32

226 44 34
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Taehyung.."

"Tae.."

Cukup halus suara itu menyapa gegendang telinganya buatkan bebola matanya bergerak-gerak perlahan dari balik sepasang matanya yang tertutup rapat.

"Taehyung.."

Sekali lagi suara itu menyeru namanya dan serentak itu kelopak matanya dibuka perlahan. Sebaik saja matanya terbuka luas dan rasa kantuk dan mamainya beransur pergi, kakinya diturunkan dari terus terbaring di atas sofa itu.

Kepalanya diangkat, melihat isterinya di atas katil hospital tidak jauh darinya.

"Taehyung.."

Tersedar sejak tadi isterinya itu memanggilnya dari atas katil, lantas Taehyung bangun. Langkahnya diatur menghampiri isterinya setelah selipar tersarung di kaki.

"Ya, sayang?" Lembut dia menyahut. Di dalam samar malam yang hanya bercahayakan lampu malap di hadapan pintu masuk bilik wad itu, wajah isterinya direnung redup. Terlihat isterinya masih memejamkan mata. Mengigaukah dia?

Tangan isterinya digenggam lembut. Rambut isterinya diusap perlahan sebelum Taehyung terdiam saat merasakan sendiri rambut dan dahi isterinya yang basah kuyup, lecun dengan peluh. Leher isterinya disentuh, turut sama dibasahi peluh.

"Haneul.. Kau okay?"

"Awak panggilkan nurse boleh?" Perlahan isterinya itu meminta dengan mata yang masih terpejam. Garis-garis halus di dahi perempuan itu semakin jelas kelihatan, berkerut-kerut seperti menahan sakit.

"Kenapa ni?" Soal Taehyung dengan debaran di dada.

"Saya rasa saya terkencinglah.."

Tak tunggu lama, lantas selimut yang menyelimuti tubuh isterinya diselak perlahan.

Hampir luruh jantungnya saat melihat baju isterinya, cadar dan selimut itu sendiri sudah dicemari dengan cecair merah darah.

Dengan senyap, tangannya kembali menyelimuti kaki isterinya itu, tak mahu kesayangannya itu resah dan bimbang.

Tanpa menunggu lama, butang kecemasan di sisi katil ditekan.

Dapat Taehyung lihat keadaan isterinya yang mula lemah. Melihat kelopak mata isterinya mengerdip perlahan dengan takungan air mata buatkan hati lelakinya lemah.

Tak sanggup untuk terus melihat keadaan isterinya seperti itu dengan rasa bimbang yang mula menggunung tinggi, lantas isterinya itu ditinggalkan untuk mencari jururawat.

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now