Dah buat salah lepas tu nak lari!" kata Raiden lalu pergi ke dapur dan menghampiri isterinya. Rifqah terus merenjis air ke arah Raiden.

"Aku buat salah apa? Perempuan mana pernah salah!" ujar Rifqah dan Raiden merenjis semula air ke arah isterinya.

"Oh takde salah? Come here, cinta," Suara Raiden yang menggoda membuatkan Rifqah menelan air liur. Sepantas kilat dia berlari naik ke arah tangga untuk masuk ke dalam bilik. Lari kuasa sepuluh!

Raiden mengejar isterinya dan Rifqah masuk bilik lalu ingin menutup pintu namun sempat ditahan oleh si suami.

"Raiden! Aku bergurau je! Ish kau ni jangan nak gatal sangat boleh? Aku beritahu nenek kau!" ujar Rifqah lagi dan Raiden tersenyum nakal. Nakal yang agak bahaya.

Pap! Bantal dibaling oleh Rifqah dan Raiden mengambil bantal tersebut. Main cara kasar isteri aku ni, desis hati Raiden.

"Kau ni saja nak gaduh manja dengan aku hm?" tanya Raiden dan muka menyampah ditayangkan oleh Rifqah.

"Bukan senang nak kenakan kau. Kau tu boleh pula gurau dengan aku. Lelaki boleh buat takkan perempuan tak boleh buat?" kata Rifqah. Ingat semudah ais batu kacang ke aku nak putus asa?

"Penat aku asyik lelaki je yang dipersalahkan," jawab Raiden selamba. Rifqah menindih bibirnya dengan wajah tidak bersalah.

"Asalkan kau tak penat nak layan perangai aku yang comel ni," balas Rifqah lalu membuat gaya meletakkan kedua tangannya di pipi. Raiden tersenyum.

𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐎𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now