BAB 05 | ❦︎

181 36 0
                                    

Happy reading 🕊️

SEDARI tadi Hana mengekori Azriel yang kehulur kehilir. Gadis itu hendak menanyakan sesuatu, tetapi takut dimarahi.

Riak wajah Azriel yang berkerut kerut pun sudah menakutkannya. Kalau dia buka mulut, mahu kena pelangkung!

Sejak pulang dari balai polis sebentar tadi, Azriel sekadar diamkan diri. Hanya beberapa patah perkataan sahaja yang keluar dari mulut itu.

Tidak seperti selalu.

Azriel membuat keputusan untuk pulang ke pejabat mereka terlebih dahulu. Rasa ragu-ragu yang hadir di dalam diri ketika berada di dalam kereta tadi menyebabkannya keliru.

Dia pulang ke pejabat untuk menanyakan pendapat Zane dan Luqman. Mungkin, boleh membantu dirinya yang was-was itu.

Patutkah dia pergi ke rumah lama kedua ibu bapanya itu, atau hanya berfikiran bahawa semua itu hanya mainan? Azriel buntu.

"Kalau kau pergi pun, tak salahkan? Tak rugi pun kalau kau pergi sana tapi takde apa apa. Macam mana kalau kau tak pergi tapi sebenarnya memang ada sesuatu?"

Itu jawapan Luqman. Mewakili Zane yang hanya mendengar kemudian angguk sekali sekala.

Jawapan itu membuatkan Azriel termenung lama. Dia bukannya tidak mahu, sekadar risau dirinya masih lagi tidak boleh mengawal perasaan.

Rumah itu punya seribu satu kenangan.

"Azriel-"

"Kau nak balik atau nak ikut aku?"

Belum sempat Hana habiskan ayat, Azriel pantas mencelah. Tidak memberi langsung ruang kepada gadis itu untuk membuka mulut.

Dia seperti sudah membuat keputusan. Ya, pergi.

"Ikut!" Lekas lekas Hana menjawab.

"Tapi-" Sekali lagi, bicara Hana terhenti kerana renungan tajam sepasang mata helang Azriel yang tunak memerhati 'pemangsa'nya.

Hana teguk liur payah.

"Kita nak pergi rumah keluarga awak ke?" Soalan Hana dibalas dengan anggukan.

"Kita berdua je?" Hana tanya lagi buatkan Azriel segera urut dadanya yang hampir meletup. Sebab itu dia tidak mahu Hana turut serta. Banyak tanya!

"Ikut saja Hana. Aku tak paksa kau, jadi ini atas kerelaan hati kau. Bila sampai sana nanti, kau tahulah." Senada bicara Azriel.

Hana sudah tersengih lebar.

"Jangan marah. Aku tanya saja. Malu bertanya sesat jalan, kan?"

"Apa apa jelah. Jadi, kau nak ikut tak?" Hana angguk laju-laju. Kemudian, Azriel terus mengambil kunci kereta yang diletakkan di atas meja tadi dan bergegas ke luar pejabat.

Tidak mengambil masa yang lama memandangkan dia juga mahu cepat, Azriel dan Hana sampai ke rumah lamanya itu selepas hampir 20 minit menempuhi kesesakan jalan.

Azriel sudah keluar daripada perut kereta meninggalkan Hana yang masih terkial-kial. Mungkin jejaka itu terlupa bahawa pengikutnya yang seorang ini masih tidak boleh berjalan dengan laju.

Azriel's ParamourWhere stories live. Discover now