MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"-✿-
AAIRA memaut erat lengan Tengku Danish. Mereka melangkah masuk ke dalam dewan, melepasi pintu besar itu. Suasana di dalam dewan bertukar sunyi sepi buat seketika sebelum semua yang berada di situ menepuk tangan bersama jeritan teruja beberapa kelompok gadis.
Sudah berapa kali dia menelan air liur yang terasa berpasir. Semua mata di situ hanya tertumpu ke arahnya dan Tengku Danish. Terasa macam jadi retis dah.
Dia mendongak sedikit melihat Tengku Danish. Wajah lelaki itu kosong tak bereaksi. Padahal semua orang tengah riuh menyambut kehadirannya. Sekurang-kurangnya senyum la sikit, ni beku je muka.
"Stop looking at me. Pandang depan" tegur Tengku Danish tanpa memandang ke arah Aaira. Terus gadis itu mengalihkan pandangannya. Kantoi pulak. Ingatkan lelaki itu tak perasan. Aaira menjeling sekilas beberapa orang yang saling berbisik memandangnya.
Dah kenapa?
Tengku Danish memimpin Aaira dengan tertib ke arah meja yang sudah tersedia untuk mereka. Aaira hanya mengikut saja sebelum dia terasa badannya mula tak seimbang. Aaira memperlahankan langkahnya sekaligus menghentikan langkah Tengku Danish. Lelaki itu melihat Aaira yang menunduk sedikit melihat kedua kakinya. Matanya turut menurun ke bawah.
"Why? Did your feet hurt?" Tanya Tengku Danish perlahan. Dia menundukkan sedikit wajahnya untuk melihat seraut wajah gadis itu. Aaira mengemam bibirnya buat seketika.
"Nak jatuh" jawab Aaira. Turut memperlahankan suaranya, kecil saja menyapa gegendang telinga Tengku Danish. Aaira mengangkat wajahnya sedikit sebelum keduanya kejung apabila mulai sedar dengan kedudukan mereka yang agak rapat. Lekas mereka mengalihkan wajah ke arah bertentangan. Wajah sudah berbahang malu.
"Ehem hem hem hem orang depan"
Serentak mereka berdua menoleh ke belakang. Rupanya yang lain sudah beratur di belakang. Masing-masing menunjukkan wajah selenge. Aaira sudah beku.
Diorang nampak ke tadi? Haaa.. Syira tolong aku!
"Boleh pulak dia main tenung-tenung mata dekat sini" perli Danyel di belakang sepupunya. Orang lain berhampiran mereka sudah riuh mengusik.
Tengku Danish berdehem sedikit. Dia menarik lengan Aaira ke arah meja yang sudah ditetapkan. Meja itu hanya memuatkan enam orang sahaja. Jadi, Mellysa, Asyraff dan yang lain akan duduk di meja lain.
Aaira melabuhkan duduk di sebelah Tengku Danish. Bersinar matanya melihat pelbagai jenis makanan yang terhidang di atas meja mereka. Bagus betul diorang buat macam ni. Tak ada lah bersusah payah kena ambil makanan dekat meja bufet di sebelah kiri dewan sana.
So..
Boleh makan dulu tak? Dah lapar ni. Diperhatikan meja-meja yang lain. Kenapa semua orang pandang ke arah tempatnya. Ouh tak.. lebih tepat ke arah dia dan Tengku Danish. Bisik-bisik lagi. Ada yang tak kena ke dengan dia?
Cermin dikeluarkan dari dalam beg. Dia melihat wajahnya pada pantulan cermin. Okey je, tak ada apa-apa pun yang pelik. Ke diorang pandang sebab dia cantik sangat? Ohoho..
Kemudian dia fokus semula pada makanan di tengah-tengah meja. Dia nampak nasi minyak. Ai.. siapa nak kahwin?"Aaira" Kepala didongakkan. Memandang lelaki disebelahnya.
YOU ARE READING
ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]
RomanceNOT EDITED ‼️ 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚, 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 ꨄ︎ -✿- 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑭𝒂𝒉𝒓𝒊𝒆𝒍 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒔𝒉 - Usahawan muda yang berhati beku dan berat mulut. Bukan mudah untuk menjatuhkan seorang Fahriel dan bukan mudah untuk menundukkan seorang insa...