05

272 57 16
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Tak sampai tiga hari, aku dah buat keputusan sendiri.

Aku terima lamaran dia.

Dia yang aku sendiri tak tahu siapa.

Papa, Mama yang paling gembira dengan keputusan aku. Reaksi mereka jauh lebih baik dan jauh lebih gembira daripada masa aku bagitahu mereka yang aku nak kahwin dengan Jaehyun dulu.

Seutas gelang halus yang kini menghiasi pergelangan tangan kananku aku amati. Ringkas tapi sangat cantik.

Pemberian dari dia, tanda termeterai ikatan pertunangan kami yang dijanjikan selama tiga bulan sebelum perkahwinan kami. Cepat betul. Risau aku kena kebas agaknya. Maklumlah janda hot.

"Malam ni tunang adik ajak adik keluar makan malam. Dia nak jumpa dengan adik."

Berdebarlah pula. Sebelum ni bukan main nak tahu sangat muka dia macam mana. Sekali dia ajak jumpa gelabah pula!

.
.
.

"Dia pakai kemeja putih, seluar hitam. Nanti pandai-pandailah adik cari."

Kemeja putih, seluar hitam.

Mata aku mulalah melilau di sekitar kafe ni, mencari manusia yang punya ciri yang sama persis seperti apa yang diberitahu mama sebelum aku pergi tadi.

Sehinggalah panahan mata aku terhenti pada belakang susuk tubuh seorang lelaki yang memiliki pemakaian yang sama dengan apa yang mama sampaikan pada aku di rumah tadi.

Tak dapat aku melihat rupa parasnya saat ini dek posisi duduknya yang membelakangkan aku tika ini tapi entah kenapa, susuk tubuhnya nampak sangat tidak asing di mata aku, cukup untuk mengingatkan aku pada seseorang.

Walaupun masih was-was, langkah tetap aku atur menghampiri lelaki itu. Makin dekatnya aku dengan dia, makin kuat detakan jantung aku.

Sehinggalah aku berdiri betul-betul di sisinya, hanya beberapa tapak di belakangnya.

Sah memang dia!

"Taehyung."

Panggilku dan tak sepertinya reaksi yang aku harapkan, dia nampak tenang saja. Mengangkat muka seraya menoleh melihat aku. Tersengih dia bila tengok muka blur aku sekarang.

"Sampai pun."

Terkebil-kebil aku dengan reaksinya sekarang. Rileks saja dia menukar posisi duduknya menghadapku.

"Duduklah." Pelawanya.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanpa mempedulikan pelawaannya, straight to the point aku bertanya.

"Jumpa tunang aku."

Ah, sudah. Mulalah aku tak senang hati.

"Mana tunang kau?" Soalku seraya mata melihat sekeliling. Entah memang tak tahu atau buat-buat tak tahu. Setakat ni yang saya tahu, saya tak tahulah.

"Ni, depan aku." Selamba dia menjawab seraya kepalanya diangkat sedikit dan sekilas ke arah aku, menunjuk ke arahku.

Gilalah dia ni!

.
.
.

"Kau gila ke?"

"Nope. Aku dalam keadaan waras waktu aku buat keputusan untuk nak kahwin dengan kau dan tak ada siapa yang paksa aku."

"Tapi kenapa?"

"Because I love you."

"Sayang sebab kawan dengan sayang sebab cinta lain, Kim Taehyung."

"Mana kau tahu aku sayang kau hanya sebagai kawan?" Soalnya laju buatkan aku terdiam.

"Itulah masalah kau, kau anggap perasaan aku dekat kau hanya sebatas itu. Kau langsung tak beri peluang dekat aku."

Walaupun intonasi suaranya masih kekal tenang dan mendatar tapi dapat aku rasakan betapa kecewa dan terkilannya dia dengan aku.

"Aku bukan tak datang time wedding kau, Haneul. Aku ingatkan aku mampu untuk duduk dan tengok kau disatukan dengan lelaki lain but as soon as I see you in your wedding dress, walking down the aisle with your eyes sparkling while looking at him,.. masa itulah aku sedar, yang aku hanya menipu diri aku sendiri."

Sesaknya dada tika mendengar pengakuannya sekarang yang baru aku ketahui hari ini.

"Dulu aku takut nak terus-terang dengan kau tentang perasaan aku dekat kau sebab aku takut kehilangan kau sebagai kawan baik aku. Tapi sekarang aku dah tak peduli. Now or never. Cukuplah selama ni aku hidup dalam penyesalan, cukuplah selama ni aku menipu diri aku dengan statement cinta tak semestinya harus memiliki. Terpulanglah pada kau sama ada nak cakap aku ni pentingkan diri sendiri atau apa but for this time, I not only love you, Haneul, I want you to be mine too."

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now