Happy reading 🕊️
MELILAU mata Hana mencari kelibat seseorang. Kiri dan kanan dilihat berulang kali.
Kedengaran keluhan berat yang terlepas dari celahan bibirnya. Jam tangan ditilik sekilas.
Tidak mahu membuang masa, sebuah meja makan yang terletak di hujung restoran ditujunya. Punggung dilabuhkan sebaik sahaja sampai ke arah situ.
Segera telefon pintarnya dihidupkan. Berkerut kerut dahinya tatkala mencari nombor seseorang.
"Kalau lagi sepuluh minit kau tak datang, aku balik!"
Serentak itu, panggilan diletakkan tanpa mendengari jawapan dari seberang sana.
Hana mendengus berat. Geram! Dia yang ajak jumpa, dia yang lambat. Jika tidak memikirkan memori lama, pasti Hana sudah mengangkat kaki.
Asyik dengan perasaan marah, tanpa disedarinya seorang jejaka sudah selamat melabuhkan punggung di hadapannya.
Sedari tadi gadis itu ditatap. Bagai singa yang sedang kelaparan.
"Oi!"
"Bab-"
Hana mengurut dada. Benar benar terkejut dengan sergahan Azriel yang sekarang dengan selamba sedang menampilkan wajah tidak bersalah.
"Kau kenapa?! Kalau aku mati kat sini sebab terkejut macam mana hah?!" Dahi Hana berkerut kerut menahan amarah.
"Tanam."
Hana berasa hendak mencekik Azriel sahaja tatkala mendengar jawapan tersebut.
"Dah lah lambat, lepas tu takde rasa bersalah langsung. Kau nak aku sun-"
"Aku nak straight to the point je. Malas lah nak dengar kau membebel." Hana ketap bibir. Geramnya ya Allah.
"Apa dia?" Hana berpaling ke tempat lain. Menyirap sahaja rasanya hendak menatap seraut wajah yang terhidang di hadapan matanya.
"Kerja dengan aku. Maksudnya dengan Tuan aku."
Mulut Hana terlopong.
"Tak nak lah. Aku dah ada kerja and aku enjoy kerja tu so thank you."
Azriel menahan sabar mendengar jawapan Hana. Inilah sifat Hana yang harus dihadapinya bermula hari ini. Keras kepala.
"Ajar budak budak mengaji? Besar ke gajinya? Boleh sara makan minum umi dengan abah?" Soalan Azriel mengundang amarah.
"Tak hina pun kerja aku tu kalau kau nak tahu. And alhamdulillah, cukup je nak sara umi dengan abah. Kau je yang melebih."
Riak wajah menjengkelkan ditampilkannya. Sengaja menguji kesabaran Azriel.
"Aku tahulah tak hina. Aku cuma ofter benda yang lebih bagus. Gaji kau pun akan berlipat ganda nanti. Faham?" Hana menjeling Azriel.
"Kau kalau aku cabut mata tu agaknya boleh melihat lagi tak? Aku cakap baik baik, kau main main. Aku sanggup curi masa nak jumpa kau, kau boleh tolak tawaran aku pulak. Kau tahu-"
"Nama pun tawaran. Boleh tolak atau terima." Hana menjungkit jungkitkan keningnya.
Seronok tengok Azriel sakit hati!
"Tapi Tuan betul betul nakkan pekerja perempuan. Kau betul betul tak nak? Kerjanya tak susah pun, hanya jaga Cik Puan kitaorang."
Hana menghela nafas berat.
Jari jemari diketuk ketukkan di atas meja makan. Otaknya ligat memikirkan keputusan apa yang perlu dilakukannya.
"Cik Puan? Sombong? Kerek? Diva?"

YOU ARE READING
Azriel's Paramour
Aksi[ SLOW UPDATE ] © 2022 ❦︎ 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥𝐮𝐦𝐞 2 "Terima kasih untuk tadi. Aku terhutang budi dengan kau." - AZRIEL EZRA "Aku tak harapkan balasan, jangan risau." - HANA ALHENA Pengenalan singkat Azriel Ezra dan Hana Alhena pada satu...