VELLFIRE putih yang dipandu Tengku Danish diparkir di halaman rumah Tengku Saiful. Disebabkan abahnya, Tengku Farid malas mahu memandu, jadinya Tengku Danish lah yang kena pandu. Takkan Tengku Darwisy pulak. Dia kalau bawak kereta, macam pelesit bak kata Tengku Seri. Muncung saja Tengku Darwisy bila dengar umminya berkata begitu.
Tengku Danish lock kereta sebelum berjalan mengikut keluarganya ke pintu utama rumah mewah itu. Si kembar yang terkinja-kinja berlari terus berjalan perlahan setelah ditegur Tengku Farid. Si kembar tersengih seraya masing-masing memegang tangan along mereka berjalan sama-sama.
Tengku Darwisy hanya rileks berjalan dengan kedua tangan dalam poket seluar. Kadang matanya menjeling tangan sasa abahnya yang memaut erat pinggang ramping Tengku Seri. Dah tua-tua pun bersweet lagi. Jangan tiba-tiba dapat adik baru lagi sudahlah. Tak sanggup dia, yang ada ni pun tak terjaga.
"Assalamualaikum Saiful, Mariam" sapa Tengku Farid kepada adiknya, Tengku Saiful dan isteri dengan senyuman. Mereka bersalaman sambil menepuk bahu. Tengku Seri pula berpeluk laga pipi dengan Puan Mariam. Biasalah perempuan bila berjumpa.
"Dhani, salam Pak Lang" Tengku Faiq dan Tengku Faid mencium tangan Pak Lang dan Mak Lang diikuti Tengku Danish dan Tengku Darwisy.
"Ha..dapat juga jumpa Danish ni. Susah betul nak nampak muka" ujar Pak Lang sambil menepuk bahu anak buahnya perlahan. Tersenyum dia melihat wajah tampan anak abangnya itu.
"Kerja je memanjang mana tak nya" Tengku Danish tertunduk sedikit selepas diperli oleh Tengku Seri. Tengku Darwisy ketawa senyap-senyap dibelakang Tengku Seri.
"Eh jemputlah masuk, duduk dekat dalam" Mereka menurut saja setelah dijemput. Si kembar terus berlari ke ruang tamu apabila ternampak Danyel. Abang sepupu kesayangan! Terkejut lelaki itu, tengah seronok berbual-bual dengan sepupu lelaki yang lain tiba-tiba kakinya dipeluk dua toyol comel.
"Ahh..bang long" Pak Ngah, Tengku Mirza dan Pak Su, Tengku Elman bangun bersalaman dengan abang mereka. Pak Ngah, Pak Lang dan Pak Su sangat menghormati Tengku Farid sebagai abang sulung. Walaupun sudah berumur tetapi abahnya itu masih tampak muda dan bertubuh tegap. Masih terasa aura anak sulungnya itu.
Tengku Seri sudah ke dapur berjumpa dengan kaum perempuan di sana. Mahu tolong siapkan hidangan. Sambil-sambil tu boleh bergosip. Iyedok? Biasalah, perempuan kan.
Tengku Danish duduk disebelah Danyel diikuti Tengku Darwisy selepas bersalaman dengan sepupu lelaki yang lain. Tengku Danish memandang adik kembarnya yang bergayut dengan Danyel di sebelah.
"Paiq dengan Paid dah salam semua orang belum?" Soal Tengku Danish senada. Si kembar serentak menoleh ke arah abang mereka. Kemudian beralih memandang semua orang yang sedang memandang ke arah mereka berdua termasuklah Pak Ngah, Pak Lang dengan Pak Su. Tengku Farid memberi tatapan tajam kepada anak kembarnya.
YOU ARE READING
ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]
Roman d'amourNOT EDITED ‼️ 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚, 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 ꨄ︎ -✿- 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑭𝒂𝒉𝒓𝒊𝒆𝒍 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒔𝒉 - Usahawan muda yang berhati beku dan berat mulut. Bukan mudah untuk menjatuhkan seorang Fahriel dan bukan mudah untuk menundukkan seorang insa...