Tengku Adam Iqbal's (47)

692 28 0
                                    

"Aara... Dah lah. Aku okay je ni."

Iman mengeluh apabila Aara memberi sebungkus coklat untuk dirinya. Sejak Aara dengar berita tu, dia terus layan Iman dengan baik dan belikan semua coklat yang ada untuknya.

"Tak apa lah. Kau kan bestie aku. Jangan sedih lagi eh?"

Aara kata kepadanya dengan lembut. Iman hanya gumam sebelum buka satu coklat kitkat dan terus makan.

"Dah lama aku dengar berita ni sebenarnya. Sewaktu aku kat Cambridge lagi."

Iman kata sebaik sahaja dia selesai mengunyah. Aara pandang dia dengan terkejut.

"Kau tahu? Macam mana?"

"Macam mana lagi. Dia lah yang mengaku. Dalam mesej dan dump aku sekelip mata. Hampir sahaja result aku menurun sebab dia."

Iman kata bagai dia sudah tidak sakit dengan itu tapi Aara kenal dia dengan lebih baik. Mereka dah kawan sejak masuk sekolah menengah lagi.

"Kau jangan sedih tau. Ramai lagi lelaki yang baik untuk kau kat luar sana. Macam... Nazmi?"

Iman terus pandang ke arahnya dengan pelik. Tiba-tiba pula nama Nazmi kena petik?

"Nazmi? Si hati beku tu ke? Tak nak aku. Dia bukan type aku pun. Biar lah aku healing dulu. Habiskan sekolah. Lepas tu, fikirkan pasal benda lain pula."

Iman kata dengan bangga. Dia menayangkan riak yang gembira untuk menipu Aara.

Aara hanya pandang ke arahnya sebelum peluk Iman dengan erat. Dia terhenti apabila merasa hangat dari badan Aara.

"Kau tak payah nak tunjuk kuat depan aku. Luahkan je. Maaf tau sebab tak ada kat sisi kau time tu."

Mendengar sahaja kata-kata Aara, air mata Iman terus mengalir. Dia membalas pelukan Aara dan menangis di bahu gadis itu.

"Sampai hati dia buat macam tu kat aku..."

Iman bisik dengan perlahan. Aara tersenyum sedih melihat rakan seorang dia ni.

Tanpa mereka sedar, seseorang sedang mendengar perbualan mereka disebalik dinding itu. Dia terdengar bunyi tapak kaki di sebelah membuatkan dia pandang ke tepi.

"Kau buat apa kat sini, Tengku?"

Nazmi kata kepada Adam yang sedang bersandar disebalik dinding itu. Adam hanya pandang ke arahnya dengan muka yang dingin.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥'𝐬 (𝐂)Where stories live. Discover now