Happy reading 🕊️
KEMBANG kucup hidungnya menahan amarah. Wajah jejaka yang hanya beriak seperti tidak bersalah itu ditatap tajam.
Sakitnya hati!
Orang tengah sakit pun masih lagi nak buat perkara yang menyakitkan hati kita.
"Bagi jelah! Kau ni sibuk tau!" Hana mendengus geram.
"Tak nak."
Selamba sahaja Azriel membalas. Wajahnya mengejek Hana yang sedang terbaring itu. Si gadis tidak dapat bergerak kerana masih tercedera.
Kakinya yang terluka menyebabkan dia hanya mampu terbaring.
Kejadian yang lepas masih lagi terngiang di minda. Dirinya yang membuat keputusan berani dengan berguling di atas jalan hanya untuk menyelamatkan Zane.
Terkadang, dia terkekeh sendirian.
"Ha ketawa ketawa! Aku cili mulut kau, tak boleh bercakap terus nanti." Hana berdecit geram.
"Aku suruh ambilkan jeruk dekat hujung tu je kan? Susah sangat ke?" Hana tidak mengalah.
"Jeruk tak elok. Tak payah makan."
"Azriel!"
Tersentak Azriel tatkala mendengar jeritan Hana. Wajah gadis itu memerah.
"Tak payahlah kisah pasal aku! Aku suruh amikkan je kan?! Sejak bila kau nak kisah aku makan apa ke minum apa ke?! Tak payah lah sibuk!"
Mata Azriel membulat mendengar amarah yang dihamburkan Hana. Gadis itu seperti meluahkan rasa sakit hatinya. Habis habisan.
"Aku kata tak payah. Susah ke nak dengar cakap aku? Ke kau nak aku panggil Tuan datang sini? Nak Tuan yang cakap sendiri?"
Azriel masih lagi tenang. Walau terkejut, dia tetap beriak biasa.
"Tak payahlah!"
Hana mencebik. Hendak menghentak kakinya kuat, tetapi kecederaan yang serius itu telah membantutkan fikiran.
Tersebik sebik dia membuat muka. Menyampah!
"Aku teringin nak makanlah. Tak boleh jugak ke?" Hana cuba mengguna taktik lain.
Suaranya diperlahankan sedikit. Cuba meraih simpati.
"Tak boleh Hana Alhena. Tak faham ke? Nak aku cakap bahasa apa bagi kau faham? Kau tu dah makan separuh bekas tu tau, takkan nak makan lagi. Sudah sudahlah."
"Tapi-"
Belum sempat Hana menyambung, Azriel menyangkal terlebih dahulu.
"Itu bukan teringin, itu namanya nafsu. Tak elok layan nafsu sampai macam tu. Nanti yang sakit perutnya kau, bukan orang lain."
"Kesihatan diri kena jaga, bukannya kesihatan orang lain je." Azriel menghembus nafas lega.
Puas kerana panjang lebar nasihat atau lebih tepat bebelan yang dilontarkannya. Sudah lama dipendam, akhirnya diluahkan.
Hana sudah tercengang. Melopong sedikit mulutnya. Tak sangka Azriel kuat membebel jugak!
"Eee kuat bebelnya kau ni. Mesti menyesal siapa yang kahwin dengan kau nanti! Nanti tak laku, padan muka!"
Hana terkekeh ketawa.
"Diam Hana." Azriel memberi amaran.
"Diam Hana Alhena." Hana masih legi terbahak bahak ketawa. Berair pelupuk matanya.
"Diam!"
Bam!
Jeritan dan hentakan pada meja yang bersatu itu membuatkan Hana tersentak hebat. Dia menggigit bibirnya lembut. Takutlah pulak.
YOU ARE READING
Azriel's Paramour
Acción[ SLOW UPDATE ] © 2022 ❦︎ 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥𝐮𝐦𝐞 2 "Terima kasih untuk tadi. Aku terhutang budi dengan kau." - AZRIEL EZRA "Aku tak harapkan balasan, jangan risau." - HANA ALHENA Pengenalan singkat Azriel Ezra dan Hana Alhena pada satu...