CHAPTER 12

1 0 0
                                    

Kina segera memakai kasut taktala loceng pagar depannya dibunyikan berkali-kali. Langkahnya dia percepatkan sambil memasangkan wajah geram. Awal pagi lagi,hatinya sudah naik panas dengan tindakan tanpa berfikir insan dihadapan rumahnya itu.

"Umi...adik pergi dulu eh.."

"Siapa dekat depan rumah tu adik!"

"Takde siapa,jiran lalu lalang nak pergi sekolah..adik pergi dulu eh umi...assalammualaikum..."cepat-cepat insan itu dia tarik jauh daripada hadapan pagar rumahnya. Lengan yang berlapik baju sukan sekolah itu,hanya merelakan sahaja tindakan Kina walaupun sebenarnya dia juga bingung.

Kina memerhati sekeliling sebelum genggaman tangannya dia lepas kasar. Pandangan tajam dia hadiahkan kepada Amir yang masih bingung dihadapannya.

"Saya ada buat salahkah?"

"Kita kawan ke?bestfriend?ke kita dua ni ada hubungan istimewa?"setiap soalan Kina yang kedengaran menyindir itu digelengkan oleh Amir. Takut-takut juga Amir pada waktu itu,mendengarkan nada suara Kina yang sedikit naik seperti memarahinya.

"Habis tu?siapa kau nak ambil aku dari rumah aku?depan rumah pula tu..kau siapa?" Hati Amir seperti digores pisau mendengarkan setiap bait kata yang keluar daripada mulut kecil Kina.

"Saya cuma..."

"Tak payah!"suara itu menggertak Amir. Amir sedikit tersentak dengan gertakan daripada Kina yang kedengaran penuh emosi. Dia mulai marah bercampur hairan. Bukankah Kina patut berterima kasih dengan dirinya,sebab sanggup datang sejauh 1 batu hanya untuk menjemput Kina dan pergi ke sekolah bersamanya?ini tidak. Bukan pujian! Tapi hinaan dan gertakan pula yang dia terima.

"Awak kenapa ni..saya datang sini sebab risaukan awak..kan semalam.."

"Huh,risau?ke simpati?sebab semalam aku nangis depan kau?"

"Taklah wak.."

"Eh sudahlah! Kau bukan siapa-siapa nak risau atau simpati dengan aku,just because aku tunjuk sisi sedih aku semalam tak bermaksud yang kau perlu ambil aku daripada rumah dan teman aku sampai sekolah! Hidup aku dah memang kacau bilaulah Amir,kau tak perlu nak tambah porakkan lagi!"

"Awak ni kenapa?niat saya baik sebab saya masih risaukan awak sebagai kawan..."

"Kawan?!kau?dengan aku?bila masa?kau jangan nak perasan lebih boleh..bagi aku,kau tu hanyalah rakan sekolah yang aku pernah tahu nama je,dan tak lebih daripada itu kau faham!dan kau ingat sini budak pengawas,aku nak kau pergi berambus daripada hidup aku dan jangan pernah nak datang sini ambil aku,teman aku pergi sekolah sebab kau dengan aku bukan siapa-siapa..ingat tu!" Amir hanya kaku disitu mendengar semua ayat yang Kina keluarkan. Sepantas kilat gadis itu berubah. Semalam ,dia tak ubah seperti gadis kecil yang mahukan bahu seseorang untuk menangis tapi hari ini pula,dia garang bak harimau yang lapar dan bersedia ingin menerkam mangsanya,tapi bezanya mangsa sang harimau mati luarannya ,tapi mangsa Siti Sakinah Mohd Redza pula mati dalamannya. Amir . Dia mulai mati hati mendengar ayat pedas daripada Kina pada pagi itu.

Tubuh kecil Kina yang kini membelakanginya dan bergerak marah ,dia perhati dengan penuh tanda tanya. Dia ada masalah ke dekat rumah tadi?ataupun dia badmood sebab ABC?sungguh banyak soalan yang timbul didalam kepala Amir taktala melihat susuk tubuh Kina yang semakin lama semakin hilang memasuki simpang sekolah mereka. Dia tahu Kina garang,tapi hari itu garang Kina seperti sengaja membuatkan Amir berhenti mencari dirinya. Garang Kina seperti meminta seseorang untuk berhenti dan tanyakan kisah hidupnya kerna dia tidak kuat untuk memendamnya sendiri. Jika itu apa yang Kina cuba sampaikan,Amir sanggup memberikan bahunya kepada harimau garang seperti Kina. Dia janji dia akan relakan apa sahaja harimau itu ingin lakukan,selagi mana dia bahagia,bahu itu juga akan turut bahagia bersamanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 26, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Letters Where stories live. Discover now