.
.
.Dari ambang pintu bilik kerjanya yang terbuka luas, dapat aku lihat Taehyung sedang tekun menaip di meja kerjanya. Seperti biasa, cermin mata bulatnya terletak elok di atas batang hidungnya setiap kali dia membuat kerja. Dengan senyap, langkah aku atur perlahan memasuki bilik kerjanya.
Sempat dia mengangkat kepala, memandang sekilas ke arah aku sebelum kami berbalas senyuman. Sementelah dia menyambung kerjanya, aku berjalan-jalan di sekitar bilik kerjanya ini.
Apa yang aku tahu, Taehyung memang suka membaca. Buku-buku yang dipilihnya juga sarat dengan maklumat dan berkonsepkan ilmiah. Seperti buku-buku di dalam bilik ini, rata-ratanya berkenaan politik dan sejarah. Belum apa-apa aku dah menguap tatkala membaca setiap tajuk buku-buku yang tersusun elok di dalam rak buku berhadapan dengan aku ini.
Kepala aku angkatkan saat terdengar Taehyung tertawa. Ternyata dia sedang menompang dagu, memerhati aku sejak tadi dengan senyuman.
"Kalau dah ngantuk pergilah tidur. Tak payah tunggu aku."
"Tak nak, nak tunggu awak. Tak apa, awak buatlah kerja awak. Nak pinjam buku boleh? Saya baca buku sementara tunggu awak." Pintaku seraya main tarik saja mana-mana buku yang ada di depan aku tika ini mengundang tawanya lagi.
"Yalah tu, entah-entah dia yang tidur dulu nanti. Kita jugalah yang kena angkut dia masuk bilik nanti." Usiknya seraya bangun dari kerusinya buatkan aku tersengih.
Langkahnya diatur menghampiri aku dengan Macbook miliknya dibawa sekali sebelum dia mengambil tempat duduk di atas sofa dengan reka bentuk 'L' itu yang terletaknya tidak jauh dari aku.
Duduk berlunjur dia di atas situ sebelum ruang di sisinya di atas sofa itu ditepuk-tepuk perlahan, memberi isyarat untuk aku duduk di sisinya.
"Sini, duduk dengan aku." Ajaknya mengundang senyum di bibirku. Aku hanya menurut, dari duduk di sebelahnya aku terus baring di sofa itu dengan pehanya menjadi alas kepalaku.
Tersenyum dia melihat tingkahku sebelum tangannya sendiri mengusap lembut atas kepalaku. Terpaksalah dia meletakkan Macbook miliknya itu di atas tempat letak tangan di sisi sofa ini. Dia sambung membuat kerja sementara aku mula membuka buku yang aku main rembat ambil tadi.
Berkerut-kerut dahi aku membaca buku itu sekarang. Pasal business lah pula. Mana aku minat. Mata aku ni pun mulalah berpinar-pinar melihat betapa banyaknya ayat di dalam satu rangkap di setiap helaian muka surat buku itu, bagaikan tak bernoktah.
Terangkat kepala aku, mendongak melihat Taehyung bila terdengar getaran tawanya perlahan.
"Apa berkerut-kerut dahi tu sayang?"
YOU ARE READING
Till We Meet Again | kth [✓]
Fanfic"Saya rindukan awak.." "Aku sentiasa ada dengan kau, Haneul. Aku tak pernah jauh dari kau.." "Saya rindu nak tatap wajah awak, saya rindu nak melihat senyuman awak.. Hati saya sakit bila sedar yang semakin hari gambaran wajah awak semakin pudar dala...