Tali kasut miliknya yang tersidai elok di ampaian itu dia ambil laju. Tubuh kecilnya tergesa-gesa memasangkan tali kasut tadi pada kasut sekolah miliknya. Dia mengomel sendiri dalam hati.. sungguh! Dia marah tika itu. Rasa marahnya semakin membuak-buak taktala melihat jarum jam yang menunjukkan, dia akan lambat pada hari itu. 8 pagi. Sudah tentulah waktu sekolah telah bermula. Dia masih lagi mengomel lalu bingkas dia bangun dan mencapai beg sekolahnya bergerak ke dalam perut kereta keluarganya. Pemandu yang akan menghantarnya juga sudah tersedia di kerusi memandu. Dia menutup pintu kereta lalu dengan kelajuan normal kereta tersebut memecut dari perkarangan rumah gadis yang bernama Nur Alisa. Nama ringkas yang tertera pada tag nama sekolahnya."ish..kalau bukan sebab orang tua tu..aku dah lama bangunlah."katanya penuh geram.
"Isa...apa cakap macam tuh pagi-pagi ni...orang tua tu..ayah kamu tau..tak baik.."
"ayah?dia? pak Karim! Ayah Isa dah lama matilah!"
"Astaghfirullahalazim.." ucapan Pak Karim itu membuatkan Isa mengalihkan pandangan ke tingkap keretanya. Dia malas mahu membahas isu yang tidak penting itu.
*******
"PAPPP!" Hentakan itu singgah tepat pada kepalanya yang berlapis tudung sekolah. Pinggan nasi yang tadi terkena belakang kepalanya itu dia pungut dan dikemasnya pinggan itu lalu dia letak disebelah tempat duduknya. Kasut sekolahnya dia pasang tanpa sebarang bicara.
"Kau kalau satu hari tak menyusahkan aku tak sah!ada anak pun kuat bagi aku susah...you should die! Stop living !" wanita yang melemparkan pinggan ke arah gadis yang bertag nama Wanda Alina itu menjerit penuh marah.
"ibu..Wanda pergi sekolah dulu.."
"Kau jangan nak salam-salam akulah bodoh! Kau tuh anak najis..hari-hari habiskan duit aku dekat sekolah buruk tuh..." langkah Wanda terus sahaja beralih ke arah pintu keluar rumahnya. Dia sudah biasa dengan rutin pagi ibunya yang sering melepaskan geram kepadanya itu. Dia tidak marah kerna dia sudahpun terlalu lali diperlakukan sebegitu oleh ibu kandungnya sendiri. Langkah Wanda terhenti taktala dia sampai di salah satu lorong sunyi tempat laluannya ke sekolah.
Dia memerhati batu-batu kecil diatas tanah tika itu. Tanpa dia sedar air mata sucinya mengalir dari mata bulatnya.
"Pagi ni aku anak najis...new name tho.."ungkap Wanda sambil menangis dalam tawa. Sekuat manapun dia,sebiasa manapun dia dengan babak hinaan paginya itu,dia tetap manusia yang dahagakan kasih dan sayang kedua ibubapanya. Dia malas mahu membahas isu itu. Dia tahu dia tidak mampu,dan atas dasar itulah dia memilih untuk diam dan meneruskan hidupnya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Land!" jeritan itu menyedarkan dia. Dia melihat sekeliling. Tanpa dia sedar,dia sudahpun berada dihadapan sekolah. Matanya fokus kearah gadis yang membuka langkah menuju kearahnya.
"Alice...kau baru sampaikah?" tanya nya dalam senyuman. Kehadiran gadis itu mengubah emosiya 360 darjah.
Alisah atau nama gelarannya 'Alice' itu mendekati wajah Wanda ataupun manja dipanggil 'Land' olehnya.
"hmm..are you okay?lemme guess," Wanda mengangkat keningnya menunggu jawapan daripada Alisah.
"Bestfriend having a bad day check..." kedua-dua mereka ketawa. Tekaan itu tepat ke muka cantik Wanda. Hanya Alisah yang mampu mengubah riak wajahnya. Hanya dia yang mampu mengubah emosi dan 'mood'nya. Begitu juga dengan Alisah. Baginya tiada Wanda Alina tiadalah Alisah. Sama seperti tiada Alice,tiadalah Wonderland.
***********
Sebuah kereta yang berjenama BMW terparkir elok dihadapan rumah Tan Sri Mohd Adam Shah atau lebih dikenali dengan gelaran Inspektor Sarjan Tan Sri Mohd Adam Shah. Seorang jejaka yang segak berpakaian seragam polis keluar dari kereta tersebut. Kaca mata hitam yang terletak elok dimatanya menambahkan lagi kesegakkan jejaka itu. Keluar sahaja dia dari kereta,dia memasangkan topi polis yang menunjukkan kebanggaannya terhadap seragam dan pangkat yang dibawanya tika itu.
YOU ARE READING
The Letters
Mystery / ThrillerRemaja? Mungkin watak mereka tidak begitu terpandang dimata rakyat. Cerita mereka jua kurang didengari dan di ambil peduli oleh warga dunia. Kisah mereka hanyalah asap, debu dan perkara remeh dimata orang dewasa. Namun, sedarkah kita bahawasanya ora...