BAB 07 | ❦︎

305 46 4
                                    

Happy reading 🕊️

AZRIEL dan Hana akhirnya sampai ke teratak agam milik Aayan itu. Mereka berdua buat muka toya, sudah mengantuk gamaknya.

Lesu sahaja Hana berjalan membuatkan Azriel menghela nafas kasar. Nampak sangat tidak ikhlasnya.

"Hana, jangan buat muka macam tu. Kecil hati Cik Puan." Azriel yang berada di belakang, mula bersuara.

"Aku mengantuk, bukannya tak ikhlas. Kau lah! Tadi kata pukul 10, kenapa pukul 11 baru kita gerak?" Hana mengomel bersama matanya yang masih kuyu.

Jauh pula nak sampai depan pintu rumah rasanya. Sampai sempat cari gaduh dengan Azriel dahulu.

"Manalah aku tahu. Tuan yang suruh kita lambat sikit. Adalah tu dia nak buat dengan wife dia. Jangan mengeluh banyak sangat. Nanti tak berkat rezeki."

"Aku tak mengeluh lah!" Hana menegaskan kata katanya. Lantas, kaki dibawa melangkah laju meninggalkan Azriel.

Rasa macam ada keluar api daripada telinganya setiap kali berbual dengan Azriel.

"Woman's tea."

Kemudian, Azriel juga turut mengikuti Hana yang sudah masuk ke dalam rumah. Sempat dia tersenyum ke arah Nyla yang berada di pintu rumah.

Wanita itu tampaknya baik baik sahaja. Syukurlah.

"Masuklah Azriel. Tuan tengah bersiap sekejap. Nanti dia turun."

"Terima kasih Cik Puan." Azriel berbicara seraya menunduk sedikit, meminta laluan. Dia menyertai Hana yang sedang duduk tersandar di sofa.

Kepala gadis itu dilentokkan pada sisi sofa. Mengantuk sungguh.

"Hana mengantuk ke? Pergi jelah bilik Hana dulu. Saya tunggu Tuan pergi lepastu saya pun nak tidur." Nyla bersuara tatkala melihat Hana yang sudah melelapkan mata.

Hana yang mendengar pula lekas lekas mencelikkan matanya kembali.

"Takdelah Cik Puan. Saya tunggu Tuan pergi, baru saya masuk bilik."

Bilik yang dimaksudkan Hana dan Nyla itu sememangnya bilik khusus buat Hana setiap kali dia perlu menjaga Nyla di rumah.

Aayan memang menyediakan bilik khas buat beberapa orang pengawal peribadinya, termasuklah Hana.

"Tapi kalau Hana memang tak larat, pergi masuk je bilik tau. Takpe, saya faham."

Hana mengangguk mengerti. Tidak sanggup pula dia hendak pergi tidur terlebih dahulu. Lagipun, inilah kerjanya. Menemani Nyla.

Jadi, sedaya upaya dia menahan kantuk.

"Sayang."

Nyla segera menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu. Kelihatan Aayan sudah bersiap kemas. Sekadar memakai kemeja-t biasa sahaja kerana sudah lewat malam.

Aayan meminta diri. Azriel juga seperti sudah bersiap. Perginya Aayan, bermaksud dia lah yang menjadi ketua di pejabat dan juga markas.

"Jaga rumah aku elok elok, Azriel. Aku percayakan kau."

Azriel sekadar menunduk hormat seraya menganggukkan kepala. Pesanan Aayan itu akan dia sematkan di dalam kepala elok elok.

Kemudian, kelibat Aayan hilang bersama kereta mewah yang dipandu Luqman. Nyla memandang sayu kereta tersebut.

"Jom kita masuk, Cik Puan. Cik Puan kena banyak rehat. Nanti kitaorang pulak kena marah dengan Tuan." Hana bercanda seketika.

Sekadar memeriahkan suasana.

Azriel's ParamourWhere stories live. Discover now