"Macam mana keadaan dia bang.."tanya Mail tidak sabar. Doktor Hakim disebelahnya hanya mampu tersenyum melihat adik sahabatnya yang tak ubah seperti seorang suami menunggu khabar isterinya yang baru habis bersalin.
"tu siapa?" persoalan Mail dijawab dengan persoalan daripada Doktor Hakim. Mail mencebik. Aik,dia yang tanya dulu dia pula yang ditanya kembali. Aduh memeningkan!
"Kawan..." mata Doktor Hakim mengecil. Sukar untuknya mempercayai jawapan Mail . Adakah patut Mail membahasakan Wanda sebagai 'kawan',setelah membawa gadis itu kerumah agam milik keluarga Mail. Sangat tidak logik.
"hmmm...habis tuh,kenapa bawa pergi sini." Soalan itu membuatkan Mail terdiam. Dia tahu bukan sebarangan orang yang boleh masuk kedalam rumah agam milik keluarga Tan Sri Yusri Alias itu,tapi siapa Wanda baginya cukup untuk dia memberikan pas masuk kepada gadis itu. Dia menggigit bibir bawahnya.
"Tu..er...abang...jawablah soalan Mail,Wanda okey tak.." Doktor Hakim hanya ketawa. Suka betul agaknya mengusik Mail yang tiba-tiba sahaja membawa gadis balik kerumah. Namun,rasa bimbang juga timbul dalam hatinya,bimbang sekiranya Mail akan melakukan hal yang tidak sepatutnya didalam rumah itu. Tetapi dia yakin,budak itu terlalu bijak untuk melakukan hal bodoh tersebut.
"Dia okey je..Cuma penat,dia tak makan ke?apasal badan dia macam lemah semacam je abang tengok.."
"entah..Mail pun baru je jumpa dia..dia tak makan kot,she's actually comes from a poor family.." Doktor Hakim hanya meng 'o' kan sahaja apa yang Mail katakan . Fikirannya sedikit melayang memikirkan kesan lebam pada pergelangan tangan Wanda tadi.
"Mail...kawan Mail tu..err.."dia berkira-kira untuk bertanya kepada Mail yang kelihatan seperti ingin terus memecut melihat keadaan Wanda. Tampak risau pada wajah remaja itu,ni risau sebab kawankah ataupun lebih daripada kawan? Amat mengelirukan.
"Apa dia bang.."
"Ouh takda...kawan Mail tengah berehat tu..ingat,abang dah suruh Mak Kiah tolong temankan Wanda,Mail jangan nak buat benda bukan-bukan tau..ingat tuh!" Mail sedikit kecewa. Adakah sebegitu jauh,sahabat abangnya itu membayangkan dirinya. Dia tidak sejahil itu,namun atas dasar itu jugalah dia menerima nasihat itu. Al maklumlah tidak mahu derhaka.
Mendengar jawapan Doktor Hakim itu,membuatkan Mail berlari untuk menjenguk Wanda. Dia segera masuk kedalam bilik sehingga mengejutkan Mak Kiah yang sememangnya berada disitu. Dia tersenyum malu. Apa tidaknya daripada tingkahnya saja jelas menunjukkan dia berlari ke situ. Nanti apa pula yang Mak Kiah itu katakan.
Ah!lantaklah yang penting dia dapat menjenguk Wanda. Dia mendekati katil tempat baringan Wanda,lalu berhenti tepat disebelah katil tersebut. Matanya sedikit berkaca melihat kearah Wanda yang kelihatan lemah dan tidak bermaya diatas tilam bilik tetamu rumah agam tersebut.
"Haaa..kamu jangan nak macam-macam,Mak Kiah kat sini tau." Risau pula Mak Kiah melihat keadaan Mail yang tak ubah seperti putera tidur datang menemui permaisurinya. Naik seram dia.
Mail hanya tersenyum mendengar sorohan orang tua itu. Dia faham keadaannya sekarang seperti orang yang kurang waras dimata Mak Kiah dan Doktor Hakim tapi,sekiranya mereka tahu siapa Wanda yang sebenarnya kedua-dua mereka akan faham kenapa dia bertindak begitu.
"Terima kasih Mak Kiah..tolong tengok-tengokkan Wanda."
"Siapa sebenarnya budak ni,kamu jangan nak macam-macam Tuan Muda..kalau Tan Sri dapat tahu tak ke naya nanti.." risau pula Mak Kiah dengan tindakan Mail yang seperti tak kisah dengan peraturan keras keluarga itu. Dia bukan apa,dia cuma bimbang nanti tidak pasal-pasal dia pula yang dapat tempiasnya. Ha,habiss..
"Bukan sekarang Mak Kiah,nanti..nanti bila waktunya dah tiba Mail akan bongkar siapa gadis ni sebenarnya..waktu tu,Mak Kiah akan faham kenapa Mail berkeras sangat nak jaga gadis cantik kat depan kita ni.." permikiran ketua pembantu rumah itu semakin menjauh. Takut juga dia sekiranya gadis yang terbaring lena diatas tilam dihadapannya ini merupakan gadis yang Tuan Muda Mailnya cintakan. Dari mana agaknya gadis itu dibawanya. Aih turutkan sahajalah Kiah. Bisiknya dalam hati,malas mahu mempersoalkan hal itu.
YOU ARE READING
The Letters
Mystery / ThrillerRemaja? Mungkin watak mereka tidak begitu terpandang dimata rakyat. Cerita mereka jua kurang didengari dan di ambil peduli oleh warga dunia. Kisah mereka hanyalah asap, debu dan perkara remeh dimata orang dewasa. Namun, sedarkah kita bahawasanya ora...