Bab 4

88 12 18
                                    

“KHAIRA ada salah apa-apa ke sampai Pak Awang nak berhentikan Khaira?” Wajah Khaira berubah sugul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“KHAIRA ada salah apa-apa ke sampai Pak Awang nak berhentikan Khaira?” Wajah Khaira berubah sugul.

Di rumah tadi bukan main ceria dan penuh semangat lagi dia bersiap. Alih-alih bila datang ke kedai runcit Pak Awang ini, dia dikejutkan dengan khabar bahawa dirinya akan diberhentikan.

Walaupun hanya bekerja sebagai pembantu kedai runcit, dia gembira dapat menyumbang sedikit pendapatan untuk keluarga. Tak adalah nak harapkan semuanya di atas bahu Qiel dan ibu tirinya semata-mata. Lagi-lagi sekarang Puan Sahila sudah tak mampu lagi untuk bekerja setelah kaki kirinya dipotong akibat penyakit kencing manis.

Dia kasihankan Qiel. Belanja barang-barang dapur dan bil utiliti semua ditanggung lelaki itu. Belum lagi masuk kos duit tambang teksi untuk bawa ibu ke klinik. Terlalu banyak untuk Qiel bayar dengan gajinya yang tidak seberapa.

Sekurangnya dengan duit gaji sebagai pembantu di kedai runcit Pak Awang, dapatlah juga Khaira ringankan beban Qiel. Nak harapkan ayahnya yang pemalas itu, alamat tak berasaplah dapur rumah mereka.

Ayah cuma tahu keluar minum kopi, berjudi dan kadang-kadang ikut kawannya pergi karaoke. Begitulah kerjanya setiap hari. Kerja pun bertahan cuma dua tiga hari. Selebihnya ayah hanya banyak meluangkan masa melepak tak tentu hala.

“Khaira tak ada salah apa pun dengan Pak Awang. Cuma Pak Awang dah tak mampu nak usahakan kedai runcit ni lagi. Untung tak seberapa, pelanggan pun banyak dah beralih ke kedai lain. Pak Awang tak mahu tanggung rugi. Jadi Pak Awang terpaksa tutup kedai ni. Maafkan Pak Awang sebab tak beritahu Khaira awal-awal.”

Khaira yang tertunduk memandang lantai kedai yang hampir kosong keseluruhannya itu melepaskan keluhan.

Dia tak mampu nak menghalang Pak Awang. Pak Awang pemilik kedai runcit ini, jadi Pak Awang ada hak sepenuhnya untuk buat apa sahaja.

“Tak apalah macam tu, Pak Awang. Khaira faham. Tentu Pak Awang pun banyak fikir tentang untung rugi perniagaan Pak Awang ni.” Senyum kelat terukir di bibir Khaira.

Kecewa memang kecewa, tapi apa lagi maju dibuat. Dia pun tak boleh nak menyalahkan Pak Awang seratus-peratus. Sebagai orang berniaga, siapa sahaja mampu bertahan jika perniagaannya lebih banyak menanggung kerugian dari keuntungan.

Pak Awang pun dah banyak membantu dia selama ini. Dia sepatutnya berterima kasih dengan Pak Awang kerana memberinya peluang menjadi pembantu kedai selama lebih dua tahun. Banyak sangat budi Pak Awang.

“Pak Awang harap Khaira boleh cari kerja lain pula nanti. Keputusan SPM Khaira pun elok, Pak Awang yakin Khaira boleh cari kerja lain yang lebih bagus.”

“Insya-Allah, nanti Khaira cuba.” Nada suara Khaira terdengar tidak bersemangat.

Memanglah dia boleh cari pekerjaan lain yang lebih baik, tapi manalah tempat yang membenarkannya balik ke rumah setiap dua jam sekali untuk tengok-tengokkan Puan Sahila di rumah.

Setelah Hujan BerhentiWhere stories live. Discover now