MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"-✿-
TELEFON bimbit yang bergetar di atas meja diambil. Lupa pula dia silent phone tadi, mujur dia on vibrate phone. Nama yang terpapar pada skrin telefonnya ditenung lama sebelum jarinya menyentuh skrin tersebut. Menjawab panggilan itu.
Telefon itu dilekapkan pada telinga.
"Assalamualaikum" Salam diberi.
"Waalaikumsalam.. kenapa lambat sangat nak angkat call?" soal Tengku Danish agak dingin. Penat dia ketuk-ketuk jari dekat atas meja menunggu panggilannya diangkat.
Aaira tersengih kecil.
"Saya terkejut je awak tiba-tiba call. Selalu awak mesej je. Kenapa awak call saya?" Tanya Aaira terus. Ada hal yang tak selesai lagi ke?
Tengku Danish berdehem sedikit.
"Kau dah kemas baju ke? Pukul 9 nanti aku dah gerak nak ambik kau dengan Syira" ujarnya senada. Aaira kerling ke arah jam yang tergantung pada dinding bilik. Pukul 8.15..
"Baju saja dah siap kemas dah. Tapi Syira tak tau dah siap ke belum. Saya tengok tadi dia masih mengemas lagi" balas Aaira perlahan.
"Ouh.."
"..."
Krik krik
Itu je dia balas?
"Awak dekat rumah ye?" Soalnya seraya melabuhkan duduk di birai katil. Penat berdiri dari tadi.
"Tak lah, aku dekat warung area rumah sewa kau" Aaira mengerutkan dahinya. Buat apa dekat warung?
Ngeteh?
"Awak baru nak sarapan ke?" Tanya Aaira. Tiber duduk warung pula. Takkan lepak pinjam wifi percuma pula. Ke ummi tak masak sarapan pagi? Eh tak mungkin lah.
Sementara di warung, sempat Tengku Danish menghirup kopi panas sebelum membalas.
"Aku keluar awal tadi. Nak ke pejabat sekejap, tak sempat breakfast dekat rumah"
Aaira terangguk-angguk faham.
"Okeylah, aku nak makan kejap. Aku dah gerak nanti, aku mesej kau" Kata Tengku Danish selepas itu.
"Okey, saya tunggu" balas Aaira perlahan.
"Assalamualaikum, love you"
Deng!
Nak terlepas telefon dari pegangannya. Si tengku ni cakap apa tadi? Love you? Love you maksudnya love Aaira? Love love..
Tengku Danish cakap love you dekat dia.
"Awak–"
Tut..
Waalaikumsalam..
Ciss, dia dah tutup.
YOU ARE READING
ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]
RomantikNOT EDITED ‼️ 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒔𝒕𝒐𝒓𝒚, 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 𝒍𝒐𝒗𝒆 ꨄ︎ -✿- 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑭𝒂𝒉𝒓𝒊𝒆𝒍 𝑫𝒂𝒏𝒊𝒔𝒉 - Usahawan muda yang berhati beku dan berat mulut. Bukan mudah untuk menjatuhkan seorang Fahriel dan bukan mudah untuk menundukkan seorang insa...