Tengku Adam Iqbal's (45)

774 29 0
                                    

Beberapa bulan kemudian.

"Apa?!"

Adam yang baru sahaja ingin hirup air kopi, terkejut dengan jeritan Aara di tepi. Dia terus pandang ke arahnya dengan pelik.

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba jerit ni."

Adam marah kepadanya. Mereka berdua sedang berehat di depan televisyen bersama sebaik sahaja Adam pulang dari kerja.

Memandangkan mereka sedang bercuti untuk masuk tahun baru, Aara duduk di rumah dan teman Puan Dania selalu. Manakala Adam akan pergi kerja. Macam pasangan suami isteri pula.

Adam pandang ke arah Aara yang sedang pandang telefon dia dengan terkejut. Tak ada angin atau ribut, terus jerit macam orang gila.

"K-Kau pasang berita sekarang!"

Aara terus kata kepada Adam dengan tergesa. Adam yang masih lagi pelik dengan perangai Aara, terus tukar siaran. Baru je nak tengok movie.

"Berita hari ini, CEO kepada Flo's Holdings, Dato' Adli Kaisar telah ditangkap oleh pihak polis di atas tuduhan rasuah."

"Puih!!"

Tersedak Adam apabila mendengar pembaca berita sebaik sahaja dia tukar siaran. Dia pandang ke arah televisyen itu dengan mata yang terbeliak luas. Aara turut terkejut dengan berita itu.

"Buat masa sekarang, Flo's Holdings akan berhenti seketika sehingga kes ini selesai."

"Lepas! Lepaskan aku! Ini semua fitnah!"

Aara pandang ke arah bapa kandung yang telah buang darah dagingnya di layar televisyen. Siapa sangka bapa yang selalu banggakan syarikat dia akan jadi seperti itu.

Aara juga dapat lihat ibu tiri dan adik tirinya yang sedang dikerumi oleh orang ramai. Tanpa sedar, air mata jatuh dari kelopak mata Aara.

"... Apa yang terjadi...?"

Aara tidak boleh percaya apa yang terjadi sekarang. Memang dia benci dengan ayah dia tapi ibu tiri dan adik tirinya masih lagi dia sayang.

"Tuan Muda! Tuan nak bercakap dengan Tuan Muda!"

Leo terus menghampiri mereka berdua. Adam sedar dari lamunan itu dan pandang ke arah Leo sebelum angguk.

"Aara..."

Adam hanya pandang ke arah Aara yang sedang menangis tanpa suara itu. Adam dan Leo memberikan dia ruang dan tinggalkan Aara berseorangan.

"... Ayahanda nak cakap tentang ni ke?"

Adam tanya kepada Leo sebaik sahaja mereka turun ke bawah tanah. Leo angguk kepadanya.

Pintu lif itu terbuka dan menampakkan bilik yang canggih. Tiara turut berada di situ.

"... Pelik."

Adam bisik dengan perlahan. Entah mengapa, dia dapat rasa yang semua ini telah dirancang. Syarikat ibu kandung Aara turut hancur beberapa bulan lepas. Sekarang, syarikat ayah Aara pula? Sah, ada sesuatu tak kena ni.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥'𝐬 (𝐂)Where stories live. Discover now