Alisah sekali lagi melihat jam ditangannya. Dia sedikit marah lalu dia menoleh kearah tingkap untuk memastikan gerangan jejaka yang ditunggu-tunggu akan sampai,tapi malang susuk tubuh Tengku Mirza masih tidak kelihatan. Mahu sahaja dia berjalan kaki terus kerumahnya,tapi niatnya terpadam dek kerana mengira-ngira jarak perjalanan dari lapangan parkir supermarket itu dengan rumahnya. Dia menghempap kepalanya ke arah sokongan kepala tempat duduknya kini.
"Ish lelaki ni,kata nak beli aiskrim je..apasal lambat sangat! Ni mesti sebab aiskrim coklat mint kegemarannya tu dah habis...aku tak fahamlah! Apa yang sedap sangat dengan perisa tuh sampaikan dia ambil masa berjam-jam kat dalam tu hish!" marah Alisah. Jujurnya dia mulai merasa melekit dan tidak selesa. Baju sekolahnya juga sudah mulai mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Dia rimas!
"Kang aku keluar,kereta ni kena kebas pula.." dalam keadaan marah,satu bunyi tanda pintu kereta dibuka mengejutkannya. Dia menoleh pantas.
"Kau! Kau pegi mana ni! Aku nak baliklah! Dah pukul 5 tahu tak...eh..kau kenapa ni.." Nada marahnya berubah taktala melihat kesan darah yang masih mengalir pada telapak tangan Tengku Mirza. Alisah sedikit risau,tapi perasaannya kini lebih kepada takut. Apa yang dah jadi sebenarnya.
"Aku hantar kau pulang sekarang!" katanya ringkas lalu enjin kereta dia hidupkan dan dia memecut laju meninggalkan kawasan parkir tersebut. Alisah tidak mampu mengeluarkan sepatah kata pun. Keadaan Tengku Mirza pada waktu itu membuatnya takut. Dengan keadaan peluh yang tidak henti menitik,darah yang masih bersisa dan hampir menghiasi stering keretanya,membuatkan Alisah hanya memilih untuk memandang keluar tanpa menanyakan apa-apa.
"Eh tu..bukan Wanda ke?" kelibat seseorang yang berjalan terjongkang jongket itu menarik perhatian Alisah. Kereta semakin mendekatinya,Alisah meminta Tengku Mirza menghentikan kereta seketika namun,terus sahaja dipecutnya enjin kereta itu dan semakin laju melimpasi susuk tubuh gadis yang kelihatan lemah disisi jalan.
"Hoi! Aku suruh kau berhenti kan! Tu Wandalah! Kau apasal niii!" marah Alisah.
Dek kerana tidak mendapat sebarang reaksi daripada jejaka itu,Alisah memilih untuk mencapai telefonnya dan mendail nombor Wanda.
"Hello Wanda kau kat mana?" kereta dihentikan serta merta lalu Tengku Mirza fokus kearah Alisah.
"huh?kau kat rumah?ouh..aku fikir kau...err Land,kau ada datang rumah aku ke tadi?"tanya Alisah lalu menunggu jawapan Wanda yang agak lambat.
'tak da...'jawab Wanda sepatah dari hujung talian.
"ouh...takde,takpalah Land kau rehat okey?kita jumpa besok..."entah kenapa ayat penutup bicara itu membuatkan Tengku Mirza menghembus nafasnya lega.
"Apasal kau.."
"Dah?haaa jom balik..macam-macam ah kau ni.."Alisah terdiam taktala bicaranya dimatikan sebegitu. Ingin marah tapi,entahlah situasi itu membuatkan dia bingung sendiri.
Dia terus sahaja memandang kearah Tengku Mirza yang entah kenapa membuatnya seram sejuk. Dia mahu bertanya lebih dalam tapi takut sekiranya dia dibertak tiba-tiba. Dia bukan takutkan gertakan jejaka itu tapi takut sekiranya kepala lelaki itu mendapat label tapak kakinya nanti.
*************
Wanda memegang wajahnya yang biru itu. Panggilan Alisah sebentar tadi dia matikan serta merta. Dia tahu,apa yang dia putuskan itu salah,tapi dia tidak ada pilihan yang lain melainkan setuju. Dia sayangkan Alisah namun dia juga sayangkan ibu dan bapanya meskipun mereka bertidak dayus terhadapnya. Dia tidak mahu kehilangan kedua-dua insan itu. Airmata Wanda mengalir lalu dia duduk mencangkung dan menangis semahunya disitu. Pilihan tadi adalah pilihan yang paling sukar didalam hidupnya. Kenapa dia?kenapa dia insan yang perlu melalui semua itu. Jiwa kecilnya meronta lemah. Ingin teriak tapi dia begitu lemah.
YOU ARE READING
The Letters
Mystery / ThrillerRemaja? Mungkin watak mereka tidak begitu terpandang dimata rakyat. Cerita mereka jua kurang didengari dan di ambil peduli oleh warga dunia. Kisah mereka hanyalah asap, debu dan perkara remeh dimata orang dewasa. Namun, sedarkah kita bahawasanya ora...