Notify me with the typo.
TENGKU DANISH sudah mula bekerja semula setelah bercuti lama untuk menjaga Aaira berpantang. Pagi-pagi juga Aaira bangun untuk menyiapkan sarapan buat si suami sebelum naik ke bilik semula untuk mengejutkan Tengku Danish untuk solat subuh bersama.
Kemudian, dia akan mandikan Fahd dan Aaliya selepas menyediakan pakaian Tengku Danish. Tetapi baru saja mahu dukung Fahd, suaminya terus keluarkan niatnya mahu bantu mandikan si kembar sekali.
Maklumlah bila melahirkan anak kembar, kena lah ulang alik menyiapkan budak berdua ini. Gilir-gilir mandikan mereka, suapkan makan, pakaikan baju. Tangan Aaira hanya ada dua, tak cukup untuk melakukannya serentak.
Selalunya Fahd lah yang jadi orang kedua sebab budak kecil itu susah nak bangun tidur kecuali masa pampers sudah penuh, memang melalak terus. Si adik senang saja nak kejutkan. Tetapi si Aaliya ni pula, walaupun senang nak bangun, tapi susah pula nak tidurkan. Kena waktu betul-betul hening tanpa bunyi, barulah dia dapat lelapkan mata. Fahd okey saja, walaupun adik-adik iparnya datang kacau dia. Tetap saja boleh lena walau di mana saja dia berada.
"Aaira" panggil satu suara garau dari belakang.
Aaira pusing. Wajahnya berkerut sedikit lalu jam yang tergantung pada dinding dipandang.
Aik.. baru pukul 12.
"Awalnya abang balik? Saya tak masak lagi" soalnya perlahan. Dia bangun menghampiri Tengku Danish yang masih tegak berdiri memandang ke arahnya. Wajahnya tampak lesu.
"Abang okey?" Soalnya lagi apabila soalannya tadi tidak berjawab. Kedua belah pipi lelaki itu dipegang. Tengku Danish hanya diam buat seketika sebelum perlahan-lahan dijauhkan tangan Aaira dari pipinya. Tetapi tidak dilepaskan, malas dia genggam erat tangan kecil itu lalu menarik tubuh Aaira mendekat. Aaira terpinga-pinga saat Tengku Danish sudah memeluknya erat.
Tengku Danish benamkan wajah pada ceruk leher Aaira. Digeselkan pucuk hidungnya di situ membuatkan Aaira menggeliat kegelian. Leher putih isterinya dipandang seraya melabuhkan sisi kepala di atas bahu ibu muda itu.
Tanpa disedari Aaira sendiri, tangan kanannya menyeluk ke dalam poket seluar, mengeluarkan seutas rantai. Kemudian, dengan penuh berhati-hati, dia pasangkan pada leher jinjang itu. Setelah siap dikancing, Tengku Danish mengucup sekilas rantai yang tergantung di kulit leher mulus itu.
"Abang"
"Hmm" Pelukan dilepaskan. Aaira tunduk melihat sesuatu di lehernya. Loket berbentuk hati berwarna merah jambu dipegang dengan jari. Mata Aaira bersinar.
Uwahh..
"Siapa punya ni?"
"Acik rumah sebelah punya" balas Tengku Danish.
"Sebelah rumah kita mana ada orang!" Terus dipukul lengan Tengku Danish kuat.
"Sayang punya lah"
"Betul?!"
YOU ARE READING
ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]
RomanceNOT EDITED ‼️ 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚, 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 ꨄ︎ -✿- 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑭𝒂𝒉𝒓𝒊𝒆𝒍 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒔𝒉 - Usahawan muda yang berhati beku dan berat mulut. Bukan mudah untuk menjatuhkan seorang Fahriel dan bukan mudah untuk menundukkan seorang insa...