mistik 8. minyak mati dibunuh

1.7K 20 0
                                    

Ramli tahu tentang minyak itu, tetapi dia rasa sayang pula hendak membuangnya. Walaupun arwah pak uda Kasim telah berpesan kepadanya dulu sebelum dia meninggal. Sekiranya dia sudah tidak ada nanti, buangkan sahaja minyak tersebut ke laut. Tetapi Ramli tidak melakukannya, kerana dia merasa sayang pula, setelah teringat bagaimana  bersusah payah dia untuk mendapatkan nya dulu. Lama juga  dia menghimpit pak uda Kasim untuk mendapatkan benda tersebut. Tujuan asalnya bukan untuk mencari perempuan seperti yang dia dengar, tetapi untuk memudahkan dia mendapatkan kerja.

Dari pak alang Akob, dia telah mendapat cerita tentang pak uda Kasim ini. Memang pada mula nya pak uda Kasim tidak mahu mengaku juga, tetapi setelah Ramli menyebut nama pak alang Akob barulah dia pun mengalah. Ramli memang pernah mendengar tentang kehebatan pak uda kasim ini yang galak main perempuan ketika muda masa mudanya dulu. Ketika  itu Ramli masih lagi kecil, tidak tahu apa apa pun. Hanya setelah dia menamatkan zaman persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, barulah dia mula mengambil tahu tentang perkara tersebut.

Itu pun kerana  setelah beberapa kali dia gagal untuk mendapat kan pekerjaan setelah menjalani temuduga. Dari beberapa orang yang telah memberi cadangan supaya dia beriktiar dengan cara seperti itu. Ketika itu Ramli pun tidak pasti, samada mereka itu sebenarnya sungguhan atau hanya bergurau, atau cuma sekadar sembang sembang kosong sahaja. Sehinggalah dia bertemu dengan pak alang Akob, yang memang masih ada hubungan  dengan keluarga sebelah ibunya. Pada masa itu di majlis perkahwinan salah seorang kaum kerabat mereka juga.

Entah macamana dalam sembang punya sembang, cerita itu telah timbul dan menjadi perbualan pula. Tetapi ketika itu pak alang Akob tidak bercakap apa apa, dia hanya menjadi sebagai pendengar sahaja. Setelah ramai ramai mereka semua bersurai, yang tinggal hanya pak alang Akon berdua dengan Ramli sahaja, barulah pak alang Akob pun bersuara. Ketika itulah cerita tentang pak uda Kasim ini, Ramli telah dengar kembali. Rupa rupanya pak alang Akob adalah kawan rapat kepada pak uda Kasim sejak kecil lagi. Hanya setelah mereka berkeluarga, barulah mereka berpisah kerana telah mengikut haluan masing masing.

Hampir semua cerita tentang pak uda Kasim, pak alang Akob tahu, termasuklah berkenaan dengan minyak itu. Kerana ketika mendapatkannya dulu mereka telah pergi bersama sama. Hanya pak alang Akob tidak berani untuk turut mengambilnya juga, kerana minyak itu adalah  minyak orang mati di bunuh. Apalagi setelah sampai di sini, dan setelah digunakan baru pak alang Akob tahu, minyak itu rupanya adalah minyak seorang perempuan pelacur yang sedang mengandung dan telah di bunuh. Patutlah ketika itu, sikap dan sifat pak uda Kasim tiba tiba telah berubah selepas memiliki minyak tersebut.

Jika tujuan asalnya dulu dia mendapatkan minyak itu hanya untuk sebagai pelaris sahaja. Tetapi keadaan telah bertukar  menjadi semakin parah dan keterlaluan, bila pak uda Kasim telah berubah menjadi seorang yang kaki perempuan pula. Rupa rupanya sesiapa sahaja yang memiliki atau terkena pengaruh dari minyak tersebut akan menjadi seorang yang cenderung kepada perlakuan seks. Kerana itulah juga yang akhirnya telah membuat mereka berdua pun berpisah dan membawa haluan masing masing. Walaupun  begitu, mereka masih lagi tetap berkawan hinggalah sekarang.

Sejak memiliki minyak tersebut kehidupan pak uda  Kasim semakin porak peranda. Kahwin cerai adalah merupakan perkara biasa baginya. Sebagaimana yang pak alang Akob tahu, pak uda Kasim telah sebelas kali kahwin cerai. Dan yang peliknya, setiap perkahwinannya tidak mendapat anak. Kehidupannya semakin hari semakin susah, hartanya tidak bertambah sebagaimana yang di harapkan, yang ada pun adalah harta pusaka, itupun habis sedikit demi sedikit bila telah di jualnya. Hingga akhirnya dia telah hidup sebatang kara dengan menumpang di tanah rezab kerajaan.

Sebenarnya pak alang Akob bercerita tentang pak uda Kasim itu bukan bermaksud untuk Ramli mendapatkan minyak tersebut. Dia hanya untuk membetulkan fakta yang sebenar dari cerita cerita orang yang tidak betul bersambung dari mulut ke mulut. Tetapi Ramli yang memandai mandai sendiri mememui pak uda Kasim dan menjual nama pak alang Akob. Barulah dia mendapatkan minyak itu. Selepas pak uda Kasim menyerahkan minyak itu kepada Ramli, lebih kurang tiga bulan kemudian dia pun meninggal.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Sep 12, 2022 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

mistik. 8   minyak mati dibunuhTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang