Kina mengikuti jejak Wanda dari jauh. Langkah Wanda yang terhuyung hayang itu membuatkan Kina mendekatkan lagi jarak antara mereka. Dia berlari kearah Wanda yang tiba-tiba sahaja terduduk di pejalan kaki.
"Land...apasal kau dudu.."ayatnya terhenti taktala mendengar esakan daripada Wanda. Wanda menangis teresak-esak dalam keadaan cangkung itu membuatkan Kina menjadi takut.
"Land kau ikut aku.."tubuh Wanda dipapah oleh Kina walaupun dia lebih kecil daripada Wanda. Dia membawa Wanda kesuatu tempat yang asing bagi Wanda. Suatu kawasan pondok lama yang sunyi ,tiada sesiapa disitu hanya mereka berdua.
"Kita kat mana ni?"
"Ni?ni pondok"
"aku tahulah kau ni...kita buat apa kat sini.."tanya Wanda masih dalam tangisannya.
"Ni,tempat aku lepak..sunyi tau,tempat terbiar and yang paling penting tiada siapa kat sini.." jawab Kina sambil memandang kearah Wanda yang masih bingung.
"Habis tu?apasal kau bawa aku kat sini?" Kina tertawa.
"kau adalah orang pertama yang aku bawa kat sini,so...aku bagi kau peluang untuk teriak atau buat apa je kat kerajaan rahsia aku ni...jangan risau,aku takkan join dengar...aku balik kau teriak..okey?tapi promise! Jangan bagitahu siapa-siapa pasal tempat ni tau...hahaha" suara ceria Kina menyebabkan senyuman terukir pada wajah Wanda. Wanda terharu melihat usaha Kina dalam cuba menghilangkan rasa sedihnya. Dia tahu gadis kecil itu menyimpan banyak masalah besar yang tiada siapa boleh jangka. Atas dasar itu jugalah dia tahu,bahawa gadis itu adalah tempat terbaik untuk mendapatkan nasihat berkenaan masalah yang dihadapinya.
"Takpa...aku nak kau ada dekat sini..dengar semuanya." Jika dia boleh memilih siapa orang yang paling dia percaya selepas Allah swt,Nabi dan Alisah..dia akan memilih Kina. Gadis itu seperti peti rahsia,yang kuncinya tidak diciptakan untuk dibuka tapi direka untuk mengunci semua rahsia yang didengarnya.
Kina sedikit terbeban dengan permintaan Wanda itu,namun jika itu jalan terbaik untuk mengembalikan senyuman sahabat kegemarannya ,maka dia akan lakukan apa sahaja. Kina mengangguk sambil tersenyum.
"Aku..aku..aku terpaksa khianat Alisah." Mata Kina terbuka luas.
"Kau buat lawak apa ni...tak lawaklah wei.."
"Aku serius."
"dalam term apa kau kena khianat dia ni?" tanya Kina dalam nada serius memandangkan Wanda memasangkan wajah yang juga serius.
"kau tahu kan kita perlu tolong Alisah hentikan majlis pernikahan dia nanti.."
"no way...." Kina terbangun dari tempat duduknya. Dia terkejut dan tidak menyangka ayat khianat itu keluar dari bibir Wanda sendiri. Wanda menangis.
" Aku tahu,aku tahu aku bodoh sebab setuju dalam hal tu..tapi aku takde pilihan lain Kina,Tengku Mirza ugut nak pecahkan rahsia 4 tahun yang lalu..aku tak boleh nak buat apa-apa.."ada nada memujuk daripada suara Wanda. Kina tercengah. Mulutnya terbuka luas tanda dia sangat terkejut tika itu.
"jap..Tengku Mirza?tu bukan..."
"Haah...bakal suami Alisah.."
*************
"Saya kat mana ni..." tanyanya marah. Rasa mamainya hilang serta merta. Wanda mulai keliru lalu dia cuba untuk bangun namun kakinya terasa lemah. Dia diikat. Wajahnya yang bingung bertukar menjadi takut. Terlalu banyak persoalan yang muncul didalam benak fikirannya kini namun rasa takutnya lebih dominan tika itu.
Matanya lantas terbuka luas taktala susuk tubuh bakal suami Alisah berada dihadapannya. Keadaan tika itu dapat disimpulkan seperti kes penculikan. Tapi,kenapa pula bakal suami Alisah ingin menculiknya?
YOU ARE READING
The Letters
Mystery / ThrillerRemaja? Mungkin watak mereka tidak begitu terpandang dimata rakyat. Cerita mereka jua kurang didengari dan di ambil peduli oleh warga dunia. Kisah mereka hanyalah asap, debu dan perkara remeh dimata orang dewasa. Namun, sedarkah kita bahawasanya ora...