Tengku Adam Iqbal's (25)

882 38 1
                                    

Aara rasa janggal duduk di dalam kereta audi milik Nazmi. Iman masih lagi terkaku di sebelahnya.

Iman masih lagi tak percaya dia kutuk ketua pengawas yang dia takut, di hadapannya. Nak buat macam mana? Iman bukan pandai sangat pun jaga mulut murai dia ni.

"Habislah aku..."

Iman fikir sambil menangis di dalam fikiran dia. Dia jeling ke arah Nazmi yang sedang memandu di tempat duduk hadapan.

Sejak mereka berdua berjumpa di dalam IOI tadi, Nazmi ingin tumpangkan mereka dengan kereta dia. Walaupun ditolak banyak kali oleh Aara dan Iman, Nazmi tetap berkeras. Akhirnya, mereka berdua mengalah.

Iman pandang ke arah tangan kanan Nazmi yang sedang genggam stereng kereta itu seperti orang professional. Urat-urat keluar dari tangan Nazmi membuatkan Iman tidak beralih pandangan itu.

Biasalah atlet terbaik sekolah selepas Tengku Adam Iqbal. Tak pelik kalau badan mereka berketul-ketul atau urat. Memang tergoda semua pelajar perempuan disebabkan mereka.

Dengan perlahan, Iman pandang ke arah cermin untuk pandang mata Nazmi. Tanpa sedar, mata mereka berdua bertemu membuatkan Iman tersentak.

Nazmi bagi satu senyuman kecil kepadanya. Muka Iman naik kemerahan melihat senyuman itu sebelum dia pandang ke luar tingkap.

Jantung dia berdengup dengan laju. Iman cuba tenangkan diri dengan pandang ke luar tingkap.

"What the heck... Apasal aku ni? Hanya sebab satu senyuman sahaja, aku dah macam orang jatuh cinta ni?"

Fikir Iman sendirian. Aara sedar apa yang berlaku antara mereka berdua hanya mampu tersenyum.

Ini lah masa untuk Iman buka mata dia dengan luas. Dia kena sedar Syamir bukan untuk dia. Kalau asyik kena curang tapi masih lagi terima lelaki tu, baik tak payah.

Dah banyak kali Aara bagi nasihat kepadanya tetapi Iman hanya pekakkan telinga dia. Aara bukan suka tengok Iman sedih disebabkan jantan tu.

Aara mengeluh sendiri sebelum sandar ke arah pintu. Mata dia pandang ke luar tingkap dan melihat kereta di sebelahnya.

Aara jeling ke arah telefon dia untuk lihat waktu. Dia ketap bibir dengan perlahan sebelum dia hanya mampu pasrah.

"Ada lagi tiga jam sebelum pukul 12 tengah malam... Tapi Adam masih lagi tak wish..."

Fikir Aara yang sedang layan perasaan sendiri. Aara tak tahu kalau Adam masih lagi ingat birthday dia atau tak.

Tapi sejujurnya, sepanjang hari, Aara hanya tunggu ucapan dari Adam sejak pagi lagi. Aara sudah maafkan dia dan ingin berkawan balik seperti biasa.

"Kawan? Aku nak kawan dengan dia ke?"

Aara terfikir tentang perasaan dia kepada Adam. Dia genggam tangan yang berada di riba dia. Mata Aara sayu pandang ke riba.

"... Aku betul-betul suka Adam?"

"Aara!"

Bahu Aara terhinjut apabila disergah oleh Iman. Dia terus toleh ke tepi melihat Iman yang pandang dia dengan pelik.

"Kau fikir apa? Dah sampai lah."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥'𝐬 (𝐂)Where stories live. Discover now