51

237 43 12
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Patient kurang upaya cacat penglihatan, mengandung twins lapan bulan, bleeding nonstop."

"Doktor, heartbeat baby drop."

"Prepare for an emergency C-section."

Dapat aku dengar dengan jelas semua orang sedang bergerak pantas di sekelilingku, menyediakan segala persiapan untuk menyelamatkanku.

Di dalam kekecohan itu aku masih takut, takut ditinggalkan sendirian di dalam gelapnya duniaku. Setelah sekian lama, rasa itu kembali hadir menghantuiku, takut akan kegelapan yang tidak berpenghujung itu, dibiarkan sendirian di situ.

Selama ini ada dia di sisi aku, membisikkan yang semuanya akan baik-baik saja di telingaku namun kini dia tiada di sisi aku.

"Taehyung.."

Namanya aku seru, bagaikan bisikan halus yang mungkin hanya mampu tercapai dek pendengaranku. Air mata hangat aku biarkan mengalir setitis membasahi sisi mata dan telinga kananku.

Terlalu lemah, aku hanya membiarkan tika seluruh pakaianku ditanggalkan dari tubuhku. Di dalam fikiranku hanya dia. Segala kata-kata yang menyapa gegendang telingaku bagaikan hanya angin lalu.

Mata aku pejamkan tika topeng mulut dan hidung dipasangkan padaku, menyalurkan gas pelali untuk menidurkanku.

Masih dapat aku rasakan hujung jariku menarik picu pistol sebelum bunyi dentuman kuat menyinggah telingaku. Sehingga kini, masih dapat aku dengar dengan jelas suaranya menahan kesakitan bagaikan tak mahu aku mendengarnya.

Semakin deras air mata yang mengalir sehinggalah dapat aku rasakan seseorang mengelus lembut pipiku, menyeka lembut air mataku dengan ibu jarinya.

Perlahan-lahan mata aku celikkan. Di dalam samarnya penglihatanku, dapat aku lihat wajahnya berada tepat di hadapan mataku, sedang tersenyum untukku.

Taehyung..

"Maafkan saya tak dapat temankan awak.. Awak kuat kan?"

Sebak menyelubungi hati tatkala jauh di sudut hati, aku mengerti yang semua ini hanya imaginasiku yang cuba memanipulasi otakku sendiri.

Namun entah kenapa sentuhannya dan renungan matanya tika ini dirasakan begitu nyata buatku.

Dengan dirinya duduk di kerusi berhampiran denganku, dirinya setia menemani aku. Mengusap lembut atas kepalaku dan sesekali mengucup dahiku.

"Ini perjuangan terakhir kau buat anak-anak kita.."

Bisiknya perlahan, menyusur jauh ke dalam hati aku.

"Terima kasih, Haneul.." Bisiknya lagi.

"Saya minta maaf, Taehyung.."

Bila mana dia berterima kasih denganku, yang aku inginkan hanyalah sebuah kemaafan darinya..

Senyuman halus terukir di bibirnya dengan renungan matanya yang sentiasa sarat dengan rasa cinta buatku. Ibu jarinya mengusap lembut pipiku sebelum bibirnya menyinggah lembut di pipi kananku.

"Awak tak pernah buat salah dengan saya, sayang.."

Teresak-esak aku menangis dengan tangannya masih memeluk erat kepalaku. Tanpa kata, dahinya direhatkan di atas dahiku.

"Kau kuat kan?"

"Saya tak kuat, Taehyung.." Rintihku seraya menggeleng perlahan, tangannya aku genggam erat, tak mahu melepaskannya.

"Kau kuat.."

Selama ini, tika mana aku tidak dapat melihat kekuatan aku sendiri, ada dia untuk mengingatkan aku. Namun bagaimana aku mampu untuk terus kuat andai tiada dia di sisi aku nanti?

"Jangan tinggalkan saya.." Bisikku perlahan, genggaman tanganku pada tangannya aku perkemaskan, enggan membiarkannya pergi.

