08

255 51 18
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Kau nak apa? Dada ke peha?"

"Apa tanya suami macam tu? Macam nak ajak gaduh je dengan suami tu! Cuba cakap elok-elok."

Terkebil-kebil aku kena marah dengan Mama. Terus tak jadi aku nak ambilkan ayam goreng untuk Taehyung.

"Tak apalah Mama, Taehyung pun dah biasa." Pantas Taehyung back up aku bila Mama tak lepas dari tenung aku.

"Mana boleh macam tu, Taehyung. Kamu berdua dah kahwin, dah jadi suami isteri dah pun, bukan kawan-kawan lagi. Kamu Haneul kenalah tunjuk rasa hormat sikit dekat Taehyung, dia kan suami kamu. Cakap elok-elok, lembut-lembut dengan suami. Guna bahasa, perkataan yang elok bila panggil dan bahasakan diri dengan suami, bukan aku-kau macam tadi, itu zaman adik kawan dengan Taehyung tak apalah. Sekarang dia dah jadi suami adik, cuba panggil Taehyung abang kan elok?"

Hampir tergolek aku jatuh dari kerusi ni lepas dengar ayat terakhir Mama. Mahu berbuih mulut aku lepas panggil Taehyung macam tu!

Taehyung dekat sebelah dah menggigil satu badan tahan gelak.

"Tak apalah Mama, risau Haneul tak ada selera makan sebulan pulak lepas panggil Taehyung macam tu." Sekali lagi Taehyung back up aku tapi kali ni bergetar-getar suara dia menahan tawa.

"Tak ada, tak ada. Depan mama, papa dengan keluarga belah sana, Haneul kena panggil Taehyung abang. Taehyung kena panggil Haneul sayang. Mama dengar je kamu berdua guna aku-kau lagi waktu berbual, mama cili mulut dua-dua."

.
.
.

"Bilik kita."

Masuk saja ke dalam rumah bujangnya, aku dibawa ke bilik tidur utama rumah ini. Terus aku angkat kepala pandang Taehyung.

"Kita?"

"Yalah. Ke kau nak aku tidur luar?"

"Taklah cuma.. Aku risau kita rasa kekok pula nanti." Straight to the point aku menyuarakan isi hati aku. Ingatkan dia akan marah atau kecewa tapi sebaliknya dia hanya tersenyum.

"Tak ada apa yang kekoknya sayang. Aku dah jadi suami kau, kau pun dah jadi isteri aku, tak ada apa yang nak dimalukan. Okay?"

Akhirnya tersenyum juga aku sebelum aku mengangguk kecil.

"Tapi normallah kalau mula-mula tu ada malu-malu sikit, barulah rasa manis dia kan?" Soalnya dengan senyuman mengusiknya. Tergelak dia bila aku dah sengih macam kerang busuk. Ish bibir ni pun tak behave, suka-suka dia je sengih!

.
.
.

Malam pun menjelma, berdebar sendiri aku baring di sebelahnya tika ini. Otak aku dah menerawang, fikir yang bukan-bukan. Imaginasi mula meliar tak tentu hala bila lampu bilik tidur ini ditutup, hanya lampu tidur di kiri dan kanan kami dibiarkan terbuka.

"Good night, Haneul."

Terkebil-kebil aku bila Taehyung mengucapkan selamat malam seraya baring mengiring menghadap aku, selimut ditarik menutupi tubuhnya dengan mata terpejam, siap sedia hendak tidur.

Macam tu je?

Tetiba rasa tak puas hati.

"Tu je?" Soalku dengan kepala masih menoleh, melihatnya memandangkan tika ini aku sedang baring menelintang. Terus celik mata dia, kepala diangkat sedikit melihat aku sebelum dia ketawa.

"Habis tu kau nak apa?"

"Tak nak kiss aku ke macam hubby orang lain?"

Nampak dia agak terkejut dengan soalan aku sebelum dia tersengih.

"Lah, nak ke? Ingatkan tak nak. Lain kali cakap awal-awal, sini aku bagi. Minta dekat aku tak apa, minta dekat lelaki lain siap kau."

Tergelak aku bila dia mengesot menghampiri aku lalu dengan separa atas tubuhnya berada di atas tubuhku, ubun-ubun rambutku dikucup lembut. Menurun pula pada sepasang kelopak mataku, memaksaku memejamkan mata walaupun bibir tersenyum rela dan berakhir lembut pada hujung pucuk hidungku.

"Good night, sayang." Bisiknya perlahan di telinga kananku. Mengeliat geli aku seraya tertawa tika dia meniup lembut di situ. Terdengar getaran tawanya juga, perlahan namun mendebarkan hati, kedengaran manly.

Perlahan-lahan mata aku celikkan tika rasa dia mula menjauhiku. Sekali lagi aku menoleh, menatapnya yang sudah kembali memejamkan mata dengan senyuman masih terukir di bibirnya.

Sekali lagi, hati diterpa satu rasa. Kecewa dan terkilan.

Again, he didn't kiss my lips.

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now