BAB 04 | ❦︎

359 63 4
                                    

Happy reading 🕊️

MATA Hana masih setia tertutup. Tidurnya begitu nyenyak di atas katil hospital. Tangan diletakkan di bawah bantal, selesa dengan posisi begitu.

Tanpa dia sedari, Azriel menatapnya lama. Hampir sejam jejaka itu duduk di sebuah kerusi, berdekatan dengan katil Hana. Menatap Hana penuh makna.

Azriel seperti menjaga gadis yang sedang dibuai mimpi itu. Tidak langsung berasa jemu sepanjang menunggu Hana sedar daripada tidurnya.

Tadi, doktor masuk dan memberitahunya bahawa Hana sudah boleh discharge pada hari esok. Jadinya, Azriel hendak menunggu sehingga gadis itu bangun.

Hendak memberitahu berita baik itu kepada Hana.

"Azriel."

Suara Zane yang memanggilnya di pintu bilik membuatkan dia menolehkan kepala. Keningnya dijungkitkan sedikit tatkala menatap Zane.

"Keluar kejap." Zane berkata lagi membuatkan Azriel mengeluh seketika. Tertunda hasratnya yang hendak menunggu Hana bangun.

Tanpa mengeluarkan sebarang bunyi, Azriel berlalu pergi menuju ke luar bilik. Wajah Zane yang sedang menatapnya penuh makna terus menyapa minda.

"Duduk dulu."

Azriel sekadar mengikuti apa yang diarahkan Zane walaupun dahinya sedikit berkerut tatkala melihat wajah serius Zane.

"Tadi aku dapat panggilan daripada Inspektor Q." Zane berkata senafas.

"Kau ingat nombor telefon yang kau pernah bagi dekat dia dulu? Untuk siasat lokasi kakak dengan adik kau?"

Azriel mengangguk laju. Tiga tahun lepas, dia pernah menyerahkan nombor telefon yang berhasil diperolehinya setelah mengikut jejak seseorang selama seminggu.

"Diaorang dapat detect location daripada nombor telefon yang kau pernah bagi dulu."

Azriel terpempan. Setelah tiga tahun, akhirnya baru berhasil. Dahulu, dia fikir segala usahanya sia-sia.

Inspektor Q sendiri yang memberitahunya tentang kegagalan mereka dalam melacak lokasi nombor telefon tersebut.

"Tapi, tak sampai 10 minit, nombor telefon tu kembali tak aktif. Inspektor Q rasa, ada benda yang tak kena. Sebab tu dia suruh aku beritahu kau untuk pergi balai. Ada benda yang dia nak sampaikan."

"Tuan pun ada dekat sana aku rasa. Sebab dia ada kata tadi dia nak jumpa Inspektor Q. Ada benda nak bincang katanya."

Zane berkata lagi. Memang itulah niatnya. Dia ditugaskan untuk menyampaikan berita tersebut kepada Azriel.

"Cik Puan?" Azriel bertanya penuh kehairanan. Macam mustahil pula Aayan mahu tinggalkan Nyla seorang diri. Lagi lagi, wanita itu baru melahirkan.

"Cik Puan ada dalam kereta je rasanya. Tuan tak lama pun. Sebab tu kau kena pergi sekarang. Mungkin korang bertiga boleh berbincang."

Mereka bertiga yang Zane maksudkan ialah Aayan, Azriel dan Inspektor Q. Boleh Zane katakan, jika mereka bertiga sudah buka meja perbincangan, pasti masalah yang diutarakan boleh diselesaikan.

Azriel's ParamourWhere stories live. Discover now