35

208 46 24
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Tiada bicara terungkap dari bibir itu sejak tadi, Taehyung hanya diam. Terlihat tenang duduk di kerusi penumpang bahagian belakang kereta dengan jasad kecil Kim Mansae di pangkuannya.

Dia sendiri yang memandikan si kecil itu untuk kali yang terakhir tadi, dengan kedua-dua telapak tangannya sendiri.

Tiada air mata yang menemani sehinggalah ke saat ini kerana dia tahu, ini yang terbaik buat anaknya.

Walaupun hatinya cuba ditabahkan namun demi Tuhan, hatinya menangis pilu setiap kali menatap wajah si kecil itu yang tampak bersih dan bercahaya.

Wajah si kecil itu yang sebelum ini merah kini bertukar putih mulus dan cerah. Bibir mungil memerahnya pula merekah mengukirkan senyuman kecil, bagaikan tahu syurga sudah dijanjikan buatnya.

Tubuh kecil itu sudah dibaluti dengan kain putih namun sengaja Taehyung membiarkan wajah anaknya itu tidak bertutup. Ingin menatap wajah anaknya itu untuk kali yang terakhir sepuas mungkin.

Tuan Kim dan Tuan Min ada turut ada sama dengannya, menemaninya ke tanah perkuburan. Keputusan Taehyung sendiri, ingin mengebumikan Mansae petang itu juga sebelum Haneul terjaga.

Sesekali Tuan Kim mengangkat kepala, melihat ke cermin sisi hadapan kereta, memerhati anak sulungnya itu yang tampak cukup tenang merenung ke luar kereta sambil memangku jasad kecil cucunya itu.

Sebak hatinya tatkala melihat tangan anak sulungnya itu menepuk-nepuk perlahan peha cucunya, mendodoikan si kecil itu yang hakikatnya sudah lena buat selamanya. Biarlah, biar anaknya itu memujuk hatinya sendiri.

Sebaik saja sampai di tanah perkuburan, titisan-titisan gerimis hujan turun renyai membasahi bumi, bagaikan menangis melihat betapa kecilnya jasad yang bakal menghuni tempat itu dan di syurga kelak nanti.

Tuan Min menarik lembut bahu Tuan Kim, membawa lelaki tua itu mengatur langkah bersamanya meninggalkan Taehyung yang tampak payah hendak mengatur langkah, memberi ruang buat satu-satunya menantunya itu untuk bersendirian.

Perlahan-lahan Taehyung mengatur langkah dengan Mansae di dalam dukungannya. Kepalanya ditundukkan, meneduhkan anaknya itu dari ditimpa titisan hujan.

Sebelah tangannya juga diletakkan beberapa inci di atas wajah anaknya itu, tak mahu walau setitis pun air hujan menimpa wajah kesayangannya itu.

Lambat-lambat bibirnya mengukirkan senyuman, membalas senyuman si kecil itu sebelum kepalanya diangkat tika hatinya mula dipagut rasa pilu.

Dengan bibir yang menggumam menahan air mata, langkahnya cuba digagahkan menghampiri ayah dan ayah mentuanya yang sudah mula menggali tanah bagi mengebumikan anaknya itu.

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now