Tengku Adam Iqbal's (17)

805 39 0
                                    

"Hah?! Ayah kau dah buang kau?!"

Iman kata dengan kuat. Semua pelajar di seluruh kelas 4 Angerik pandang ke arah mereka berdua.

"Ish, kau ni. Pelahan lah sikit. Kau nak satu dunia ke tahu, bangang?"

Aara kata kepadanya sambil senyum ke arah rakan sekelasnya. Iman masih lagi terkejut dengan cerita Aara.

"Sorry. Budak ni masih lagi ngantuk. Otak dia tak berfungsi lagi."

Aara kata kepada mereka semua. Pelajar yang lain sambung buat hal masing-masing dan abaikan mereka berdua.

"Wey, serius lah? Dato' Adli dah buang kau?"

Iman kata kepada Aara dengan penuh terkejut. Aara hanya gumam kepadanya sambil regangkan badan dia.

"Betullah. Aku dah tak ada apa-apa sekarang ni. Adam ada kat situ pun sebab kebetulan sahaja. Sebab tu, dia ajak aku tinggal dengan keluarga dia."

Aara cerita apa yang terjadi kepadanya sepanjang minggu lepas. Cuma bukan rahsia-rahsia Adam.

Aara perlu tanggungjawab untuk tidak bagitahu sesiapa tentang rahsia si Adam.

"Kau tak nak bagitahu aku. Kot aku boleh minta papa aku ambil kau ke. Tinggal dengan aku ke."

"Memang tak lah aku nak tinggal serumah dengan Pengetua. Tak pasal-pasal pula dia tanya aku tentang kerja sekolah. Uish, tak nak aku. Cukuplah aku kena hadap dengan dia setiap bulan."

Iman mencebik apabila Aara selamba kutuk ayahnya di hadapan dia.

"Kau yang bermasalah. Memang lah kena jumpa dengan papa aku. Papa aku sendiri pun kata naik muak jumpa kau setiap bulan dengan si Adam tu."

"Bukan salah aku. Kalau Adam kacau aku, memang aku kacau dia balik lah."

Aara juling mata dia ke atas tanda menyampah. Dia melompat bintang bersama dengan Iman.

"So, macam mana?"

Iman tanya kepada Aara sambil lompat bintang. Aara berhenti dan mengambil nafas.

"Okaylah. Aku bersyukur yang Adam dah tolong aku."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥'𝐬 (𝐂)Where stories live. Discover now