"AYAH!" jeritan itu mengejutkan Tengku Mirza dan Tan Sri Adam yang berada disitu. Alisah mendekati kedua-dua mereka dengan pakaian seragam sekolahnya. Dia melempar begnya kasar di atas lantai.
"AYAH! Siapa ayah nak mengubah hidup Alisah ha? Tak cukup lagikah ayah hancurkan zaman remaja Alisah dengan membunuh ibu?sekarang? Ayah nak jual Alisah pula.."
"jaga mulut kamu.."
"Kau DIAM!" Alisah menggertak Tengku Mirza. Dia berjalan menuju kearahnya.
"kau ni siapa hah? Dato?ke CEO?Berapa kau beli aku?"
"saya langsung tak beli dan taknak beli awak..apa yang awak katakan tadi sangat-sangat tak patut dan salah!"
"wow!habis tuh sekarang ni apa?kau nak gari aku?go ahead! Humban aku dalam penjara? Ouh I would love too! Please take me there please..." gadis itu mendekati Tengku Mirza sambil membuat aksi teruja atau lebih tepat PSYCHO!
"awak jangan nak melampaui batas ya.."
"hmm..kesian kat kau ni,dah bosan sangat hidup agaknya..sebab tu kau nak kahwin dengan orang muda dan cantik macam aku!tengok kau ni macam helok je,hensem gak kau ni tapi bodoh!"
"Kau!"
"Sudahhh...Alisah. Kamu jangan nak kurang ajar dengan tetamu ayah."
"heiy Isa boleh buat lagi teruklah!"
"pappp.." satu tamparan singgah diatas pipi Alisah. Tan sri Adam terkejut dengan tindakan Tengku Mirza itu. Alisah lagilah. Dia hanya mampu terdiam tanpa bicara memegang pipinya.
"saya minta maaf Tuan! Tapi saya dah tak tahan. Saya tak mampu nak kawal kemarahan saya. Anak tuan ni dah semakin biadab.."
Kedua-dua mereka masih terdiam.
"Saya betul-betul minta maaf Tuan sebab tersentuh anak Tuan. Tapi saya takkan minta maaf dengan dia sebab apa yang saya buat tu tak salah dan saya langsung tak menyesal dengan tindakan saya tu Tuan."
"apa kau cakap?"
"kau dengar sini Alisah..mungkin kau tak kenal aku,tapi aku kenal kau dari kecil dan aku tahu siapa Alisah yang sebenarnya..siapa Alisah yang aku kenal. Tapi hari ni kau buktikan dengan aku bahawa Alisah yang dahulunya comel,baik dan suka menegakkan keadilan tu dah lama mati! Terima kasihlah atas apa yang kau buat hari ni,kau buat aku rasa yakin nak kahwin dengan orang macam kau. You dare me girl! You did!" Alisah mengalirkan airmatanya dalam diam. Mendengar kata "Alisah yang dulu sudah lama mati.." membuatnya sebak.
"Tuan,saya balik dulu..pasal permintaan tuan tu. Saya akan berusaha sehabis baik untuk mendidik dan menjaga anak gadis Tuan seperti mana yang Tuan harapkan. Saya akan berusaha menjalankan tugas ni Tuan." Jawapan akhir Tengku Mirza itu membuatkan bukan sahaja Alisah tetapi Tan Sri Adam juga yang sememangnya terkejut dengan babak tamparan tadi.
********
"Assalammualaikum.." Wanda memberi salam sebelum dia memasuki rumahnya yang gelap seperti tidak berlampu.
"aku dah cakap dengan kau kan...aku tak guna duit kaulah!"
"dah lama dah aku kumpul duit tu nak bayar yuran Wandalah bang..kenapa abang ambil." Wanda mengeluh seperti kebiasaannya. Dia mencapai kembali beg sekolahnya lalu mengatur langkah keluar dari rumah yang serupa neraka itu..
Langkahnya dia percepatkan sehinggalah sampai ke atas bukit yang berada tidak jauh dari perumahan rumahnya. Bukit yang lengang itu memudahkan lagi saluran udara masuk dan meniupi tubuh kecilnya tika itu. Dia memejamkan matanya. Menikmati udara yang segar dan dingin yang mampu mengosongkan fikiran sibuknya.
YOU ARE READING
The Letters
Mystery / ThrillerRemaja? Mungkin watak mereka tidak begitu terpandang dimata rakyat. Cerita mereka jua kurang didengari dan di ambil peduli oleh warga dunia. Kisah mereka hanyalah asap, debu dan perkara remeh dimata orang dewasa. Namun, sedarkah kita bahawasanya ora...