CHAPTER 3

6 2 0
                                    

Tengku Mirza memasuki rumah Tan Sri Adam pelahan selepas dibukakan pintu olehnya.

"Ada apa..Tuan panggil saya ke sini Tuan.." Tengku Mirza bertanya dalam perjalanan kedua-dua mereka hendak ke ruang tamu utama rumah itu.

"kalau iya pun,duduklah dulu..kamu ni,tergesa-gesa sangat.."

"saya minta maaf Tuan,saya terlalu terbawa-bawa dengan rutin kerja yang sentiasa mahu cepat.."

Tan Sri Adam tersenyum. Dia teramat arif akan perkara itu memandangkan dia juga pernah berada didalam bidang keselamatan negara.

"takpa,takpa..saya faham..ehem..."Tan Sri Adam berdehem selepas selesai mendaratkan punggungnya diatas kerusi sofa disitu. Mak Ima dari arah dapur datang selepas beberapa minit membawakan teh dan beberapa jenis kuih melayu didalam dulang dapur.

"jemput minum Tan Sri,Encik.."ajakan Mak Ima itu disambut dengan senyuman oleh Tengku Mirza dan Tan Sri Adam. Tan Sri Adam lantas mencapai cawan teh yang sudah diisi oleh Mak Ima tadi lalu dihirupnya pelahan.

"jemput Mir..." Tengku Mirza akur lalu disahutnya ajakan itu dengan menghirup secawan teh dihadapanya.

"berbalik ke soalan Mirza tadi.."

"ya,Tuan.." Tengku Mirza terus menumpukan lagi pandangannya kearah Tan Sri Adam.

"saya sebenarnya mahu berbincang mengenai tarikh yang sesuai untuk kamu dan Alisah nak diijabkabulkan..." Tengku Mirza tersedak. Dia tahu akan perkara itu,tapi entah kenapa pertanyaan Tan Sri Adam itu jelas membuatnya takut-takut.

"kamu kenapa ni...bukan kamu dah setuju ke?"

"iya,tuan..saya dah setuju cuma sedikit terkejut dengan topic perbualan kita yang tak terfikir pun oleh saya buat masa ni.."

"ouh,saya faham..tapi,Mirza hal ni kita tidak patut lengah-lengahkan..sebab,kamu pun kenal kan dengan Alisah..dia tu jenis yang degil. Semua benda nak ikut cakap dia sahaja..kamu tahu kan.."

"tahu Tuan,tapi...bukankah lebih baik untuk tunggu dia habis belajar dahulu.." Tengku Mirza cuba membela Alisah. Bukan apa,dia sebenarnya faham dengan perasaan gadis itu. Jika dia berada di tempat yang sama,dia juga tidak mahu berkahwin seawal usia itu.

"tak boleh Mirza...kita kena kahwinkan kamu secepat mungkin.." Tan Sri Adam mendesak.

"er..saya tak faham,kenapa kita kena percepatkan Tuan.."

"sebab...aku.. dah tak lama Mirza," Tengku Mirza membulatkan matanya. Perasaannya bercampur baur pada waktu itu. Benarkah?benarkah apa yang dia dengar. Benarkah Tan Sri tengah nazak,ataupun Tan Sri hanya sengaja mengatakan sebegitu supaya dia menuruti arahannya. Ah! Tengku Mirza menghilangkan andaiannya tadi. Tidak mungkin Tan Sri sebosan itu.

"tapi Tuan...Alisah..."

"berkenaan itu..kamu jangan risau..saya tahulah mahu urus kelak," Tengku Mirza hanya mampu mengangguk akur. Dia tidak mampu melakukan apa-apa. Dia tersepit.

'maafkan aku Alisah..'

************

"Wei hati-hati sikit..jangan sampai pecahkan pintu tu pula.."arah Wanda sambil menarik Alisah bangun daripada tilam tadi.

"haish..aku taknak balek lah..aku tak sedap hati.." Alisah berkata ringkas.

"uh,pernahkah kau dengan aku sedap hati bila balek?" kedua-dua mereka tergelak kecil.

Pintu ruangan rahsia itu mereka tutup segera lalu langkah kesemua ahli kumpulan tu memecut kearah pagar utama sekolah mengikuti langkah pelajar lain supaya tiada yang sangsi dengan tindakan ponteng mereka pada hari itu. Wanda dan Alisah hanya berjalan biasa,mereka sudah arif dalam kes-kes ponteng ini,jadi tidak hairanlah jika mereka berlagak normal. Taktala itu..

The Letters Where stories live. Discover now