17

232 49 14
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Dapat aku dengar hujan turun renyai di luar sana membasahi bumi. Malam yang dingin ini dirasakan hangat tika berada di dalam pelukannya, suamiku.

Berkongsi katil dan selimut hospital dengannya, tak pernah aku sangka akan jadi seromantik ini. Tirai menutupi sekeliling kawasan katilku, memberi ruang privasi untuk aku dengannya.

Di bawah selimut kami, tangannya merangkul lembut pinggangku. Sesekali tangannya mengurut lembut belakang pinggangku sebelum beralih ke atas perutku, mengusap lembut di situ.

Hoodie miliknya sudah selamat menjadi kepunyaan aku malam ini memandangkan suhu di dalam wad ini begitu sejuk buat aku.

Memakai hoodie miliknya tika ini serasa seperti berada di dalam pelukannya. Suka dengan bauan tubuhnya yang melekat pada hoodie miliknya tika ini sedangkan si empunya badan elok di depan mata.

Nasib baiklah dia memang simpan hoodie lebih dekat kereta, kini aku dan dia sama-sama memakai hoodie. Aku hoodie kelabu sementara dia mengenakan hoodie hitam.

Kedua-dua penutup kepala hoodie kami, kami naikkan menutupi kepala, sejuk. Tiada kata wujud di antara kami namun dirasakan begitu selesa. Hanya tangan kami sibuk merayap pada badan satu sama lain buatkan masing-masing tersenyum.

Sesekali bergegar bahu kami menahan tawa, kelakar pula tenung muka masing-masing. Dah nama pun member, mana tahan tengok muka satu sama lain lama-lama.

Berdebar sendiri aku tika telapak tangannya yang lebar menyentuh lembut leher dan bawah telingaku. Dapat aku rasakan tangannya yang sejuk, mungkin sedang menggunakan haba tubuhku untuk menghangatkan tangannya tika ini. Tersenyum aku tika ibu jarinya mengusap lembut pipiku.

Saat ini aku gunakan sebaiknya dengan mengamati setiap inci wajahnya yang terlihat sempurna di mataku.

Dari keningnya yang lebat, bulu matanya yang melentik cantik, sepasang matanya yang tajam namun mempesonakan, hidungnya yang terletak mancung dan sempurna, berakhir pada seulas bibirnya yang terbentuk cantik dan merah semulajadi.

Tanpa sedar, ibu jari tanganku mula menyentuh lembut bibirnya. Dia hanya diam membiarkan sebelum dapat aku rasakan sendiri bibirnya yang bergerak di permukaan jariku. Dia tersenyum.

Tertawa perlahan aku bila dia mengucup lembut permukaan ibu jariku yang masih terletak pada seulas bibirnya itu. Baru saja aku hendak menarik tanganku,  dia menarik semula tanganku itu sebelum telapak tanganku ditekapkan di leher dan bawah telinganya.

Serta-merta tanganku yang hampir membeku kesejukan tadi terasa hangat. Pada masa yang sama tangannya mengusap lembut kekura tanganku. Tersenyum dia melihat wajah aku yang jelas lega.

"Kenapa tengok aku macam tu?" Soalnya dengan senyuman mengusiknya bila aku tak habis-habis menatapnya.

"Handsome."

Tergelak dia mendengar jawapan aku tapi aku pula yang mencair melihat dia cara dia tertawa sekarang, bersahaja, manly.

Kali ini aku pula yang tertawa dengan mata yang terpejam tika tangannya ditekapkan di atas dahiku.

"Demam ke kau ni?" Perlinya, jawapan yang sama darinya, dari dulu setiap kali aku terlepas cakap yang dia handsome tapi memang itulah hakikatnya.

Dari sekolah, dia memang terkenal dengan rupa parasnya yang boleh dikatakan sempurna selain prestasinya yang bagus dalam akademik.

Beruntungnya aku memiliki dia sekarang sedangkan dulu, tak pernah terdetik di hati aku untuk memilikinya atau bahkan menjadi miliknya.

