Alisah masih lagi menunggu di ruangan menunggu dalam keadaan bergetar. Mail disebelahnya bersandar lemah sambil berdoa didalam hatinya. Alisah pula memerhati tangannya yang melekit dek kerana darah Wanda. Dia menangis. Sungguh dia tidak tahu apa yang bakal terjadi kelak. Dalam hatinya tidak berhenti berharap agar Allah tidak mengambil Wanda daripadanya. Mengalir lagi airmatanya membayangkan perkara yang menakutkan. Janganlah engkau cabut nyawa Wanda Ya Allah.
Mail masih lagi memandang kearah siling sambil matanya dia pejamkan. Bibirnya terkumat kamit berdoa untuk keselamatan Wanda. Mereka baru sahaja dipertemukan semula,terlalu awal untuk Wanda pergi daripada hidupnya.
Selepas beberapa jam menunggu diruangan wad tersebut,Zack dari arah kanan datang menghampiri kedua-dua mereka. Dia yang jelas kelihatan risau itu,mengambil tempat disebelah adiknya. Bahu Mail dia pegang cuba menenangkan adik lelakinya yang juga bergegar itu.
"Abang..." Mail memeluk Zack.
"Sabar Mel,Insya-Allah...Al akan selamat.."Alisah menoleh kearah kedua-dua mereka. Dalam hatinya sudah bingung kenapa ada jejaka asing datang melawat Wanda. Dek kerana langsung tidak mengenali Zack dia hanya mampu mengerutkan dahinya. Mail yang menyedari pandangannya itu segera meleraikan pelukan tersebut dan menghadap kearah Alisah.
"Perkenalkan abang Zack,abang Wanda..abang,ni A.."
"Abang?Land ada abang ke?bukannya dia anak tunggal ke?"tanya Alisah ragu-ragu. Takut juga dia jejaka dihadapannya ini cuba memperdaya dia dan mengambil Wanda kelak. Tapi,Mail...kenapa Mail seperti ada kena mengena sahaja dalam hal ini. Alisah mulai serabut. Apa tidaknya kehadiran Mail yang tidak berganjak dari sekolah sehinggalah ke hospital itu sudahpun membuatnya kehairanan,inikan lagi kehadiran abang misteri Wanda yang entah dari mana dia datang,alih-alih mengaku abang kepada Wanda yang jelas-jelas merupakan anak tunggal dalam keluarga. Ataupun,ada rahsia besar lagi yang Wanda tidak pernah ceritakan kepadanya. Dia mulai rasa geram bercampur hairan.
"Land...?Wanda ke maksud kamu?" Alisah mengangguk sambil menunggu penjelasan daripada Mail dan Zack.
"Yah,Al ataupun Wanda ataupun Land tu sebenarnya adik angkat saya. Dia pernah tinggal sementara dalam rumah agam kami dan sejak daripada hari itu,kami bertiga rapat tak ubah seperti adik beradik.." Alisah menggaru kepalanya. Bila pula Wanda tinggal bersama mereka?sejak Wanda berumur 5 tahun,tidak pernah lagi dia melihat Wanda keluar dari mana-mana rumah agam,apatah lagi tinggal disana.
"Aku tak tahu macam mana nak jelaskan pada kau Alisah,tapi jika dipendakkan cerita,waktu Al berumur 4 tahun,dia pernah berbakti dengan keluarga kitaorang dan atas sebab tulah Tok Yah minta Al tinggal dengan kami dalam setengah tahun macam tu untuk ubat trauma dia selepas bantu abang..." Mail memandang kearah Zack. Alisah masih bingung tapi,boleh dikatakan dia faham sedikit kenapa ,Mail dan Zack berada disitu. Mendengar umur 4 tahun itu juga dia mengangguk faham. Waktu itu,dia belum mengenali Wanda jadi wajarlah budak bertuah itu tidak menceritakan apa-apa kepadanya. Kini dia faham.
"Jadi,sebab tulah kau rapat dengan Land hari tu.."tanya Alisah minta penerangan. Sebenarnya,jangkaannya terhadap Mail yang ada perasaan terhadap Wanda mungkin salah. Hmm,hancur harapannya ingin menjodohkan mereka berdua. Nasib baiklah,Wanda tidak memiliki sebarang perasaan kepada Mail pada waktu itu. Kini dia faham.
"Haah,tapi waktu tu..Al tak tahu lagi,semuanya terbongkar lepas Al kena kejar oleh ayah dia."
"WHAT?!"
"Ya...panjang ceritanya,dan aku rasa kau perlu tanya Al sendiri pasal tu sebab,budak tu...suka berahsia sangat dengan aku. Sampaikan jenuh aku bertanya hari-hari,tapi masih juga dia berkeras untuk merahsiakannya." Alisah mengangguk faham. Dia arif sangat dengan perangai Wanda yang suka berahsia itu. Sehinggakan ada masanya mereka berdua bergaduh disebabkan hal itu. Dia sebagai sahabat mestilah ingin tahu semua perkara tentang Wanda dan kehidupan Wanda,tapi still gadis itu merahsiakan semuanya sehingga dia sendiri yang perlu cari tahu. Ada masanya dia dapat hidu,tapi ada waktunya dia hanya mampu melihat Wanda handle sendiri masalah itu. Dia yang mahu membantu pula hanya mampu berdiam diri dengan penuh kekesalan. Dia sudah nekad,mulai daripada hari itu dia akan memaksa juga Wanda menceritakan semuanya. Tidak kisahlah jika gadis itu mahu ataupun tidak. Dia akan korek juga masalahnya sampai ke lubang cacing.
YOU ARE READING
The Letters
Mystery / ThrillerRemaja? Mungkin watak mereka tidak begitu terpandang dimata rakyat. Cerita mereka jua kurang didengari dan di ambil peduli oleh warga dunia. Kisah mereka hanyalah asap, debu dan perkara remeh dimata orang dewasa. Namun, sedarkah kita bahawasanya ora...