Dengan senyuman, dirinya mengangguk walaupun biasan matanya jelas berkaca, menahan air matanya dari gugur menimpa permukaan wajahku. Terasa ibu jarinya mengusap lembut daguku, menenangkanku dengan sentuhan halusnya.

"Saya takut.." Luahku perlahan dan dia hanya tersenyum sebelum dia menunduk, mengucup lembut ubun-ubun rambutku.

"Aku kan ada.." Bisiknya pula, kali ini ibu jarinya mengelus lembut pipiku.

"Kalau kita ada anak perempuan, aku nak namakan dia Haneul.." Bagaikan ingin mengalihkan tumpuanku dari ketakutan yang aku rasai kini, tenang dia bercerita dengan senyuman masih terukir di bibirnya.

"Jadi aku akan ada dua Haneul kesayangan aku dalam hidup aku." Jelasnya dengan sepasang matanya menikam lembut anak mataku. Tuhan, betapa aku rindukan sepasang mata yang sedang menatapku tika ini. Terlalu rindu.

"Terlalu banyak yang kau lalui sepanjang kau jadi isteri aku, terlalu kerap air mata kau mengalir sepanjang kau bergelar isteri aku, aku minta maaf ya.."

Sebak menyelubungi hati saat mendengar getaran pada suaranya.

"Aku harap lepas cahaya mata kita lahir nanti, mereka akan membawa pergi segala duka dan derita kau.. Menggantikan tempat aku sebagai sandaran kau bila mana aku dah tak ada lagi peluang untuk itu.."

Menggeleng perlahan aku tika mendengar permintaannya itu. Bagaimana dia masih mampu tersenyum?

"Aku jarang cakap macam ni tapi kau tahu kan? Dari dulu aku sayang kau, sayang sangat, lebih dari sayang.."

"Nak cakap cinta tapi aku tahu kau mesti geli, jadi faham-fahamlah ya?" Selorohnya dengan getaran tawanya perlahan, bagaikan turut sama menahan sebak di hati.

"Jangan tutup mata kau.." Pintanya perlahan, seolah-olah perasan yang mataku sudah mula mengerdip perlahan. Kelopak mata mula terasa berat.

"Aku tak larat,.." Jujurku dengan genangan air mata.

"Kata nak tengok anak-anak kita.."

"Aku nak.. tapi aku tak larat.."

"Kau boleh, aku tahu kau mampu.."

"Aku tak mampu kalau tak ada kau, Taehyung.."

"Aku kan ada dengan kau ni?"

Tak, aku tahu kau tak ada dekat sini dengan aku, aku tahu.. Cuma aku nak berbual dengan kau lebih lama, melihat kau lebih lama walaupun ini semua mungkin hanya bayangan aku..

"Aku takut bila aku bangun nanti, kau tak ada dengan aku.." Luahku jujur dengan air mata yang kembali me inngalir. Seketika dia tersenyum.

"Tak, aku tak pergi mana-mana.. Aku janji, bila kau bangun nanti, orang pertama yang kau lihat adalah aku, dengan anak-anak kita dalam dukungan aku."

"Janji?" Soalku dengan dada yang dirasakan sesak, begitu juga tekak yang dirasakan perit menahan hiba.

Perlahan dia mengangguk.

"Janji.."

Ciuman terakhirnya yang dirasakan cukup nyata buatku menyinggah lembut dahiku. Perlahan-lahan mata aku pejamkan, untuk seketika aku merasa tenang.

"Enam lima puluh minit pagi, bayi pertama lahir. Lelaki."

"Enam lima puluh lima minit pagi, bayi kedua lahir."

Suara tangisan bayi menyapa jelas gegendang telingaku, cukup nyaring namun bagaikan alunan indah buatku. Bukan hanya seorang, kini bagaikan silih berganti tangisan mereka saling sahut-menyahut, meriuhkan seisi ruangan bilik itu.

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now