Menangis semua perempuan yang on crush dengan Taehyung dulu kalau tahu aku, perempuan yang selalu dia orang cari untuk aku sampaikan hadiah atau surat cinta dia orang pada Taehyung dulu, sekarang dah selamat jadi isteri Taehyung.

"Aku harap anak-anak aku nanti semua ikut muka kau. Biar handsome-handsome, cantik-cantik semua."

Tergelak dia mendengar plan masa depan aku. Suka pula aku merasakan sendiri getaran pada lehernya setiap kali dirinya tertawa.

"Macam ramai je gaya kau sebut ni, risau pulak aku."

Kali ini aku pula yang tertawa. Tatkala tawaku mereda, kami hanya diam, saling berbalas renungan dan senyuman.

Aku hanya membiarkan tika tangannya mengusap lembut atas kepalaku, bagaikan aku ini anak kecil di matanya. Tawa tak dapat aku tahan bila jari-jemarinya mula mengurut perlahan dan lembut atas kepala aku. Mulalah tu.

"Awak buat apa pula kali ni?" Soalku dengan tawa.

"Aku tengah jampi kau, biar kau cepat sihat."

Sekali lagi tawaku tercetus.

"Dah boleh jadi tok bomohlah awak ni."

"Uih, jangan. Tak ada job bomoh-bomoh lain nanti kalau aku tukar career."

Aku ni dahlah mudah terhibur, dapat pula suami suka buat lawak bodoh macam ni, letihlah aku kalau tiap hari gini.

Tergelak lagi aku sampai mengeras perut aku, kejang. Berkerut-kerut dahi aku menahan rasa namun bibir masih tersengih, tak mahu lelaki di hadapanku ini resah bimbangkan aku.

"Kenapa?" Seperti yang aku duga, cepat saja dia bertanya seraya tangannya menyentuh atas perutku, menggosok-gosok lembut di situ. Tersenyum aku bila melihat kerutan di dahinya, turut sama risau denganku.

"Tak ada apalah."

"Sakit kan?" Soalnya tak puas hati. Tak mampu nak ketawa, aku hanya tersenyum melihat perangai kebudak-budakkannya yang satu ini, yang hanya dipamerkan di hadapan aku, hanya bila dia berdua saja denganku.

"Betullah aku okay. Kau nak aku sakit betul-betul ke?"

"Janganlah.." Rengeknya, tak padan dengan suara garaunya tapi entah kenapa, menggoda pula dekat telinga aku ni.

Haneul, sakit-sakit pun gatal eh?

"Kau je yang aku ada.. Kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana dengan aku?" Tuturnya perlahan dengan mata yang terpejam seraya merapatkan dahinya ke dahiku. Tertawa aku melayan kerenah manjanya tika ini.

"Aku pun cuma ada kau, tapi sekarang kita dah ada ini.." Tangannya aku bawa ke perutku, mengingatkannya yang kini kami tak keseorangan lagi.

Perlahan-lahan kelopak matanya dicelikkan, membalas tatapan mataku. Tiada senyuman di bibirnya, hanya renungannya yang tampak sayu buatkan senyumanku memudar.

Belum sempat aku bertanyakan apa-apa, aku terkedu sendiri tika melihat setitis air matanya mengalir perlahan dari tubir matanya. Dia menangis..

Pertama kali aku melihat dia menangis di hadapan aku. Sepanjang aku mengenali dia, inilah yang pertama..

"Taehyung.."

Namanya aku seru perlahan buatkan dia kembali memejamkan mata, menangis tanpa suara di depanku. Sebaknya hati tika melihat air matanya mengalir ke pucuk hidungnya sebelum setitis demi setitis jatuh di atas permukaan bantal yang kami kongsi tika ini.

Apa yang bermain di fikirannya tika ini sehinggakan air matanya yang terlalu mahal selama ini jatuh jua di hadapan aku malam ini?

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now