Prolog

122 13 1
                                    

“LEPAS ni aku tak nak ada kena-mengena dah dengan kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LEPAS ni aku tak nak ada kena-mengena dah dengan kau. Kau jangan cuba-cuba nak cari aku pulak. Aku dah ada isteri baru yang perlu aku jaga hati dan perasaan dia. Ingat, jangan cari aku. Kalau tidak, tahulah nasib kau!” Amaran diberi keras. Jari telunjuk dituding tepat ke muka bekas isterinya.

Puan Sahila kekal tenang menabur baja ke dalam pasu bunganya. Langsung tak memberi sebarang reaksi. Angguk tidak, geleng juga tidak. Amaran dari bekas suaminya itu dibuat tidak dengar.


Lagipun bukan dia yang minta lelaki itu datang ke rumah yang pernah mereka kongsi bersama ini. Encik Shukur yang datang tanpa diundang. Dia banyak kerja lagi mahu dibuat selain melayan lelaki itu yang datang setakat nak menyampaikan pesan berbaur amaran.

“Hei, kau dengar ke tidak ni?!” Bengang Encik Shukur. Sejak dia sampai tadi Puan Sahila langsung tak mengendahkan dirinya. Seolah dia bercakap dengan tunggul.

“Saya belum pekak lagi, abang.” Puan Sahila bangun. Dia bergerak ke pili air berdekatan pagar rumah yang diperbuat daripada jaring.

Sempat matanya melirik ke arah kereta bekas suaminya itu bila terasa diri dipandang. Renungan seorang wanita dari dalam kereta tersebut begitu tajam menembus kornea matanya. Sudah dia duga, Encik Shukur tak datang seorang. Kerat jarilah wanita itu nak mengizinkan suaminya jumpa bekas isteri.

“Pasal Ila dengan anak, abang tak payahlah risau. Ila tak ada niat sikit pun nak ganggu keluarga baru abang. Qiel tu nanti pandai-pandailah Ila terangkan pada dia kalau dia tanya pasal abang.”

Puan Sahila menapak ke serambi rumahnya. Penyapu yang dia letak atas kerusi plastik di serambi itu tadi dicapai. Dia menyapu habuk-habuk yang bersepah di lantai serambi. Sebenarnya sengaja Puan Sahila menyibukkan diri dengan kerja-kerja rumah. Dia tak mahu membiarkan dirinya dicengkam perasaan sedih.

Buat apa dia nak bersedih kerana lelaki yang tidak menghargainya? Yang lupa dengan segala pengorbanannya?

Encik Shukur menghampiri serambi, tapi sekadar berdiri di luar.

“Aku harap kau tak langgar janji-janji kau ni. Jangan nanti anak kau tu dah besar dia tiba-tiba datang cari aku pulak. Masa tu jangan salahkan aku kalau aku terpaksa gunakan kekerasan. Aku tak nak kebahagiaan keluarga baru aku terganggu disebabkan kau dengan anak kau tu!”

Puan Sahila genggam batang penyapu dengan kuat sehingga tapak tangannya terasa sakit. Namun apalah sangat kesakitan itu jika hendak dibandingkan dengan kata-kata Encik Shukur yang begitu menghiris hati seorang ibu serta bekas isteri ini. Benci sungguh Encik Shukur terhadap mereka sampaikan tak mahu lagi mengakui darah daging sendiri.

Setelah Hujan BerhentiWhere stories live. Discover now