OY || BAB 51

2.1K 139 9
                                    

"No one see what I sees on you"

☆•.°

BUNYI detakan tumit kasut menguasai seganap ruang bangunan lama. Lelaki bertubuh tegap berdiri tegak mengelilingi satu tubuh kecil yang terbaring di atas lantai simen yang sejuk. Tangan dan kaki pula diikat dengan ketat yang mungkin akan meninggalkan kesan merah pada kulit itu.

Mata tercelik lemah tatkala terasa satu tamparan di pipi. Nafas tersekat-sekat.

"Wake up, princess" Pipi sejuk itu ditampar lagi. Kali ini lebih kuat.

Perlahan-lahan Aaira membuka matanya lebih luas. Memandang ke arah seorang gadis yang sudah melorek senyuman lebar. Hujung kening berkerut naik.

"Good morning, princess! How's your sleep, dear? Good?"

Aaira diam tak membalas. Hanya kedengaran desah nafas halusnya saja. Sukar mahu bernafas bila mulut dan hidungnya ditutup begini.

"Answer me, dear. You're not deaf right?"

Aaira memejam kedua matanya rapat. Cuba menahan sabar sambil cuba mengatur nafasnya perlahan-lahan.

"Awhh.. sorry, princess. I forgot you are tied up now" Dengan kasar, kain tebal yang menutup hidung dan mulut Aaira ditarik. Udara ditarik dalam masuk ke rongga hidung. Dada naik turun mengumpul oksigen.

"Once again. Goodmorning, princess! Have a good sleep?" Aaira memandang gadis dihadapannya tajam walaupun pandangannya agak kabur. Keadaan di luar bangunan di jeling. Ya Allah, sudah senja. Seingantnya, waktu sebelum dia hilang kewarasannya, hari masing siang lagi. Sudah berapa jam dia di sini?

"Hey, is it good to not aswering people's questions?"

Aaira memejam mata semula. Rimas mendengar suara itu asyik bertanya dari tadi.

"Kak Mel nak apa sebenarnya?"

Mellysa tersenyum lebar mendengarnya. Cepat-cepat dirapatkan wajahnya dengan wajah pucat Aaira.

"Finally, you answered me. Even that is not the right answer" Sinis dia berkata. Sengaja dia hembus nafas pada wajah Aaira sehingga membuatkan wanita itu terpejam mata. Mellysa ketawa kecil melihatnya. Pipi itu ditepuk perlahan.

Aaira mendengus kasar. Dijauhkan wajahnya daripada disentuh Mellysa.

"Busuklah kak Mel. Tak gosok gigi ke?" tanya Aaira kasar. Dia hembus nafas menghilangkan sisi bau nafas Mellysa yang menusuk ke dalam saluran hidungnya sebentar tadi. Wajah Mellysa mendadak kelat. Aaira dipandang tajam. Anak mata menjeling anak buahnya dari hujung mata. Bukannya dia tak perasan mereka senyap-senyap mentertawakan dia. Jatuh maruah dia disebabkan Aaira.

"Mulut kau ni kan. Tak behave betul!" Mulut Aaira kembali ditutup dengan kain. Aaira diam saja tidak membalas. Tak ada tenaga nak menjerit. Kemudian, Mellysa berdiri memandang anak-anak buahnya tajam.

"Jaga perempuan ni" arahnya mendatar sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Aaira hela nafas berat. Dia angkat kepala sedikit melihat sekeliling bilik kecil itu. Dia dekat mana?

Tangan bergerak menolak permukaan lantai sehinggalah tubuhnya bangkit daripada terus terbaring di atas lantai. Dia melihat telapak tangannya yang kotor diselaputi habuk. Bibir tercebir ke depan. Nak kurung dia pun, letaklah dekat bilik bersih sedikit. Dekat hotel ke..

Tubuh dibawa merapat ke dinding lalu bersandar lelah. Dia tak pernah kena culik begini, nak buat apa pun dia tak tahu. Aaira toleh pada tingkap yang terdapat di dalam bilik itu. Kacanya sudah retak pecah tetapi masih boleh tembus pemandangan di luar sana.

ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]Where stories live. Discover now