Tengku Adam Iqbal's (2)

1.2K 57 2
                                    

"Awal kau kena denda. Tak masuk sekolah lagi dah kena denda."

Iman Safiyyah, kawan baik Aara kata kepadanya dengan selamba sebaik sahaja Aara duduk di sebelah. Mereka berdua berborak dan makan di belakang kelas sebab cikgu tiada waktu sejarah.

"Mamat tu lah. Sampai hati dia rosakkan edisi terhad Jeno aku. Naik angin la aku kat dia."

Aara pandang ke arah gambar yang telah rosak. Dia hendak menangis sahaja melihat artis kegemaran dia kena air lopak yang kotor.

"Hah... Aku tak terkejut bila tengok kau berdua gaduh. Cikgu Maimunah pun macam dah biasa."

Iman makan gula-gula di dalam kelas dengan selamba. Aara tidak menghiraukannya dan letak kepala di atas meja.

Dia terfikir tentang tadi. Perasaan dia bila melihat Adam yang serupa dengan Jeno. Pintu bilik darjah itu terbuka dan menampakkan Adam di situ.

Aara hanya pandang Adam jalan ke meja dia. Adam yang sedang main rambut dia yang berpeluh, bertemu mata dengan Aara. Dia jelir lidah ke arah dia membuatkan Aara mencebik.

"Memang tak lah aku suka kat dia."

Aara fikir. Aara buat penumbuk untuk ugut dia membuatkan Adam tergelak besar di dalam kelas. Aara tersenyum seketika sebelum terhenti bila pandangan Iman tepat ke mata dia.

"Apa?"

"Kau... Ada something ke dengan si Adam tu?"

Iman tanya sambil pandang Aara dengan pelik. Dahi Aara berkerut apabila ditanya begitu.

"Kau ni dah kenapa? Takkan lah tak tahu yang aku dengan dia tu musuh?"

Aara juling mata dia ke atas. Iman hanya buat tak endah dengan perangai dia.

"Macam mana dengan mission kau? Jumpa tak diorang?"

Iman tanya kepada dia. Aara kembali sedih apabila mengingatkan mission dia yang lepas.

Aara mengeluh dengan perlahan sebelum letak kepala di tapak tangan dia. Dia pandang sepi ke arah gelang tali yang dipakainya.

"Tak berjaya lah. Aku syak diorang tak ada kat Malaysia lah."

Aara kata kepadanya. Iman hanya gumam sambil berfikir.

"Aku pun fikir macam tu tapi masalahnya kat mana? Dunia ni besar tau."

Aara hanya jongket bahu ke arah dia tanda dia tidak tahu.

"Adam~"

Aara terdengar suara gedik dari jauh. Dia terus pandang ke arah meja Adam yang sedang berborak dengan rakan kelas mereka. Iman juga turut pandang mereka.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥'𝐬 (𝐂)Where stories live. Discover now